|
View: 818|Reply: 2
|
Sakit Hati Dicaci Maki Sebab Minta Rambutan, Lelaki Bunuh Pasangan Suami Isteri
[Copy link]
|
|
|
Sumatera Selatan: Hanya kerana dicaci maki semasa hendak meminta rambutan, seorang lelaki tergamak membunuh pasangan suami isteri warga emas di rumahnya di Kecamatan Talang Ubi.
Lapor Kompas.com, suspek dikenali sebagai DA, 27, membunuh Marisidi, 80 dan Sumini, 65, akibat sakit hati diperlakukan sedemikian rupa.
Ketua Polis Pali, Rizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek bertindak sedemikian selepas meminta buah rambutan yang berada di halaman rumah Marsidi.
 Suspek memakai baju tahanan berwarna oren di Balai Polis Pali, Sumatera Selatan. Foto  olres Pali
Katanya, suspek merancang membunuh mangsa ketika kedua-dua mereka sedang tidur.
“Pelaku masuk ke rumah dengan mencungkil pintu. Suspek membunuh Marsidi terlebih dahulu sebelum Sumini.
“Pihak polis turut menemukan barang bukti iaitu kapak yang digunakan pelaku untuk membunuh mangsa,” katanya.
Menurut Rizal, sejam selepas itu, Salman Alfarizi, 15, yang merupakan cucu mangsa pulang ke rumah.
Katanya, suspek yang masih berada di lokasi kejadian mematikan lampu supaya tindakannya tidak diketahui cucu mangsa.
“Suspek sempat mereka cerita dengan memaklumkan seolah-olah pembunuhan itu disebabkan kecurian.
“Namun, topi mangsa tertinggal di lokasi kejadian sehingga kita berjaya mengenal pasti identitinya. Di topi itu juga terselit kaca yang digunakan sebagai alat hisap syabu,” jelasnya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya kerana rambutan, rapuhnya kesabaran seorang insan
Makcik pakcik tu pun..apalah salahnya sedekah je setangkai dua buat hilang kempunan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kerana mulut, badan binasa
lidah lebih tajam daripada pisau
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya
sebab tu mulut jangan menyakitkan hati orang,
gurau pun jangan berlebihan. jangan memalukan, mengaibkan
"Hai, gurau pun takleh ke. Cepat koyak.", ada orang sensitif. ada orang mental.
dia tu bukan macam kau. kau pun bukanlah dia.
ingat, kita bukannya tau sapa yang waras, sapa yang tak
kena kat salah orang. naya
peringatan untuk semua, juga untuk diri ni
terutama yang beragama Islam.
dalam Islam, kita pun ada mengajar tentang adab ni
jangan buat benda yang Allah murka, yang Rasul tak suka
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|