CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 630|Reply: 1

Pramugara Curi Dan Guna Identiti Budak 4 Tahun Yang Dah Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 7-1-2022 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang pramugara Brazil dituduh mencuri identiti seorang budak lelaki Amerika Syarikat (AS) berusia empat tahun yang meninggal dunia untuk terus bekerja dengan syarikat penerbangan United Airlines.


Penyiasat berkata, Ricardo Cesar Guedes, 49, dilahirkan di Sao Paulo pada 1972, menggunakan identiti William Ericson Ladd.


Kanak-kanak itu yang dilahirkan pada 1974, meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 1979, lapor Independent.


Guedes pertama kali menggunakan identiti Ladd pada 1998 ketika memohon pasport Amerika Syarikat (AS).




Foto: Agensi




Dia kemudiannya menggunakan identiti sama ketika berkahwin dan memohon kerja sebagai pramugara United Airlines.


Selama bertahun-tahun, dia memperbaharui pasportnya sebanyak enam kali, tetapi pada Disember 2020, pihak berkuasa menolak permohonannya kerana pelbagai penipuan.


Identiti Guedes dikesan selepas penyiasat membandingkan cap jari yang diserahkannya untuk dokumen identiti kebangsaan Brazilnya pada 1990-an dengan cap jari yang diserahkan untuk pemeriksaan latar belakangnya bagi tujuan kerja di United Airlines.


Selain itu, penyiasat juga mendapatkan ibu Ladd yang mengesahkan tarikh lahir dan kematian anaknya.


Bagaimanapun, wanita itu berkata, dia tidak mengenali nombor keselamatan sosial yang digunakan Guedes.


Nombor keselamatan sosial itu dikeluarkan 17 tahun selepas budak lelaki itu meninggal dunia.


Penyiasat juga mendapati dia mengelak pemeriksaan di lapangan terbang dengan menggunakan laluan kru penerbangan.


Pada September tahun lalu, dia ditahan di Lapangan Terbang Intercontinental George Bush di Houston ketika mahu menaiki penerbangan.


Lelaki itu kemudian didakwa memberikan kenyataan palsu dalam permohonan pasport, menyamar sebagai warganegara AS, dan memasuki kawasan selamat lapangan terbang secara palsu.


Peguam Guedes enggan mengulas kepada The Insider, namun syarikat penerbangan itu berkata, lelaki terbabit bukan lagi pekerja di syarikat penerbangan itu.


"United Airlines mempunyai proses pengesahan menyeluruh untuk pekerja baharu yang mematuhi keperluan undang-undang persekutuan," kata syarikat penerbangan itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 07:57 AM | Show all posts
Wow, memang genius menipu...sistem yg canggih pun boleh lepas bertahun2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.134288 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list