Jika sebelum ini kecoh mengenai video pelitup muka Shila Amzah senget ketika berada di atas pentas, terbaru orang ramai membincangkan tindakannya membuang gula-gula dari dalam mulutnya pula!
 Kredit foto: IG
Kata penyanyi itu, walaupun saiznya kecil namun ia mengganggu kelancarannya ketika membuat persembahan.
 Kredit foto: IG
Perkara itu dijelaskan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya.
Malah, dalam satu hantaran di Instastory, Shila turut mengakui malu dengan perbuatannya itu.
 Kredit foto: IGstory/Kisah Dunia
Bercerita mengenai video dirinya memakai pelitup muka yang senget, Shila agak kecewa apabila momen itu juga yang menjadi pilihan warganet untuk ditularkan.
Dah terjawab untuk semua yang tertanya-tanya apa yang dikeluarkan dari mulut Shila dan dilemparkan ketika menyanyi di atas pentas. - CARI |