CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1081|Reply: 1

[Tempatan] kalau takut BALAK di atas bumbung jangan berumah di negeri Pahang” peribahasa Mahfuz Omar dikecam warganet.rakyat juga jadi bahan jenaka

[Copy link]
Post time 4-1-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 4-1-2022 08:26 AM




Naib presiden Amanah, Mahfuz Omar dikecam warga net gara-gara menaikkan status di facebooknya menyindir insiden kayu balak di atas bumbung sebuah rumah.
Dalam status itu, beliau berkata “Peribahasa baru: kalau takut BALAK di atas bumbung jangan berumah di negeri Pahang” sambil menaikkan sekeping gambar menunjukkan sebatang balak bersama akarnya di atas bumbung sebuah rumah.

Setakat berita ini ditulis, hantaran tersebut mendapat lebih 800 komen di mana rata-ratanya mengecam tindakan ahli parlimen Pokok Sena itu yang dilihat tidak sensitif kerana menjadikan rakyat sebagai bahan jenaka.


Rakyat juga jadi bahan jenaka. Mana rasa simpati drpd YB-YB ni?” komen Khalid Mohd Ismath.


Nak troll orang lain pun yb Mahfuz Omar , tapi jangan guna musibah yang menimpa mangsa banjir. Selamba aje yb pergunakan gambar rumah mangsa banjir. Betul lah kata kawan saya, PH tu pun dah satu bencana buat negara apatahlagi jika Yb jadi menteri, lagi besar malapetaka. Stup1d” komen pengguna facebook lain, Nik Ainul.

Mohd Nadzril Ab Rahim pula mencadangkan Mahfuz supaya menutup akaun facebooknya ekoran troll yang tidak kena gaya dan tidak pandai menggunakan media sosial sambil meminta Mahfuz untuk tinggal di rumah jaga cucu serta membuat amal ibadah.

“YB…. Eh… Cam tak sedap panggil ko YB.. tak layak rasanya aku nak panggil nama tu.. Kalau nak orang hormat , orang berbudi bahasa… Ko kena la tunjukkan semua tu dekat orang lain. Baru orangg lain boleh respect ko.. Ni nak troll pun tak kene gaya… Kalau tak reti main media sosial.. Tutup je akaun fb tu.. Duk umah jaga cucu ke lagi bagus.. Buat amal ibadah… Hari semakin hampir.. X lama dh.. Dunia dh hujung2 zaman ni.” komen Nadzril.

“kalau tak membantu..lebih baik diam..nanti Allah swt bagi balasan kat korang baru korang tau..mahfuz ni satu hal.” komen Ala Aziz Ala.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
YB tu nak perli kayangan lerrr
Jahat betol kayangan sampai rakyat terasa begitu sekali
Darah kuning tu senyap terus tak berkutik kan
Agong berhentilah jadi agong kalau tak mampu melindungi rakyat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.811089 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list