Baru-baru ini, tular isu Zul Ariffin yang dilihat mesra dengan Ruhainies walaupun selepas membuat kenyataan dia tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita untuk mendapatkan keserasian.
Terbaru, kelab peminatnya tampil bersuara di Instastory bagi menjelaskan spekulasi mendakwa aktor itu kononnya sudah berkahwin.
Jelas kenyataan itu, pihak Zul Ariffin Fan Club (ZAFC) jarang tampil memberi respons terhadap gosip membabitkan pelakon terbabit.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/29/153846e4ibil27nlf0zh0i.jpg) Kredit foto: IG
"Terdapat banyak khabar angin dan dakwaan mengenai kehidupan peribadi Boss (Zul Ariffin) baru-baru ini dek beberapa video yang ditularkan.
"Ada juga banyak pihak yang mendakwa mereka sangat rapat dengannya.
"Kami ingin maklumkan bahawa dia belum berkahwin. Boss berkawan dengan semua orang dan kami hargai jika pihak terbabit berhenti menyebarkan khabar angin untuk meraih publisiti," tulis ZAFC.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/29/153927lni6txp0c7pxj6y6.jpg) Kredit foto: IG ZAFC/Murai
Dalam masa sama, ZAFC menjelaskan pihaknya tidak berniat mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin menjadikan media sosial sebagai sebuah platform yang lebih sihat untuk semua orang.
Amboi, anak buah dah datang tolong bersuara untuk Boss! - CARI |