View: 5894|Reply: 47
|
Misha Terkilan Saranan Hiburan Dikurangkan Hanya Kerana Negara Dilanda Musibah
[Copy link]
|
|
Penyanyi Misha Omar terkilan pandangan pihak tertentu yang menyarankan agar aktiviti hiburan dikurangkan hanya kerana negara dilanda musibah.
Lebih membuatkan Misha atau nama sebenar, Samihah @ Aisah Omar, 39, kesal adalah pendapat itu dikatakan disuarakan individu yang punca pendapatan adalah daripada dunia seni.
Kredit foto: IG Misha
"Setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Saya akur dengan hakikat itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh paksa atau laksanakan apa yang mereka suarakan itu.
"Sebagai selebriti dan punya ramai pengikut, mereka kena ingat, apa yang disuarakan akan menjadi perhatian peminat dan pasti akan dipersetujui mereka.
"Industri kita baru hendak bermula. Jangan bunuh jiwa atau patahkan semangat anak seni lain yang mahu cari rezeki," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis Malam Gala Amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar anjuran The H Entertainment Sdn Bhd di ibu negara, semalam (kelmarin).
Misha mengulas pandangan segelintir penggiat seni yang menyarankan stesen televisyen (TV) mengurangkan program hiburan yang dianggap tidak sensitif berikutan musibah banjir yang melanda negara.
Penyanyi vokal gemersik ini menambah, pihak berpandangan demikian perlu memikirkan kesan kenyataan dibuat kerana boleh mengakibatkan periuk nasi orang lain terjejas.
Kredit foto: IG Misha
"Apabila industri hiburan bergerak, secara tidak langsung ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang berkaitan seperti pemuzik, jurusolek dan sebagainya.
"Tidak semestinya apabila kita berhibur, kita tak fikir pasal kesusahan yang dihadapi insan lain atau langsung tidak membantu mereka.
"Apapun, hidup mesti diteruskan," kata penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
gmbr last to..aq tgk muke mcm zara zya plak |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kawan iols. Semua nak dikurangkan, kemain kata banjir ni bala, siap herdik orang yg post gambar makanan. Sekali dia yg tak tolong satu apa pun dekat mangsa banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-12-2021 06:16 PM
Macam kawan iols. Semua nak dikurangkan, kemain kata banjir ni bala, siap herdik orang yg post gamba ...
Tolong bagi saranan...satu bentuk pertolongan jugak kheunz?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-12-2021 06:16 PM
Macam kawan iols. Semua nak dikurangkan, kemain kata banjir ni bala, siap herdik orang yg post gamba ...
mmg gitu sis.. yg sembang byk ni bkn buat apa pun tp post kat fb acah2 suci pdhl kat rumah layan gv juga haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Indo tu lps gempa ke tsunami ke covid ke rncgn hiburan tetap jugak diteruskan cuma tone down sikit je |
|
|
|
|
|
|
|
dah mai dah si hitam berkutil gemuk tak laku haha |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah sis..lobai lobainita jadian ni sibuk kulu kilir dosaaa haremmmm segala bentuk muzik katanya.. yg ko mengumpat depan pc hp acah good2 tapi diri sendiri hazabedahh..kalo semua x boleh segala bentuk tarian aswara ke apa2 rancangan..meh ler dok kembali dlm gua |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 23-12-2021 06:56 PM
dah mai dah si hitam berkutil gemuk tak laku haha
Boyan singapork tu mmg betul2 gundu buruk ke
Acah2 kaya tp lapar p gomen bayor sehinggit
Tp kalau dia singapork manabole p gov morah2 khens |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-12-2021 06:16 PM
Macam kawan iols. Semua nak dikurangkan, kemain kata banjir ni bala, siap herdik orang yg post gamba ...
Padahal mangsa banjir tak kisah pun td kwan iols mangsa banjir kat shah alam dh bgtau tak kisah pun sapa2 nak post gambar apa2 pun.
Socmed memasing suka ti dorang la nk post apapun.
Sian plak tgk igshop yg meniaga makanan sampai tak promo produk dorang bbrpa hari ni.
Ada yg mmg buat review makanan pun kena marah juga.
Toksah dengar sgt ckp netizen tu sukati nak kawal hidup org.
|
|
|
|
|
|
|
|
forum5290 replied at 23-12-2021 05:52 PM
gmbr last to..aq tgk muke mcm zara zya plak
I pulak ingatkan jejan mana la td. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-12-2021 08:24 PM
Padahal mangsa banjir tak kisah pun td kwan iols mangsa banjir kat shah alam dh bgtau tak kisah pu ...
Sampai bila kan? Ok la ramai dah bg 1-3 days earlier stop posting yg herlok2. Now back to usual life |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 23-12-2021 07:31 PM
Biasalah sis..lobai lobainita jadian ni sibuk kulu kilir dosaaa haremmmm segala bentuk muzik katanya ...
Tok2 lebai ni sedaplah buat duit guna air liur free sembang agama ja. Org hulur vellfire pn xdanya reti nak menolak, pg mekah pn first class pakej.
Seni tu pn satu industri jugak. Kot lah korg xnak tgk tukarlah channel tu. Xpn humban terus tv/laptop/ipad dalam air banjir nun. Poodah |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-12-2021 08:24 PM
Padahal mangsa banjir tak kisah pun td kwan iols mangsa banjir kat shah alam dh bgtau tak kisah pu ...
Samalah dgn sepupu iols. Takdenya dia peduli nak orang post apa. Dia kata dari nak layan socmed nak terkilan posting orang, baik dia risaukan keadaan rumah dia sekarang. Skrg ni dia tumpang rumah sepupu iols lagi sorang. Dulu rumah iols tiap kali hujan lebat, mesti banjir dalam 3 hari baru surut. Takdenya terkilan. Lagilah iols nak tengok hiburan masa tu demi nak hiburkan hati |
|
|
|
|
|
|
|
forum5290 replied at 23-12-2021 05:52 PM
gmbr last to..aq tgk muke mcm zara zya plak
Sama jongang ke |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 23-12-2021 06:55 PM
mmg gitu sis.. yg sembang byk ni bkn buat apa pun tp post kat fb acah2 suci pdhl kat rumah layan g ...
Ni lagi best. Member sama kata "kau ni makan sedap2, fikirkan la mangsa banjir, dorang ada yg tak makan". Pulak dah. Dah la tak boleh post makanan, lepas tu makan sedap sikit pun kena perli. Kena makan nasik berlaukkan garam gamaknya demi nak rasa perit macam mangsa banjir
Orang macam ni, bila ada kematian, dialah yg konon yg paling sibuk urus itu ini, walhal masa si mati tu hidup, takdenya nak jenguk ke tanya khabar ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 23-12-2021 07:57 PM
Boyan singapork tu mmg betul2 gundu buruk ke
Acah2 kaya tp lapar p gomen bayor sehinggit
Tp kalau ...
mmg buruk sis… so klau die mengutuk org tu mohon gelak je jgn layan… dgn buruk tak laku haha |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-12-2021 08:24 PM
Padahal mangsa banjir tak kisah pun td kwan iols mangsa banjir kat shah alam dh bgtau tak kisah pu ...
Ni mmg betul. Mangsa banjir okay2 je yg entah sapa2 pula nak bitter org post gambar makanan, jalan2. Kawan iols yg jadi mangsa banjir umah tingkat bawah abes tenggelam gi stay umah mak dia. Aman2 je dia up gamba masak2 laksa nasi ayam bagai. Nak sedih beria sgt pun buat apa katanya. Tunggu air surut je la baru fikir nak start mana dulu. Harini pun dia up lagi gamba masak nasi briyani tapau balik umah sambil2 bersihkan umah boleh makan sesama jiran. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 24-12-2021 12:02 AM
Ni lagi best. Member sama kata "kau ni makan sedap2, fikirkan la mangsa banjir, dorang ada yg tak ...
Kawan chuol hari2 makan nasik dgn garam je ke. Sebab dalam malaysia ni setiap hari setiap saat ada je org yg susah, mati, takda benda nak makan, sakit tenat. Kalau ikut sifir kawan chuol tu, mmg kena hidup berduka lara setiap hari demi menghormati perasaan insan2 malang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|