View: 2487|Reply: 28
|
Berang Kena Himpit, Penunggang Motor Pukul Cermin Kereta Myvi
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Berang motosikal ditunggang mereka dihimpit, seorang lelaki dilaporkan memukul cermin kereta pengguna jalan raya dengan topi keledar.
Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 11 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Lundang.
Aksi berkenaan sempat dirakamkan oleh pengguna jalan raya lain sebelum tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian pengadu yang berusia 31 tahun memandu Perodua Myvi bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam perjalanan untuk pergi berniaga.
"Sebaik tiba di Jalan Lundang, dia didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali menunggang dua motosikal.
"Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, seorang daripada suspek memukul cermin sisi kiri bahagian belakang kereta mangsa dengan topi keledar.
"Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa mahupun kerosakan terhadap kereta milik mangsa.
Katanya, beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.
"Usaha mengesan dan menangkap semua suspek yang terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 279 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.
Terdahulu dua video masing-masing berdurasi 36 dan 37 saat berkaitan kejadian tular sejak semalam.
Rakaman itu memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memukul cermin kereta seorang pengguna jalan raya dengan topi keledar dalam keadaan kenderaan masing-masing bergerak dan kelihatan kereta jenis Perodua Myvi cuba menghimpit motosikal.
Rakaman video kedua pula menunjukkan tindakan sama dilakukan sebaik berhenti di persimpangan lampu isyarat dan seorang lagi penunggang motosikal yang dipercayai rakannya turut mendekati kereta itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penunggang motor ramai yg bodo2...driver kereta terpaksa pulak jaga keselamatan mereka sedangkan mereka menunggang mcm khinzir... |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk je ka?
"Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
penunggang motor marahkan pemandu kereta
pemandu kereta marahkan pemandu trak
|
|
|
|
|
|
|
|
Juhasniza replied at 21-12-2021 12:43 PM
Baca tajuk je ka?
Selalu aku kena dab penunggang motor ni ikut tepi kereta...tah betul tah tidak kereta tu sengaja menghimpit... |
|
|
|
|
|
|
|
Entah btl entah tak cerita kau. Reka je ikut sedap mulut nk tunjukkn kau jgk btl
|
|
|
|
|
|
|
|
sama je tu konsep bertemu buku 2x4 = 8
yg moto ni pun jenis noreen, suka sangat mengekor kereta kadangnya
pastu pinpinpin belah kiri sbb dia nak laluuuu jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawa kereta dalam kL sangat menakutkan. tetiba motor mecilok tetiba kereta pulak masuk line kita ... aiya so nervous. Dah lah kereta kecik kecik main himpit ikut suka hati dia orang jer. |
|
|
|
|
|
|
|
xde video...'no komen' |
|
|
|
|
|
|
|
Budus...ko maki je dah la. Tak pasal2 kena siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah kena jugak
sbb aku keluar simpang tiba2 tak tengok dah
tp aku angkat tangan sambil cakap sori terus bro tu tak jd marah
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku ajar kalo drive, mengalah je dgn penunggang motor.. tak kisah laa rempit ke tidak.
sbb depa mudah jatuh.. kot dah jatuh, byk lg kejadian lain yg kita tk nk terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
memang ramai yg bodo. bawak mcm org gila Pastu kata kereta himpit, celah2 kereta tu dah diregister jadi jalan bapak diorg..... kalau perangai baik mana ada nak pecah2kan, ketuk2 cermin org
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju, walaupun juhasniza tak setuju
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 21-12-2021 02:44 PM
bapak aku ajar kalo drive, mengalah je dgn penunggang motor.. tak kisah laa rempit ke tidak.
sbb d ...
Nasihat terbaik. Selagi takda menda apa berlaku .tak payah nak timbulkan masalah. Not worth .baik teruskan perjalanan |
|
|
|
|
|
|
|
Aliaskotonggo replied at 21-12-2021 03:03 PM
setuju, walaupun juhasniza tak setuju
Aku rasa dia penunggang motor tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pesanan ni
terima kasih kongsi
mmg selalu sakit hati
bila bagi signal nak memotong je
mesti kena hon siap dgn lagi bertambah laju
motor2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh mengalah di jalan raya itu lebih baik utk elakkan kejadian buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Meolls akan mengalah pada motor, bas lori dan tanker di hiway yaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti yg pandu kereta tu kaki carut forum... sbb tu bodoh nk mampus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|