CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 892|Reply: 2

Warga Emas Rentung, Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

[Copy link]
Post time 20-12-2021 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Keningau: Seorang warga emas rentung apabila kenderaan dinaiki bertembung dan kemudian terbakar dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sook-Nabawan semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Wahab Marjuki, 61, ditemukan rentung dalam kenderaan yang terbakar impak daripada kemalangan yang berlaku.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sook, Razlan Aridy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya itu pada pukul 10.31 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai bomba.


Foto: Utusan




Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Proton Saga dan pacuan empat roda Isuzu Dmax dan terdapat dua orang mangsa yang terlibat.


“Akibat daripada pertembungan dua kenderaan itu, Proton Saga yang dinaiki mangsa terbakar.


“Kebakaran dipadam oleh orang awam sebelum ketibaan jentera bomba dan terdapat seorang mangsa rentung dalam kebakaran kenderaan ini.


“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.


Razlan berkata, seorang lagi mangsa yang memandu pacuan empat roda iaitu Philip Kiat,31, hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital oleh orang awam. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 11:36 AM | Show all posts
laju ni...mustahil kereta proton buruk dan pemandu tua yg laju...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:30 PM | Show all posts
Musim hujan jalan licin jika memandu laju mudah mengundang berlakunya kemalangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.172561 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list