CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 4

Keluar Rumah Semasa Banjir, Ibu Rayu Bantu Cari Anak Hidap Sawan Hilang

[Copy link]
Post time 20-12-2021 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Seorang ibu merayu kepada orang ramai sekiranya menemukan anaknya yang berusia 18 tahun supaya membawanya ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) Ladang Emerald di Bukit Kemuning, Seksyen 25, di sini.


Selvakumari Munisamy, 49, bersama suaminya, Sivakumar Maruganmuthu, 51, orang kurang upaya (OKU) dan tiga anaknya menjadi penghuni pusat tersebut selepas kediamannya dinaiki air sehingga paras menenggelamkan tingkat bawah rumahnya di Jalan Bakti, Taman Sri Muda.


Menurutnya, anak lelakinya, Dhanesh keluar bertemu rakannya pada petang kelmarin ketika air sudah pun berada pada paras buku lali dan memasuki ke dalam rumah.


Katanya, kelibat anaknya masih juga tidak kelihatan apabila air menenggelamkan tingkat bawah rumah dua tingkatnya dan ketika dia bersama suami dan tiga anaknya yang lain mula berpindah ke PPS malam tadi.




Foto: Utusan




“Anak saya tidak tahu kami sudahpun berpindah ke PPS kerana panggilan telefonnya tidak berjawab sehingga sekarang, malah lebih bimbang apabila dia menghidapi penyakit sawan dan perlu makan ubat setiap hari kerana mudah mendapat serangan.


“Jadi saya minta tolong sesiapa yang kenal anak saya, minta maklumkan kami semua ada di SJKT Ladang Emerald, kami tunggu dekat sini. Jangan balik rumah sebab air banjir terlalu dalam,” katanya ketika ditemui di PPS berkenaan malam tadi.


Sementara itu, Selvakumari turut merayu bantuan perubatan untuk suaminya yang menghidapi penyakit kencing manis dan jantung selepas tidak sempat menyelamatkan ubatnya akibat ditenggelami air.


Jelasnya, tidak banyak barangan yang dapat diselamatkan ketika air naik sementara anak-anaknya perlu membantu mengangkat bapa mereka naik ke tingkat atas apabila paras air naik begitu cepat.


“Habis ubat-ubatan suami, barangan elektrik dan banyak barang keperluan lain tidak dapat diselamatkan kecuali beberapa dokumen penting sempat dibawa naik terlebih dahulu.


“Sementara anak pula membantu kemas bapa dan kemas beberapa pakaian untuk dibawa naik ke tingkat atas. Lebih 24 jam kami berkampung di atas berbekalkan makanan apa yang ada. Tetapi akhirnya kami kelaparan hampir 12 jam sebelum sampai ke PPS dan diberikan makanan,” luahnya.


Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan banjir di Seksyen 25 yang disifatkan rata-rata penduduk tempatan di sini sebagai terburuk amat menyedihkan apabila kedalaman air dilapor sehingga menenggelamkan papan tanda dan hentian bas di tepi jalan.


Malah, puluhan kenderaan dilihat terapung di Jalan Bukit Kemuning berhampiran deretan kedai dan SJKT Ladang Emerald dalam keadaan gelap akibat diputuskan bekalan elektrik serta sukar mendapat liputan telefon bimbit. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 10:37 AM | Show all posts
Moga anak beliau selamat dan kembali kepada ibu bapanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak acik selamat dan reunited dengan family.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga anaknya selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 10:57 AM | Show all posts
sorang selva, sorang siva

ngam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.489764 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list