CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1093|Reply: 4

Sangat Pelik Dalam Sejarah Perbidanan, Bayi Ditemukan Dalam Hati

[Copy link]
Post time 20-12-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Ottawa: Seorang bayi yang belum dilahirkan dikesan di dalam hati seorang wanita menjadikan ia kejadian paling pelik dalam sejarah perbidanan.


Kes ini didedahkan pakar pediatrik Michael Narvey yang bertugas di Institut Penyelidikan Kanak-Kanak Manitoba di Kanada, seperti dilapor Daily Mirror.


Pendedahan itu dibuat menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini, ternyata mengejutkan netizen.


"Saya melihat sendiri seorang wanita berusia 33 tahun datang untuk mendapatkan rawatan selepas berlaku pendarahan selama 14 hari.


"Kejadian ini berlaku selepas 49 hari wanita terbabit tidak mengalami haid.


"Apa yang ditemukan adalah bayi di dalam hati, dan ini kejadian yang sangat pelik dalam sejarah perbidanan.


"Kebiasaannya ia berlaku pada bahagian abdomen, namun kali ini dikesan di hati," katanya.


Video yang disiarkan itu ditonton lebih sejuta kali menyebabkan ramai yang bingung dengan kejadian berkenaan.


Seorang pengguna media sosial berkata, dia berharap ibu bayi ini dalam keadaan baik dan ia menjadi berita yang mengejutkan.


"Saya seakan tidak percaya kejadian seumpama ini boleh berlaku dan bagaimana rapuhnya 'telur' sehingga boleh berada di dalam hati," soal seorang lagi netizen.


Kejadian itu berlaku selepas telur yang disenyawakan membentuk janin di luar rahim walaupun kebiasaan proses itu berlaku di dalam tiub fallopio.




Foto: Agensi




Di United Kingdom, dianggarkan satu daripada 90 kandungan akan berlaku kejadian pelik dalam tempoh setahun.


Ini berlaku apabila telur bergerak ke laluan yang salah di bawah saluran tiub fallopio dan di luar kawasan abdomen.


Kejadian ini begitu jarang berlaku dengan persenyawaan di atas abdomen atau hati.


Menurut laporan pakar bedah, ibu yang mengandung boleh diselamatkan, namun tidak pada kandungannya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 11:17 AM | Show all posts
Allahuakbar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 11:24 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan..amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 11:27 AM | Show all posts
Betul pelik kejadiannya perlukan kajian lebih mendalam
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:21 AM | Show all posts
Semoga keadaan semuanya selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 05:47 PM GMT+8 , Processed in 1.235247 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list