CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 3

Jurulatih Gimnasium Kantoi 'Skodeng', Rakam Wanita Sedang Mandi Dipenjara 4 Minggu

[Copy link]
Post time 15-12-2021 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Seorang jurulatih di sebuah gimnasium memasuki tandas wanita dan merakam video seorang wanita sedang mandi selepas wanita tersebut selesai menjalani sesi kecergasan dengannya.


Mangsa berusia 40 tahun itu ternampak telefon bimbit lalu menjerit dan bersemuka dengan lelaki berkenaan sebelum menghubungi polis apabila berada di tempat yang selamat.




Kredit foto: Media Corp




Berikutan kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu pada Isnin (13 Dis), lapor Beritamediacorp.


Dia mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh dan menghina kehormatan seorang wanita, manakala tuduhan ketiga turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.


Arahan mahkamah dikeluarkan bagi melindungi identiti mangsa.


Mangsa mengunjungi gim berkenaan pada 7 Okt 2019 untuk bersenam.


Selepas selesai bersenam, mangsa memasuki tandas wanita untuk mandi dan ketika dia sedang membersihkan diri tertuduh memasuki bilik mandi bersebelahan lalu meletakkan telefonnya di atas bilik mandi dan merakam wanita tersebut.


Mangsa ternampak telefon itu lalu menjerit.


Dia kemudiannya melilitkan tuala pada badannya sebelum keluar untuk memeriksa bilik mandi sebelah, sebelum dia ternampak tertuduh.


Pihak pendakwa mengusulkan hukuman penjara selama empat minggu.


Menurut pihak pendakwa, lelaki tersebut pernah didenda pada 2016 atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan dihukum penjara pada 2017 atas kesalahan melibatkan pemalsuan dan memberikan keterangan palsu dengan niat untuk memastikan agar seorang pegawai awam menggunakan bidang kuasanya ke atas orang lain.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 03:53 PM | Show all posts
4minggu ja hukuman? cukup ka? pastu buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:16 PM | Show all posts
Dah biasa buat jenayah kena hukum empat minggu belum tentu dia akan berubah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya sebelum2 tu dah byk collection, mangsa mungkin takut nk report
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:07 PM GMT+8 , Processed in 1.980661 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list