Keunikan Malaysia adalah kerana terkenal dengan rakyatnya yang berbilang bangsa dan setiap daripadanya mempunyai pelbagai jenis makanan yang begitu enak dan boleh diterima seluruh masyarakat.
Restoran New Hollywood, Ipoh! Salah satu restoran makanan cina yang sering dikunjungi orang ramai amnya dan masyarakat muslim khasnya apabila bercuti di Ipoh, Perak.
Kredit foto - Facebook Surgaroute
Konsep restoran ini adalah dengan menyediakan banyak gerai makanan pelbagai jenis termasuk makanan Melayu dan mamak.
Kredit foto - Facebook Surgaroute
Jadi, anda boleh memilih makanan yang membuka selera anda.
Kredit foto - Facebook Surgaroute
Namun, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)mengesahkan bahawa Restoran New Hollywood di Ipoh bukan pemegang sijil halal Malaysia.
Menerusi kenyataan di laman web JAIP orang ramai dinasihatkan supaya memastikan premis terbabit memiliki Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya timbul rasa was-was.
Kredit Foto - Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Perak
“Jangan mudah terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda halal diberikan jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.
“Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal,” kata JAIP menerusi kenyataan ringkas itu.
Peniaga perlu mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dan memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.
Peniaga perlu mempunyai sensitiviti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini serta dapatkan sijil halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri masing-masing bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna.
Manakala, pengguna diingatkan supaya memilih premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja. - CARI |