Bintang bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei, 32, menegaskan dia bukan lelaki dan bakal mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
Bercakap kepada media Turki, Hurriyet, Zohreh berkata, aduan yang dibuat adalah satu tindakan buli daripada Jordan.
Kredit foto: Marca
“Saya akan failkan tindakan undang-undang dan akan saman FA Jordan di atas tindakan bulinya itu,” katanya.
Badan induk bola sepak Jordan menggesa Persekutuan Bolasepak Asia melakukan pemeriksaan jantina ke atas pemain itu susulan perlawanan di Uzbekistan pada September lalu.
Kredit foto: Twitter
Zohreh menyelamatkan dua penalti dalam perlawanan dimenangi Iran sekali gus mencipta sejarah dengan mara ke Piala Asia Wanita buat kali pertama.
Sementara itu, jurucakap AFC enggan mengesahkan sama ada penyiasatan akan dijalankan manakala stesen penyiaran Arab Saudi, Al Arabiya pula berkata, jantina Zohreh turut beberapa kali dipersoalkan sebelum ini.
Kredit foto: New York Post
Pengurus Iran, Maryam Irandoost turut menafikan tuduhan serius itu.
“Petugas perubatan telah memeriksa dengan teliti setiap pemain dari segi hormon bagi mengelakkan masalah berbangkit, jadi saya memberitahu semua penyokong supaya tidak bimbang.
“Kami sedia memberikan apa sahaja dokumen yang dimahukan AFC tanpa membuang masa,” katanya.
Kredit foto: New York Post
Sumber: MalaysiaGazette |