CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1665|Reply: 6

Lima Beranak Kebuluran- Anak Cacat, Isteri Sakit Jantung, Gaji Suami RM13 Sehari

[Copy link]
Post time 19-11-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Kabul: Jari tangannya terketar-ketar kesejukan. Suhu sekitar bandar Kabul di sini, jatuh serendah 1 darjah celcius. Kedinginan dirasai benar-benar menghiris hingga ke tulang.


Tiada apa yang mampu dijamah Azizul Laghman, 50, sekeluarga untuk mengisi perut selain roti keras 'dodai' dan air teh kosong.


Lima anaknya turut kelaparan namun dia tiada upaya untuk membeli makanan berikutan hanya bekerja sebagai buruh harian dengan gaji sekitar 250 Afghani sehari (RM13 sehari).


Foto: Agensi




Bagaimanapun dia bersyukur apabila namanya terpilih sebagai penerima bantuan bakul makanan sumbangan Muslim Care Malaysia (MCM) di kawasan penempatan Pulicharkhi di sini.


Dia adalah antara 300 keluarga daif yang menerima bantuan tepung gandum, minyak masak, beras dan pelbagai makanan lain hasil sifat dermawan rakyat Malaysia.


Azizul berkata, keperitan hidup dialaminya bertambah rumit apabila isteri disahkan menghidap sakit jantung.


"Malah salah seorang anak saya cacat apabila tangannya putus akibat tersepit mesin ketika berkerja di kilang," katanya buntu memikirkan nasib malang dialami.


Sementara itu seorang lagi penerima, Sayed Yahya, 48, mendakwa kebuluran sejak tiga hari lalu selepas tidak mampu membeli makanan untuk isteri dan tiga anaknya.


Dia yang ditemani anaknya, Safiullah, 9, mendakwa hanya mengisi perut dengan meminum air dan sedikit roti disedekahkan jirannya.


"Saya cuba mencari pekerjaan namun keadaan kini sukar. Ramai yang menganggur seperti saya kerana tiada peluang pekerjaan.


"Tanpa duit, anak-anak saya akan kelaparan. Apa yang boleh saya berikan pada mereka ?" ujarnya sedih.


Usaha murni MCM semalam turut mendapat kerjasama Yayasan Amal Malaysia. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bile terasa ssh.. Ade lg yg lagi ssh..
Semoga dipermudahkan urusan family nie.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 10:27 AM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
majikan kek malesia...anda msh boleh lg 'menindas' dan membayar murah dia ni dgn byran rm20-rm30 sehari.(kerja 12 jam +++).
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 10:51 AM | Show all posts
kesiannnn....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannyaaaa
harap Msia xjadi mcmni la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana kebuluran sebab takda kerja
Malaysia kerja banyak tapi memilih
Senang kerja naik bendera putih
Masa pkp pun masih boleh buat duit disini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.192777 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list