CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2155|Reply: 3

Macam Mana Bunyi Suci Dalam Debu Dinyanyikan Dalam Versi Tamil?

[Copy link]
Post time 17-11-2021 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Bakat nyanyian gadis India Muslim ini membolehkan dia mengumpul peminat tersendiri di media sosial.


Menurut Shameera Mardiana Mohamad Haniffa, 21, dia terharu dan rasa dihargai apabila bakatnya menjadi perhatian ramai tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.




Kredit foto: TikTok/IG




Katanya, ia sekali gus membakar semangatnya untuk terus menyanyi.


Biarpun ada yang keliru mengenai identitinya, dia yang mesra disapa Shameera tidak berkecil hati sebaliknya cuba memberi penjelasan agar tiada lagi kekeliruan pada masa akan datang.


"Saya sebenarnya dah lama kongsi video nyanyian di TikTok, namun baru-baru ini video saya mula mendapat perhatian ramai.


"Dulu saya kongsi video nyanyian di Instagram, kemudian saya kongsi juga di TikTok. Yang request lagu pun banyak. Ada juga mereka minta saya nyanyi lagu yang saya pun tak pernah tahu. Saya akan cuba penuhi permintaan itu.







"Alhamdulillah, komen-komen juga semua OK. Setakat ini saya tidak menerima komen negatif. Saya melihat TikTok sebagai satu platform yang bagus.


"Melalui TikTok juga saya dapat buat latihan dan asah bakat nyanyian," ujar anak keempat dari lima beradik itu yang menetap di Pulau Pinang kepada mStar.







Selain berkongsi video nyanyian di media sosial, Shameera juga sering membuat persembahan bersama live band di acara-acara tertentu.


Imbas Shameera, minat itu sebenarnya sudah berputik sejak berusia lima tahun dan dia juga sering menyanyi setiap kali ada acara di sekolahnya.


"Kadang-kadang buat persembahan di restoran, majlis kahwin, majlis hari lahir dan sebagainya. Menyanyi pada saya bukan sekadar hobi tapi ia merupakan passion yang mengalir dalam jiwa," ujarnya.


Antara video cover oleh Shameera yang menerima pujian ramai tentunya lagu Suci Dalam Debu dendangan asal Allahyarham Saleem Iklim yang dibuat dalam bahasa Melayu dan Tamil.


Kata Shameera, gubahan lirik baharu itu dihasilkan oleh bapanya, Haniff Razak yang juga seorang komposer.


"Terima kasih atas sokongan, saya sayang anda semua. Tanpa anda, siapalah saya," ujar Shameera.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lawan sora jaclyn victor..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat mami happy?? Mami rasa biasa2 je suara dia.. Next
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 17-11-2021 08:16 PM
Boleh lawan sora jaclyn victor..

Ada Iras Iras suara Jaclyn Victor Kannan...tapi nafas dia pendek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.257859 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list