View: 7900|Reply: 125
|
Fazley Yaaakob Masuk GV8 Sebab Sebak Anak Tak Tahu Dirinya Penyanyi
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, sanggup menerima lamaran menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) demi anak bongsunya, Alayna Selma, 4, yang tidak pernah tahu dia seorang penyanyi.
Fazley ketika ditemui berkata, selepas beberapa kali tidak dapat menerima tawaran GV sebelum ini kerana jadual kerja yang padat, dia akhirnya nekad bersaing untuk memenuhi impian puteri tunggalnya itu.
Foto: IG
"Saya sebenarnya 50-50 juga untuk terima tawaran GV8 ini. Namun, apabila mendengar pertanyaan anak bongsu yang tidak tahu saya dahulunya seorang penyanyi, perasan rasa agak sebak.
"Ditambah, dia melihat pula video saya menyanyi lagu Asmara Ini sambil mendukung abang-abangnya dan dia bertanya di mana dia, kenapa tiada? Dari situ, saya rasa wajar untuk dia tahu daripada saya sendiri dan bukan orang lain," katanya.
Ditanya adakah dia sudah bersedia menerima kritikan juri profesional dan mungkin juga tersingkir, Fazley berkata, dia sudah memikirkan segala-galanya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
"Sudah sembilan tahun saya menjadi juri masakan dan sering memberi kritikan dalam masakan orang lain. Jadi, sekarang saya membuka hati untuk menerima pula apa saja kritikan daripada juri mahupun netizen terhadap nyanyian saya.
"Apatah lagi, saya sangat rindu untuk membuat persembahan pentas. Sejak kehadiran Covid-19 dalam negara, sudah lama juga saya tidak berpeluang membuat persembahan nyanyian secara 'live' dan hanya virtual saja.
"Kalau dulu, selalu juga saya diundang menyanyi dalam majlis makan malam korporat. Apapun, dunia muzik saya tidak pernah terhenti selama ini kerana di rumah selalu juga menyanyi dengan anak-anak," katanya.
Mengulas penerimaan isteri, Datin Azrene Ahmad, Fazley berkata, isterinya bimbang dan menyokong. Katanya, Azreen bimbang jika dia tidak cukup masa berlatih dan menyokong kerana tahu muzik adalah minat utamanya.
Fazley dan Azreen mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; Ahmad Firudz Shah, 10; dan Alayna Selma. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling bapak, terpaling suami, terpaling banyak bakat, terpaling cerita sedih 24/7, anak tanya pun sedih, apa je yang tak sedih dalam hidup kau yang penuh dengan meminta simpati walhal propa dan hidup senang kaya raya hasil arwah bapa yang politician. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap calon yg tersingkir awal. No wonder tiba2 up balik kisah wife keguguran 15kali |
|
|
|
|
|
|
|
bosan..( sambil menguap) next pls |
|
|
|
|
|
|
|
semenjak nak keluar GV ni rajin sinar fm putarkan lagu asmara dia..
geli meols dengar terus tukar lite fm. Aritu jadi cameo Sepahtu Reunion pun
geli tengok sebab muka dah obvious tua tapi dressed up fefeeling sebaya hero muka budak kat benang sebelah tu(afieq syazwan)..yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
boojaat replied at 16-11-2021 10:25 AM
Harap calon yg tersingkir awal. No wonder tiba2 up balik kisah wife keguguran 15kali
Setuju tapi dia nie susah nak cakap tahap perasan dia tu jalah gunung eberest |
|
|
|
|
|
|
|
sejujurnya lagu2 dia tak pernah bertakhta di hati |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. kalau tengok gaya muka dia tu...
fefeeling habis kacak hebat bergaya dah dengan misai sejemput gitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
masih relevan ke dia ni as penyanyi... dia ada byk album ek sblm ni? aku tahu lagu dia Asmara2 tu je. lagu lain tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke anak2 kau tak tahu? zaman teknologi skrg ni dato ooiii.. anak2 tu bleh google hang sapa lahh! choiiii sgt jawapannya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je akak nak puji korang,
korang memang good parents. Kakak salute ko berdua Fazley n waifu. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib ler tokti x berjodoh dengan dia nii...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa ank ko akan lg sedih pasal bogus doctorate ko tuh |
|
|
|
|
|
|
|
saja nak menyembang..
ada dengar radio sinar sabtu lalu..
interview dgn dia ni laa...
saat paling sedih masa tahun arwah bapanya meninggal sebab ms tu dia menang 33 anugerah kulinari..beliau sedih sebab tak dpt tunjuk kat arwah bapa lalu beliau bawa semua trophy kemenangan di kubur arwah..benarkah?? ada sesiapa boleh sahihkan kemenangan 33 anugerah tu..dan malam2 bawa anugerah tu ke kubur, disusun keliling kubur untuk tunjuk pada arwah bapanya??... |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis hensem la posing2 camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
bluerrkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|