View: 3431|Reply: 41
|
Tiba-Tiba Empat Anak Lumpuh Seluruh Badan
[Copy link]
|
|
Chukai: Hanya Tuhan tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas, Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf.
Dengan kudratnya tidak seberapa, ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.
Foto: Bernama
Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.
"Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.
"Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.
Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.
"Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
"Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu," katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.
Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.
Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.
"Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.
"Mak cik sudah biasa 'memekakkan' telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini," katanya sambil menahan sebak. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. harap ada yang tolong bantu |
|
|
|
|
|
|
|
genetic ke camne? siannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah beratnya dugaan makcik ni, moga Allah permudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg tohmah tu kimarkk nye masyarakat kampong die, kalu kat bandar2 org simpati, ni mesti org kg pendidikan xtinggi mane tohmah2 org oku. |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut: siapa yg tohmah tu kimarkk nye ...
Apa contoh paling relevan kalau anak cacat?? Tak paham betul jenis tohmah2 ni..[em:6:] |
|
|
|
|
|
|
|
Kesianyaa ya Allah semoga di permudahkan
Genetik la ni |
|
|
|
|
|
|
|
ade kaitan kena santau ke sihir ke
kesiannyaa
yg suka menyautau ni kan..cuba kau santau menteri2 tak guna tu |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah suami makcik tu pun sakit mcm tu...so mmg genetik...kesian makcik...moga urusan dipermudahkan...amin. |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 9-11-2021 01:50 PM
siapa yg tohmah tu kimarkk nye masyarakat kampong die, kalu kat bandar2 org simpati, ni mesti org kg ...
Ntah2 betul je tohmahan orang kampung. Biasa kalau kena gini Melayu selalu cakap kifarah la hapa la. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam MND.. faktor keturunan pun maybe.
tengok nasib, ada symptom slow, ada yg cepat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa org kg tohmah plak? Kan dorang tu sakit masa dh dewasa.
Maybe sakit genetik kot sbb arwah ayah dorang pun kena penyakit yg sama kan bila usia dh dewasa.
Bayangkan selama ni hidup normal je tiba2 bangun pagi tak leh jalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau rita garit baca.. Mesti ckp effect vaksin...[em:7:] |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya kalau tiber jadi camni. Bertabahlah makcik sekeluarga. Berat sungguh ujian. |
|
|
|
|
|
|
|
moga allah pemudahkan seluruh keluarga makcik...tak terbayan kalau diuji begitu... |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 9-11-2021 05:50 AM
siapa yg tohmah tu kimarkk nye masyarakat kampong die, kalu kat bandar2 org simpati, ni mesti org kg ...
Kalau sejenis berfikiran mcm prof muhaya tu, mmg ler akan kata ada dosa besar dulu2 keluarga ni. Ini di kira balasan, kifarah. Tapi kalau kita jenis fikir ini ujian Allah utk naikkan martabat dan keimanan seseorang tu, kita bersimpati je la tanpa fikir dosa ape keluarga ni buat.
Besar dugaan sampai 4 anak sakit. Nasib suami kpd anak perempuan dia tu sanggup jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 9-11-2021 02:35 PM
Ntah2 betul je tohmahan orang kampung. Biasa kalau kena gini Melayu selalu cakap kifarah la hapa l ...
Maka dengan ini aku pun insofff. Anak kita hari ini sihat ceria gembira. Belom tentu yach esok2 kekal sihat. Sebb aku pernah jumpa family cmni..ramai. Anak2 sihat. Tibe2 eksiden. Terus hilang nikmat gembira tu..Tapi takdelah kata makcik ni kifaroh ke apa. Ujian dia.
Sebb tu orang tak nak vaksin jangan dicemuh2. Aefi tu wujud. Tak kena keluarga dan anak sendiri bolehla kata macam2. Berlagak kata sihat takda apa2. Dahla kerajaan buat Bodo je. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan makcik ni dan keluarga. Semoga murah rezeki. Jaga sorang tua uzur bed ridden pun dah rasa berat. Ni kan pula 4 anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 9-11-2021 05:03 PM
Maka dengan ini aku pun insofff. Anak kita hari ini sihat ceria gembira. Belom tentu yach esok2 ke ...
Sempat juga selit pasal vaksin kan.
Harapnya dijauhkan la dari ujian anak. Aku selalu nampak, kalau pasangan tu bahagia, biasanya diuji dengan anak (penyakit/kematian). Kalau diuji dengan pasangan pula, biasanya anak ok. Kalau tak diuji dengan anak atau pasangan, diuji pula dengan duit. Maciam2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|