|
View: 1345|Reply: 10
|
Tak Dimaklumkan Tarikh Hukuman Gantung, Banduan Akhir Saman Kerajaan
[Copy link]
|
|
|
Tokyo: Dua banduan yang menunggu hukuman mati di Jepun memfailkan saman ke atas negara itu kerana mendakwa amalan memaklumkan hukuman hanya beberapa jam sebelum dilaksanakan sebagai tidak berperikemanusiaan.
Selain menuntut kerajaan melakukan perubahan terhadap amalan berkenaan, mereka juga mahu diberikan pampasan.
Media tempatan melaporkan amalan tidak memaklumkan tarikh hukuman gantung sudah lama mendapat kritikan pertubuhan hak asasi manusia.
Amalan itu sekali gus memberikan tekanan kepada banduan yang berasakan setiap hari menjadi hari terakhir mereka.
 Gambar Hiasan
Dipercayai buat pertama kali, dua banduan yang dijatuhi hukuman mati memfailkan saman di mahkamah daerah di Osaka semalam, mendakwa amalan itu menyalahi undang-undang kerana tidak memberi masa kepada banduan untuk memfailkan bantahan, menuntut amalan itu dipinda dan meminta pampasan 22 juta yen (RM0.81 juta), menurut laporan media tempatan, hari ini.
"Banduan hukuman mati ketakutan setiap pagi yang mana ia mungkin menjadi hari terakhir mereka," kata peguam yang mewakili seorang plaintif yang dipetik agensi berita Kyodo sambil menyifatkan amalan itu sangat tidak berperikemanusiaan.
Menurut Kyodo, peguam itu dilaporkan berkata, tiada undang-undang yang mewajibkan banduan dimaklumkan mengenai hukuman mati hanya pada hari ia akan dilaksanakan dan amalan itu bertentangan dengan kod jenayah Jepun.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Kehakiman enggan memberikan komen berkenaan kes berkenaan dan bagaimana hukuman mati dilakukan.
Di Jepun, hukuman mati biasanya dijatuhkan atas kes pembunuhan dan hukuman mendapat sokongan sangat tinggi daripada kalangan masyarakat awam.
Untuk rekod, tiada hukuman gantung dijalankan di Jepun pada 2020 sekali gus menjadi tahun pertama tanpa hukuman mati sejak 2011 dan bagi tahun ini juga dikatakan masih tiada hukuman mati dilaksanakan.
Setakat ini, 110 orang dijatuhi hukuman mati di Jepun, kata media tempatan namun angka itu bagaimanapun tidak disahkan oleh Kementerian Kehakiman. - CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
errr nk gak saman pasal duwet kwsp 10k one-off...bile tew bilerrrr...asyik2 hint je... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hukuman mati biasanya dijatuhkan atas kes pembunuhan
What a joke..
nak kena inform when u r gonna get hang?
tak pikir plak mangsa yg diorang bunuh tu, ade ke bagi notice awal2?
gi mammm...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
how about we do what japan does to death row inmates |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh.. Aku ada tgk dokumentari ttg ni.. Katanya banduan akhir mmg stress gila.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia pun lebih kurang jugak kot kalu x silap..gantung ari jumaat, pagi khamis dimaklumkan..ke khamis minggu sebelum ek? Lupa la..penah baca kat mana tah..pastu buleh request meal apa diorg nak sbg hidangan terakhir.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Banduan hukuman mati ketakutan setiap pagi yang mana ia mungkin menjadi hari terakhir mereka," kata peguam yang mewakili seorang plaintif yang dipetik agensi berita Kyodo sambil menyifatkan amalan itu sangat tidak berperikemanusiaan.
eh ko merepek ni apa ni babi? mati ketakutan? tak berperikemanusiaan? time ko buat jenayah tak pikir pulak mangsa dan family mati ketakutan hah babi? tak pikir pulak perikemanusiaan kat mangsa tu hah babi sialan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh babi ko dah senang2 buat jenayah lepas tu nak saman orang pulak apa jadah ni babi? mangsa yang kena menderita tanggung seksa dapat apa jah hah babi hanat? mangsa bunuh macam arwah zulfarhan tu dapat apa jah babi sialan dah la teruk kena seksa lepas tu meninggal tak dapat bela diri langsung yang bangsat2 pembunuh tu pulak boleh lepas 302 lepas tu nanti bawak mahkamah rayuan segala bagai tup tup makin ringan hukuman apa jadah hah babi setan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan, time buat jenayah memang lupa diri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Jepun rupanya ingatkan kat tanahair |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:30 PM
............ |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|