CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2602|Reply: 15

"Saya Sendiri Terkontang-Kanting Apatah Lagi Nak Jaga Orang Lain,"- Mk

[Copy link]
Post time 2-11-2021 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi rap yang sohor dengan kumpulan KClique, MK,25, mengaku sehingga kini masih belum bersedia berkongsi perihal peribadi apalagi membabitkan soal cinta atau urusan hasrat berumah tangga dengan mana-mana wanita.


Kata MK dengan nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan ini, dia memilih pendekatan itu kerana meletakkan keutaman pada keluarga dan peminat yang selama ini telah memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.


Foto: IG




“Beginilah, saya sendiri pun masih terkontang-kanting apatah lagi nak jaga orang lain. Nak dirikan masjid atau berkeluarga bukan satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam diri ini.


“Saya nak kumpul duit untuk keluarga dan orang-orang sekeliling yang saya sayang terlebih dahulu. Keluarga di Sabah pun perlukan banyak bantuan terutama pada waktu sekarang disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.


MK berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar PTTI minggu lalu di ibu negara yang menyaksikan dia dan rakan seperjuangan, Iman Troye dilantik sebagai duta.




  



Selain itu, MK juga sedar sebagai artis dan selebriti, tentu dirinya tidak dapat lari daripada pertanyaan yang menyentuh perihal peribadi terutama mengenai siapakah wanita yang kini bertakhta di hati.


“Cukup untuk saya katakan, buat masa sekarang, saya sedang dalam proses memperbaiki diri. Orang-orang sekeliling yang rapat dengan saya semua saya jaga perasaan mereka.


“Kalau orang tanya saya sudah berpunya atau belum, saya tak berani nak jawab. Saya nak perbaiki diri terlebih dahulu. Jadi lebih baik untuk diri sendiri barulah untuk orang lain.


“Saya tak ‘single’, ramai penyokong. Saya nak tonjolkan imej baik dahulu dan kemudian mungkin baru boleh masuk cerita yang seterusnya (cinta),”katanya.




  



Dalam pada itu, MK juga mengulas pandangan warganet mengenai gaya dan percubaannya dalam bidang lakonan menerusi drama berjudul The Hotel yang disifatkan masih kaku atau ‘kayu’.


Menganggap segalanya sebagai satu proses pembelajaran, MK sedar masih banyak yang perlu diperbaiki daripada aspek mutu lakonannya.


“Biasalah kalau ada yang kritik kayu. Tidaklah kayu sangat kan, tapi rasanya mungkin perkataan yang sesuai ialah kurang berpengalaman.


“Bagi saya, langkah perlahan-lahan itu tidak mengapa. Sekurang-kurangnya sekarang dah ada pengalaman. Kayu atau apa, nanti lama-lama keluarlah bunga, keluarlah daun,”katanya.




  



Selain itu, MK mengaku kini sangat seronok berpeluang menceburi bidang baharu namun sedang berusaha untuk memperbaiki diri demi menghargai jasa dan sokongan para peminat dan pengikut.


“Saya ambil kelas lakonan bersama Nabila Huda. Noki pun ambil kelas lakonan dengan dia. Apa pun, nyanyian tetap nombor saya. Rap itu jiwa sekarang cuma sekarang, kita ikut sahaja mana rezeki yang ada.


“Jujurnya, saya seronok berlakon sebab dapat kenal orang, menjiwai watak dan keluar daripada zon selesa. Kalau ada peluang untuk berlakon lebih banyak projek selepas ini, saya akan teruskan dan pertimbangkan,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
OK MK.. Actually MK tu stands for what eh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
apooo dok twist ayat lagu tu. btw geli betul style caption first post tu hahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 02:45 PM | Show all posts
masalahnya sape yang suruh ko kahwin dan bergirlfriend dekkk??

setakat acik2 tanya bila nak kahwin tu dah memang acik2 marhaen punya template... tak payah jawab pun takpe...

deorang tu takde benda lain nak tanya...
itu je boleh fikir masa nak tanya soalan so itu je la deorang tanya...
dah kahwin nanti di tanya pula bila nak ada anak... dah ada anak nanti di tanya pula bila nak ada cucu...
dah ada cucu nanti di tanya pula bila nak mati... agittew la putarannya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 03:02 PM | Show all posts
semoga kita berjodoh.
meols ada soft spot kat chuols jugak walaupun chuols pakai emas..
nanti dah kawin meols amik semua ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 03:34 PM | Show all posts
Perawankota replied at 2-11-2021 02:40 PM
OK MK.. Actually MK tu stands for what eh

M dari nama die, Muhammad Hairi Amin.
K dari nama mak die, Kamariah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak leak video dia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 04:48 PM | Show all posts
Kurex replied at 2-11-2021 04:40 PM
Bila nak leak video dia?

Belum ada lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 08:36 PM | Show all posts
1.6M wow....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 2-11-2021 03:34 PM
M dari nama die, Muhammad Hairi Amin.
K dari nama mak die, Kamariah.

Lorrrr.. Cenggituh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 10:40 PM | Show all posts
awat slalu ada benang psl dia nih? glamer ke dia nih?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gold betui ka zhulian tu.. ahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pakai emas 18k ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 01:40 AM | Show all posts
mungkin ai tak reti berpesyen, tp ai iz kenot tengok spek stail mcm tu.
mcm org tua2 jah, spek ketua kampung ala2 drama 80an gituhh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape tanya dekkk?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 2-11-2021 03:34 PM
M dari nama die, Muhammad Hairi Amin.
K dari nama mak die, Kamariah.

Kelasssss..no wonder kat phone dia letak nama mak dia Syurga




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051057 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list