CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12488|Reply: 113

Anak Sulung Dr Say Disahkan Autisme

  [Copy link]
Post time 29-10-2021 06:58 PM | Show all posts |Read mode
"Terduduk saya dibuat perkataan "moderate" tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri autisticnya.


"Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima," begitu reaksi Dr Muhammad Shazril Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Dr Say setelah Dr Cindy, pakar perkembangan kanak-kanak di Sunway Medical Centre mengesahkan anaknya, Ace, 2, didiagnos sebagai 'moderate autisme".




  



Menerusi perkongsian di laman Instagramnya Dr Say berkata, seawal usia anaknya itu 6 bulan lagi isterinya, Dr Azura Abas sudah mulai merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Ace apabila anak lelakinya itu kurang 'eye contact", namun mereka berpendirian untuk "bagi masa dulu".


Di usia 9 bulan satu lagi ciri-ciri autisme muncul apabila Ace tidak memberi tindakbalas apabila namanya dipanggil. Ketika isterinya mula menangis kerana yakin ada yang betul-betul tidak kena dengan Ace, Dr Say masih lagi berbelah bahagi sama ada anaknya betul-betul autisme atau hanya sekadar mengalami perkembangan yang lambat.


Penghujung tahun 2020, di usia anaknya 1 tahun 6 bulan, Dr Say dan isteri membawa anak mereka berjumpa 'child development therapist', namun Ace didapati tidak mempunyai ciri-ciri autisme iaitu tidak mengepakkan tangannya, tidak melakukan perbuatan yang berulang dan tidak menyusun sesuatu di dalam satu barisan dan cuma didiagnosiskan mengalami perkembangan lambat dan antara puncanya seperti yang diakui sendiri oleh Dr Say adalah pendedahan berlebihan kepada 'gadget' seperti telefon mudah alih dan sering dibukakan televisyen untuk Ace.


Ketika itu juga dikatakan masih terlalu awal untuk mengesan ciri-ciri autisme pada Ace.





Foto : Instagram Dr Say




Enam bulan menjalani terapi sehingga usia 2 tahun, pada Oktober 2021 Ace dibawa berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Cindy dan didiagnosiskan sebagai 'moderate autisme'. Menurut carian di Google, ciri-ciri 'moderate autisme' ini menyamai ciri-ciri salah seorang anak autisme pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal.


Walaupun sukar diterima dan sedih, Dr Say akhirnya menerima kenyataan anaknya itu merupakan anak istimewa dan walaupun dilarang oleh ibu dan isterinya, dia tetap ingin berkongsi kisah anaknya agar menjadi panduan kepada pada ibu bapa yang lain supaya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak mereka dan tidak alpa seperti dirinya.




  
[/ig]


Dr Say mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahayamata lelaki, Ace atau Aezriel, 2 dan Sefriel, 2 bulan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Xhabis2 dgn tagline terduduk2 dia.. Kurangkan socmed la say oiii... Focus kt ank ko tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:59 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru: Xhabis2 dgn tagline terduduk2  ...


Dia doc apa kaka norm? Selalu baca je pasal dia ni tapi tak penah tau details. Gambo sume tunjuk tangan tebal dia aja sendat betul lengan tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya.. Yeah.. Kurangkan lah masa kat socmed tu.. Fokus pd anak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:39 PM | Show all posts
kesiannya ibu bapa yg diuji dgn anak autisme... anak iols tantrun kejab pun iols dah serabut. tak boleh bayang perasaan hadami anak autisme yg tantrum..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
awal dia but intervention…ok lah tu…yg penting anak
my cousin autism yg non verbal…6 tahun still berpampers n x mengerti kebersihan….bole tantrum n tanggal pamper yg  kotor…habis rumah….
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes he spends too much on social media... Sejenis tangan berjahit. Terbalik pulak dengan wife dia nampak slow sikit ig. Semoga yang baik2 saja untuk Ace.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by indenial at 29-10-2021 09:38 PM

Yelah kena la spend banyak masa kat socmed. Dah situ tempat dia cari makan kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nama anak malaikat tu. agak berat disitu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan Dr Say n family.. semoga Ace baik2 ja..
Nk suruh dia kurangkan socmed pon rsanya tu salah satu punca rezki dia.. cuma jgn la over
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa doktor pun bagi anak gajet kerap ke?
Ingat kan banyak layan secara fizikal dan.ber aktiviti macam dr.muzaffar tu. Yelah dia selalu ajet gud2 je..
Btw awal nya didiognis autisme..baru 2 tahun. haaa dalam tempoh 2 tahun dah bagi gajet kerap ke?? Ayo dukturrr.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Autisme ni memang kejadian dalam perut lagi ke atau dah lahir baru jadi ehh? Kalau boleh elak ada cara nya kita elak. Tapi ramai ibu bapa yang jujur memang mengaku masa kecik2 dah BG gajet terlalu kerap. Sebb mak bapak busy, taknak rumah sepah2, senang nak handle. Sudahnya anak tak pandai cakap..takda eye contact
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 29-10-2021 07:14 PM
Xhabis2 dgn tagline terduduk2 dia.. Kurangkan socmed la say oiii... Focus kt ank ko tu..

I setuju kaka..
Lgpn isteri n mak die pn xnk kongsi..
Nk jgk die kongsi..
Xpe je klo x kongsi pn..

Bkn semua perlu di kongsi..
Tp tula..
Itu pilihan die..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:32 PM | Show all posts
Cik_jantung: Dia banyak jd panel becakap kat tv n program kan. Dugaan kena pd dia. So dia kena walk d talk.

anak autstime ni laki bini boleh gaduh woo jangan main main.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I doakn yg baik2 for ace.
Semoga dipermudahkan urusan ace for treatment...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 09:35 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 29-10-2021 09:21 PM
Dia doc apa kaka norm? Selalu baca je pasal dia ni tapi tak penah tau details. Gambo sume tunjuk t ...

doc ponorogomr utopia kau hado?..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bg gadget boleh.. Tp berpada2x... Time depa main.. Kene suh depa main.... Time depa makan kene suh depa makan.. Time depa tido.. Kene pastikan depa tido....bukan sepanjang mase sumbat gadget... Parent skrg mmg xmo melayan karenah anak2x
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 29-10-2021 08:34 PM
nama anak malaikat tu. agak berat disitu huhu

Tak silap i nama anak sulung dia ni combination nama dia and wife dia Azura tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai tak tau sgt pasal autism tapi ank ai mmg dgn gadget dari kecik
Masa baby mmg bukak tv tgk sama2 nyanyi2 lah
Umur 3 tahun masuk qdees depa mmg byk guna computer
Tak prgi sekolah ni ada online class setiap hari
Bahan2 kraf buku semua amik bwk rumah
So far my girl okay
Ketagih tu mmg dia mesti cari ipad dia
But now boleh bwk keluar pegi playground shopping okay je tantrum nak beli toys like normal kids jelah
Dia mmg pandai acting mcm diana roma tu nak princess semua
So for me sthe gadget effect in a good way
She is too smart cute ada nak geram sbb ngada2 pun ada haha
Bagus jugak nak tgk dr say handle ank dia mcmmana kan huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061714 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list