View: 5980|Reply: 95
|
Hari Ini Tahniah, Esok Takziah- Sehari Kahwin, Isteri Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
Perasaan pilu di hati, tak siapa mampu mengerti.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang kehilangan isterinya, hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga.
Kisah sedih pasangan pengantin baharu ini tular di media sosial dan rata-rata warganet menitipkan doa kepada arwah dan memberikan kata-kata semangat kepada suaminya.
Foto: mStar
Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Amirul Akmal, 25, kehilangan isterinya Siti Saraf Ismail yang berusia 25 tahun pada Ahad, hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka bergelar suami isteri.
Mohamad Amirul berkata, selepas selesai majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, isterinya mengadu mengalami sakit kepala dan kemudiannya menyambung semula tidur seperti biasa.
"ada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.
"Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya," katanya yang ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Karang, Banggu, Kelantan pada Isnin.
Mesra disapa Amirul, dia yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata dia melihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur pada pagi Ahad.
Bagaimanapun selepas itu, dia dan keluarga cemas apabila melihat Siti Saraf mengalami sesak nafas.
Foto: mStar Online
"Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.
"Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)," katanya.
Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) doktor mengesahkan Siti Saraf yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan.
Walaupun dugaan yang dilalui oleh Amirul sangat berat, tetapi dia tenang dan reda dengan takdir yang telah tertulis dariNya.
Foto: mStar
Arwah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.
Kata Amirul, arwah isterinya meninggalkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga dan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Siti Saraf sebelum meninggal dunia adalah, "Abang... kita dah kahwin." -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
takziah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah untuk keluarga arwah
sedihnya baru sehari kahwin..
pening kepala ni memang menakutkan. colleague saya, sakit kepala hampir seminggu.
pastu dia pengsan kat office. bawa pegi hospital,rupa-rupanya pembuluh darah kah urat ka apa sudah nama tu, kembang.. nasib baik sempat bawa pegi hospital, terus operate. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya.... salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Allah..Moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi roji'un... semoga family arwah tabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia salahkan diri dia, if only la masa wife mengadu terus bawak g hospital. Kesiannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga telah dapat laksana khen kewajipan sebagai seorang isteri pada malam pengantin pertama...
Takziah buat keluarga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalilahhh......
Status mesti dah vaxx kan?
Sekarang ramai orang muda kena pendarahan dalam otak. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 26-10-2021 11:15 AM
Innalilahhh......
Status mesti dah vaxx kan?
Soalan yg tidak akan dijawab....kerna fokus abam hitam tika dan saat ini....ialah to hunt down mereka2 yg masih degil macam hannah montana, normahbaru dari divaksin walau sampai kelobang cacing....jika perlu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana boleh salahkan vaxx nan suci ummah malaya. Vaxx suci hokey, di Malaysia takde, diluar negara je ade org mati dari vaxx ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira dah jadi duda berhias lah ni. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
stingerchubby replied at 26-10-2021 11:21 AM
Soalan yg tidak akan dijawab....kerna fokus abam hitam tika dan saat ini....ialah to hunt down mer ...
Focus Pied Piper of Oxfox tu mesti lah nak tunjuk percentage kadar Vaksinasi terpantas di Dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
brain aneurysm ke? salur darah pecah atau ada blood clot? kalau sakit kepala yg sakit gila tak pernah dirasai boleh pergi emergency buat ct scan.
tania hudson pon pendarahan dalam otak tapi sbb dia mmg ada penyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 26-10-2021 11:29 AM
Mana boleh salahkan vaxx nan suci ummah malaya. Vaxx suci hokey, di Malaysia takde, diluar negara ...
Kesucian nye penuh dengan Elements of Memukau dan Mengkagumkan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dari dulu lg memang pernah je berlaku kematian macam ni, dr sebelum kemunculan covid lg. dah kenapa antivaxx ni semua tragedi ko nak kaitkan dengan vaksin? berita tu langsung tak sebut pun arwah dah amek vaksin ke belum ke, bila arwah amek vaksin. laki dia pun tak cakap apa-apa tapi antivaks dah bising.
jangan semberono buat cerita nanti jadi fitnah. dok dajalkan orang lain tak sedar korang pun ikut sifat dajal jugak |
|
|
|
|
|
|
|
betullll... bila tragedi jer sikit2 nak kaitkan dengan vaksin...
apoooo...
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 26-10-2021 11:55 AM
Focus Pied Piper of Oxfox tu mesti lah nak tunjuk percentage kadar Vaksinasi terpantas di Dunia.
report card 100 days utk dipersembahkhen pada pak mael important weyyyy..
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|