CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2513|Reply: 20

Sedut Lemak, Bedah Hidung Serentak- Teringin Nak Cantik, Akhirnya Terlantar Di H

[Copy link]
Post time 26-10-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita terpaksa menghabiskan masanya di atas katil hospital sejak empat tahun selepas terlantar gara-gara degupan jantungnya terhenti semasa menjalani rawatan menyedut lemak.


Sabina Abbas, 32, inginkan penampilannya kelihatan lebih menarik, justeru dia membuat janji temu untuk menjalani prosedur menyedut lemak serta pembedahan hidung di sebuah klinik swasta.


Pembedahan dikendalikan oleh seorang doktor yang hanya dikenal pasti dengan nama singkatannya A. F. di klinik berkenaan pada Julai 2017.




Foto: Mirror




Namun degupan jantung ibu kepada dua cahaya mata itu tiba-tiba terhenti ketika prosedur menyedut lemak dan ‘rhinoplasty’ (pembedahan hidung) dilakukan secara serentak.


Doktor berjaya ‘menghidupkan’ semula degupan jantung Sabina selepas kira-kira empat minit dan wanita itu dikejarkan ke hospital.


"Hati isteri saya berhenti selama empat minit semasa pembedahan. Doktor memberitahu saya bahawa ‘keadaan dia akan bertambah baik’, namun kemudian mereka memindahkannya ke cawangan hospital lain di pusat bandar.


"Dia baru berusia 32 tahun. Kami mempunyai dua anak, seorang berumur enam tahun dan seorang lagi berusia empat tahun sekarang. Mereka sedang menunggu ibu mereka pulang," kata suami Sabina, Rustem Abbas.


Rustem dilaporkan telah memfailkan aduan terhadap pakar bedah plastik dan pakar bius, yang hanya dikenali sebagai E. O.


Dia mendakwa bahawa isterinya telah menghabiskan masa di hospital selama empat tahun, termasuk dua tahun di unit rawatan rapi. - CARI


Sumber: mStar/Mirror
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 09:53 AM | Show all posts
Nama doktornya pun A.F. dan EO.. satu mcm mencarut satu lagi mcm sistem ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tengok anak2....nk kurus nk buang lemak mudah je...jgn makan banyak dan exercise...walau ambil masa panjang tapi selamat cara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 01:38 PM | Show all posts
Bukan kes pertama banyak je kes yang sama sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko buat semua serentak ko pikir body ko boleh terima?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 02:48 PM | Show all posts
selalu dgr kes buang lemak ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2021 03:14 PM | Show all posts
dah elok sihat bole jaga anak2 dgn baik
carik pnykt plak
ni org ckp x reti bersyukur
ke jadahnya sedut lemak pakej skali alter idong plak lagi
hisskk kennot brain la
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:36 PM | Show all posts
noor2 replied at 26-10-2021 10:21 AM
Sedih tengok anak2....nk kurus nk buang lemak mudah je...jgn makan banyak dan exercise...walau ambil ...

kan..tgk Azah Aziz tu punya IG...wah dr 63kg now dh 47 kg within few mths. katanya lari dan jaga makan. tp iols lari je, mkn x baper nk jaga mmg plateau kat 53kg...x dpt mcm kak azah tp xpe lah, janji happy. iols tgk k azah minum green tea je pastu gi lari, lunch baru dia mkn. Iols lepas lari terus kena makan kalau tak pening kepala satu hari haa gituuu mmg sampai bebila xkan kurus mcm k azah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagitaulah nama2 doktor terbabit dan klinik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:08 PM | Show all posts
ni lah perangai org pompuan nak cantik smpi sanggup memudaratkan diri sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat intermittent fasting n cut out air manis pun boleh kurang kg..iol try 10 hari kurang 3kg. Tapi kalu iol byk duit teringin gak nk lipo huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:13 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 26-10-2021 03:36 PM
kan..tgk Azah Aziz tu punya IG...wah dr 63kg now dh 47 kg within few mths. katanya lari dan jaga m ...

Tengok gambar topik ni perempuan tu mcm dah kurus tapi mcm x sihat kan...leher macam ada sesuatu. ..wah minum teh hijau mmg elok ya...kaka susah nk minum tea hijau tu...

Tapi kan badan kita ni juga ikut keturunan..kalau mak ayah kita berisi bila berusia...maka kita pun susah nk kurus bila umur meningkat...boleh bila kita diet la tapi x kekal bila kita mula x jaga mkn...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape nak buat lipo i boleh suggest tempat yg bagus... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangkok mana yang translate jadi hati pulak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian anak2 dah 4thn mak terlantar gitu. dia muda lagi nape la nak sedut2 lemak bagai.

iols balik kg smgu melantak bagai tiada hari esok penangan setahun lebih x balik. air manis ke apa semua minum. smpai rumah timbang . naik 5kilo wesss, patut la ade double chin dlm pic. moh la IF dan jogging balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 09:32 PM | Show all posts
Kasihan kepada anak-anak mereka yang masih kecil, semoga perkara ini dapat dijadikan sempadan oleh kita semua ya
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 26-10-2021 08:56 PM
Sape nak buat lipo i boleh suggest tempat yg bagus... Hahaha

Cer roger n bagai harga sekali hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kat sini ke kejadian ni?obses sgt nk cantik..nk  kuwus buat if la..menjadi kot..i buat if jer selalu..pastu jln2 sikit..turun 4 5 kg jd la
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat bariatric surgery jela kalau banyak duit.. memang susah nak naik berat sbb makan pun dah sikit.. tp cons nye tak dapat la nk menikmati makanan klu bawak g buffet.. hehe..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.677727 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list