CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2718|Reply: 1

Berita@MKST: Zedonk hasil kacukan zebra, keldai

[Copy link]
Post time 29-7-2010 12:59 PM | Show all posts |Read mode
DAHLONEGA, Georgia 28 Julai - Seekor haiwan dikenali sebagai zedonk, hasil kacukan zebra jantan dan keldai betina yang dilahirkan kira-kira seminggu lalu berjaya menarik perhatian ramai di Pusat Pemeliharaan Hidupan liar Chestatee, di sini.


Anak zebra itu mempunyai jalur-jalur hitam yang jelas kelihatan pada bahagian kaki dan mukanya.

Pengasas dan pengurus besar pusat pemeliharaan itu, C.W. Wathen berkata, anak zebra itu mempunyai naluri yang cenderung kepada zebra dan lebih suka duduk daripada berbaring, seolah-olah berwaspada dengan musuh.

Kebiasaannya keldai dan zebra tidak mengawan, namun kelahiran zedonk merupakan sesuatu yang muncul sekali-sekala.

Wathen berkata, dalam masa lebih kurang dua minggu, zedonk itu dijangka akan mula merayau di pusat pemeliharaan berkenaan bersama-sama dengan haiwan-haiwan yang lain. - AP


KUDA kacukan Zedonk, berusia empat hari iaitu kacukan kuda belang dengan keldai, bersama ibunya di Pusat Pemeliharaan Hidupan Liar Chestatee di Lumpkin, Georgia, Amerika Syarikat, kelmarin.  - AP

SUMBER: Utusan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2010 01:02 PM | Show all posts
Saksikan Zedink: haiwan kacukan zebra dan keldai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059904 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list