Tinta IV
Terasa sukar jemari ini, Mencoret tinta yang tak seberapa, Menambah ilmu yang kurang didada, Mencari salur galur pejuang tercinta. Rasa kerdil diri apabila membaca sejarah mereka, dan hanya ini yang mampu ku titipkan untuk menyambung sebuah tinta.
James Wheeler Woodford Birch? Nama yang jika mampu tidak ingin ku masukkan dalam sejarah, Siapa gerangannya? Ya benar…dia ialah lelaki Inggeris, lelaki Inggeris yang berlaku biadap, menginjak maruah, memperhambakan pribumi, Tapi kerana kebiadapannya juga, nyawanya melayang. Tatkala air sungai bertukar merah, Itu lambang kejayaan Pejuang Pasir Salak.
Ini sebuah kisahpanjang, Yang bermula akibat sengketa sesama kita, Rela meminta dari yang entah siapa, Hanya kerana sebuah takhta. Siapa yang menderita? Siapa yang kecewa? Siapa yang menangis hiba?
Mereka hanya mempertahankan apa yang Hak, kerna,
Itu tanah kita, Itu tempat kita, Itu rumah kita.
Walaupun mereka kita kenali sebagai pejuang pasir salak, Gagah berjuang dengan keringat sendiri. Tapi sayangnya, hakikat harus ditempuhi, Walau pahit seperti hempedu, Mereka kalah pada mereka yang berkuasa pada ketika itu. Pejuang menjadi penentang, Nyawa yang jadi taruhan terus-terusan melayang, Dan tak kurang jua yang dibuang dari tanah sendiri, Sungguh ironi kisah ini, Kita hilang kuasa kerana kita merebutkan sebuah kuasa.
Jasamu dikenang,
Terima kasih kami kalungkan, Untuk kalian, Dato’ MaharajaLela, Dato’ Sagor, Si Puntum, Pandak Endut dan seluruh Pejuang Pasir Salak. Perjuanganmu detik bermula sebuah kebangkitan, Al-fatihah untuksemua para pejuang.
Hunt 22.07.10 (Khamis.2.50am) |