|
Post Last Edit by babyanah at 2-7-2010 00:22
Salam
This is my 1st time, so feel free to put your comment.
Episod 1
SUDAH berapa lama aku mengenalinya? Hmmm… semenjak aku berusia empat belas tahun. Sekarang usia aku sudah pun menginjak lewat dua puluh tahun, bermaknanya sudah lebih sepuluh tahun aku mengenalinya. Kali terakhir aku bertemunya pula ialah ketika kami berusia 19 tahun. Opps..lupa nak mentioned yang actuallynya aku dan dia sebaya. So, maknanya sudah hampir sepuluh tahun jugalah aku tidak bersua muka. Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang? Masih macam dulu kala? Kacak, tinggi dengan perangai gila-gilanya itu. Aku tersenyum sendiri. Teringatkan sesuatu yang kelakar. Dia masih seperti itukah? Hafizz… Masih ingatkah lagi dia pada aku? Pada persahabatan kami. Itukah nama pada perhubungan kami pada ketika itu? Bolehkah dia melupai, sedang aku masih mengingati saat-saat manis dan pahit segala kenangan selama 5 tahun itu. Atau dia juga seperti aku? Aku memerhatikan foto-foto yang tersusun didalam album tersebut dan pandangan aku jatuh pada foto sekumpulan lapan pelajar kelas 5 Melati. Hero-hero 5 Melati. Masing-masing dengan muka poyo. Lebih-lebih lagi yang duduk kat tengah-tengah tu (Hafizz ler) control handsome jer tapi kaki bangku. Tanpa sedar aku menumpukan perhatian pada wajah Hafizz dan menyentuhnya. Rindunya, detik hatiku. Di mana agaknya Hafizz kini? Apa khabarnya? Sudah berkahwin? Punya anak-anak? Bahagiakah dia dengan kehidupannya? Aku menghembus nafas kecil. Semoga dia hidup bahagia, aku berdoa dalam hati. Aku memerhatikan lagi wajah Hafizz. Dia memang kacak dan segak. Tidak dapat dinafikan. Memang patutlah ramai anak-anak dara ketika itu jatuh hati dan minat over kat dia. Huh! Setengah tu tak boleh nak cover, obvious sangat. Apakah aku pun tergolong sekali dalam kumpulan gadis-gadis tersebut? Hopefully not. At that point of time that is what I am thinking. Hafizz? Well currently, I am not so sure. Maybe, I am secretly admiring him. Think again, dear! Nay, I don’t think so…Aku menggeleng-gelengkan kepala menidakkan. Kalau hendak dikira dan dinilai, Hafizz bukanlah termasuk dalam golongan atlit sekolah mahupun ahli badan disiplin atau bijak pandai yang membolehkan dia meraih begitu banyak perhatian dikalangan pelajar mahupun pihak sekolah. Tapi, dia popular. Kenapa? Dengar ceritanya, khabar angin atau gossip istilahnya Hafizz ni sering bertukar sekolah. Tak sampai dua bulan pun dia berada kat sesebuah sekolah dia dah berhijrah ke sekolah yang lain pula. Berpindah atau melompat ke sekolah yang berlainan dah jadi hobi ker? Macam sesetengah orang, hobinya mengumpul setem, mengumpul artikel, agaknya hobi dia menanda sekolah, kut? Kebenarannya aku tak tahu, tak pernah pula aku terfikir nak bertanya pada dia sendiri. Yang aku tahu, paling lama dia bertahan ialah dengan sekolah dimana aku dan dia bertemu, berkenalan dan menjalinkan persahabatan. Macamana pula aku boleh rapat dengannya ? Kami bukannya belajar dalam kelas yang sama. Kenapalah agaknya dalam ramai-ramai pelajar perempuan kat sekolah itu, aku yang dipilih? I am the chosen one. (Aku tergelak sendiri. HiHiHi…macam mengilai pun ada, ahaks! ) Popularkah aku? I don’t think so. Andainya, seandainyalah aku memang ditakdirkan menjadi seorang yang popular yang mana mungkin tidak.
Aku pun terfikir sendiri, apalah agaknya yang membuatkan aku menjadi salah seorang daripada kelab budak-budak popular? Hmmm… let me see, dalam sekolah yang cuma ada lebih kurang 300 orang pelajar dan saling mengenali antara satu sama lain. Mungkin juga? Nay, tak mungkin. Aku ? Hwargh! Mau menangis airmata darah aku. Hikhikhik (Terbayang pula aku cerita vampire, bila sedih jer mengalirkan airmata darah, huh!) Tak boleh ingat…eh-eh tersilap. Tak boleh lupa bagaimana dan apa yang telah membuatkan kami boleh menjadi kawan. Bukan setakat kawan tapi kawan rapat. Lagi rapat dari kawan-kawan perempuan yang aku ada ketika itu. Atau dia seorang saja kawan lelaki yang aku ada? Tapi, seingat akulah pada masa itu aku lebih suka berkawan dengan lelaki sebabnya remaja-remaja perempuan ketika itu suka berpuak-puak. Aku tak suka dan tak berkenan, daripada melibatkan diri dengan mereka lebih baik aku jadi neutral. Tak terikat dengan mana-mana puak. Malangnya, bila jadi neutral ni… aku tak boleh nak masuk mana-mana team, macam bola ditolak kesana kesini. My choice eeh, and I don’t care at all. True. Yes, definitely, and no doubt ‘bout it. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam, apsal x smbg dlm trid yg sama..
kalo camni jenuh la nak buka umah baru setiap kali posting.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# liyanur
x reti camna nak buat....hehehe 1st time post entry...tolong guide leh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# babyanah
kan kat bawah tu ada kotak utk posting..copy jer pastu paste kat situ..
pastu send..umah yg lg 4 tu selagi xde posting rasanya mod blh delete..
tp kena ckp kat mod dlu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# liyanur
TQVM |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 2 -part 1
Semasa Hafizz mendaftarkan diri masuk SBPT, aku tak ambil kisah walaupun member-member kamcing aku (ketika itu, adalah dua-tiga orang) dah kecoh (biasalah minah-minah kepoh ni kan?). Macam pak menteri nak melawat kampung. Huh?Apa-apapun minah selamba macam aku ni.. tak ambil pot langsung (selamba ker?) Hinggalah atau selepas beberapa ketika setelah kemasukan pelajar-pelajar tahun satu. Selepas minggu orientasi dan beberapa bulan kemudian. Lama juga eekk!
Okey..kita teruskan. Menurut peraturan asrama (asrama kita orang lah ye, asrama lain kita tak tahu), setiap petang selepas waktu persekolahan dan malam selepas solat isyak (berjemaah) para pelajar yakni penghuni asrama dikehendaki menghadiri kuliah di kelas masing-masing atau mana-mana tempat yang sesuai selain daripada bilik asrama atau dorm. Iyelah kalau study kat dorm, bukanlah study namanya. Dah gerenti mengadap bantal. Tutup mata sekejap, sedar-sedar dah siang, heh. Maka aku, kebiasaannya memilih perpustakaan sekolah.
Ditakdirkan pada suatu malam, aku berjalan seorang diri menuju ke tempat favourite aku. Sebabnya aku terlewat keluar dari blok asrama puteri. Sedang aku menyusun langkah (macam catwalk tapi catwalk yang tak jadi) menuju destinasi, terasa seperti ada yang mengekori aku dari belakang. Seram sejuk juga. Mau taknya, dahlah berjalan sorang-sorang, lampu jalan pula malap semacam dengan suasana gelap dan bunyi-bunyian yang membuatkan bulu roma meremang. Hish?Aku memberanikan diri untuk menoleh serta-merta tapi tidak kelihatan sesiapapun. Mungkin mainan perasaan sahaja. Huh! Bagaimanapun, dek kerana perasaan seram sejuk itu semakin menguasai diri aku mempercepatkan langkah kaki. Sekarang dah tak macam catwalk dah tapi dah macam kucing kena kejar anjing.
Lagi sekali aku terasa seperti diekori seseorang. Hmm! Tak boleh jadi ni, Aku berhenti sejenak sebelum memecut dan berselindung disebalik selekoh salah satu blok sekolah. Aku mendiamkan diri seketika, menanti kalau ada yang muncul. Terdengar derap kaki seseorang (atau sesuatu?) yang semakin lama semakin menghampiri tempat aku bersembunyi. Bila derap kaki itu berhenti betul-betul disebalik tempat aku bersemayam (sementara) aku menjulurkan sebelah kaki aku. Apa nak jadi, jadilah! Dan. Bedebuk!!
Aduih!!! Jerit seorang pemuda yang terjatuh akibat tersadung dek kaki yang kecil comel molek milik aku. Yang malangnya, aku terjatuh sekali kerana gagal mengimbangi badan. Sakitnya punggung aku tak terkira. (padan dengan muka aku, inilah balasannya kalau berniat tak baik..cheh!) Aku mencuri pandang si pemuda. Huh! Betapa sakitnya punggung aku ketika ini mesti tak setanding dengan sakit yang dirasai oleh si pemuda. Jatuh tersembam ke muka tanah. Sakit tu woo!!! Nasib baik ada rumput permaidani yang menghiasi permukaan tanah tersebut. Padan muka, berani menghendap aku lagi.. Terkial-kial dia cuba bangun berdiri tapi jatuh terduduk pula. Dia terseringai kesakitan.
Aku berdiri dan mengatur langkah perlahan menuju ke arah si pemuda. Sambil menghela nafas panjang aku berkata.
"Kau siapa ha? Kenapa kau ikut aku?" Beraninya aku? Si pemuda kelihatan terpinga-pinga. Biar betul mamat ni, buat muka tak bersalah pula. 揃ila pula aku buat macam tu??Dia pula mengajukan pertanyaan. Aku angkat kening. Buat-buat tak faham ler tuh. Aku mengecilkan mata. Hish! Bila difikirkan malas pula aku nak layan. Tak kuasa. Si pemuda cuba bangun ketika aku mengorak langkah ingin meninggalkan tempat kejadian.
"Aduih!" Si pemuda terduduk semula. Aku menoleh serta merta. Sakit sangat ke? Kasihan pula aku melihatnya. Manalah tahu kut-kut ada yang terkehel, tergeliat, cedera dalaman pula. Parah tu beb! Risau aku. Mungkin dia tiada niat langsung untuk mengekori aku seperti yang aku sangkakan. Aku yang tersalah faham agaknya. Aku melangkah semula mendekati si pemuda.
"Okey ker?" Dia mendongak memandang aku. Wajahnya seperti ingin menyatakan sesuatu. Engkau buat aku macam ni, boleh pula bertanyakan soalan sebegitu. (Agaknya. Sedih pula aku memikirkannya) Aku menelan air liur. Walaupun, dia tak mengeluarkan suara tapi riak wajahnya membuatkan aku rasa bersalah yang teramat."
"Maaf, biar saya tolong awak." Dah bertukar bahasa pula aku ni. Sekurang-kurangnya yang termampu aku buat setelah ...
Aku menghulurkan tangan, si pemuda tersenyum. Senyuman bermakna. Mari kita lihat siapa yang kena! Desisnya. Umpan dah makan jerat. Dia menyambut huluran tangan itu dan menggenggamnya erat. Aku cuba menarik lengannya tapi apahal berat sangat pula rasanya. Kalau dilihat tubuh badan tak adalah besar sangat pun. Tiba-tiba aku pula yang terdorong ke depan lalu jatuh menimpa si pemuda. Oh-oh! Ya Allah! Macamana pula boleh jadi begiini. Balasan agaknya!
Mak aih! Beratnya perempuan ni. Macam dihempap dengan batu. Nampak saja kurus, berat boleh tahan. Dia menggelengkan kepala. Sakitnya mak aih ?Walaupun aku memang sengaja menarik genggaman tangan itu tapi aku tak bermaksud membuatkan engkau jatuh wahai Puteri. Nampaknya dia tak menyedari itu.
Macamanalah boleh terjatuh pula. Malu..malu. Alahai. Cepat-cepat aku bangun dari situasi yang agak mengaibkan. Jatuh kat atas mamat ni pula, face to face. Menyirap darah ke muka. Nasib baik gelap malam, jadinya wajah aku yang sudah merah menyala itu tak kelihatan sangat. What-lah!
"Kau nak tolong aku ker kau nak bunuh aku?"
Perlahan-lahan si pemuda bangun separuh badan dari baringan dengan kedua-dua kaki masih menjulur di atas bumi.
"Sorry, tak sengaja." Aku mengangkat tangan tanda memohon maaf. Si pemuda ketawa kecil lantas perlahan-lahan dia bangun dan berdiri tegak. Mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas dan menggeliat sebelum meletakkannya ke belakang pinggang. Tak ada niat menyembunyikan lakonannya sebentar tadi. Dia bermain mata.
Bodohnya aku. Kurang asam punya budak! Berani dia mempermainkan aku. Marah terasa meruap ke seluruh badan.
"Kau? Berani kau! Siap lah engkau!" Suara aku kedengaran tersekat-sekat. Marah yang amatlah tu.
Wah! Merahnya muka dia. Hai.., marah-marah puin mukanya masih nampak jambu. Si pemuda tersenyum sendiri. Si gadis kelihatan semakin panas hati. Bahaya ni. Dah jadi macam harimau jadian pula. Oh-oh! Baik aku buat sesuatu sebelum aku dibelasahnya. Fikir si pemuda. Bukan boleh dijangka, mana tahu ada black belt? Patah riuk aku dibuatnya. Think fast.
"Cup. Cup. Maaf, Zulaikha , aku tak berniat apa-apa. Sumpah!" |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 2- part 2
Aku mengerutkan dahi. Dia tahu nama aku? Macamana? Huh, memang sah mamat ni.
"Zulaikha, betul aku ...." Alamak. Zulaikha memang dah hangin satu badan. Dia datang menerpa aku dengan buah tangan pulak tu. Pergh!!! Fuh!! Nasib baik aku sempat mengelak. Kalau tak mau lebam muka aku, walaupun tak seberapa tapi boleh tahan handsome jugak aku ni.
AIk! Aku tumbuk angin ker? Tak kena? Sempat pula dia mengelak. Hisyhhh! Geramnya aku. Panas nih. Nak aje aku menjerit. Wargghh! Kenapa tak kena? Dia boleh pula nampak tenang-tenang aje. Nak cuba lagi sekali ke tak? Aku masih terfikir-fikir dan teragak-agak.
"Zulaikha, sebelum kau buat apa-apa, dengar dulu okey??"Dia bersuara, perlahan dan lembut seperti memujuk.
"Macamana kau tahu nama aku??" Aku bertanya sedikit kasar. Musykil juga.
"Hek-eleh, kat sekolah yang sebesar kangkang kera ni??" Dibalas dengan pertanyaan pula. Tapi masih dengan nada yang lembut.
"Apa kau nak??" Sedikit perlahan suara yang keluar dari bibirku.
"Kamu??"
"Hah?"
"Takde apa. Sebenarnya. Yang benar, aku ada benda yang engkau nak.?" Nakal aje jawapannya.
"Hah???" Bertambah buntang biji mataku. Mengarut sungguh dia ni.
"Betul. Tengok ni...aa. " Sekarang siapa yang kena?? Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah dompet berukuran sederhana kecil dan berwarna merah jambu. Itu dompet aku! Aku meraba kocek baju dan seluar. Reaksi spontan.
"Mana kau dapat? Macamana boleh ada kat kau??"
"Cuba ingat??" Dia menggoyang-goyangkan dompet tersebut. Aku tercicir ke? Kat mana? Kantin? Kelas? Atau semasa dalam perjalanan ke perpustakaan? Tak ingatlah. Pantas aku cuba memikirkan dan mengingati. Kat mana? Kat mana ha? Cuai sungguh. Aku menggelengkan kepala.
"Bak sini, bagi aku balik.." Suara aku semakin perlahan. Kalau boleh, nak rampas aje tapi akalku tidak mengizinkan.
" Boleh, tapi dengan syarat." Dia mengangkat kening dua kali. Mengejek lah tu.
"Syarat??" Balas aku pula. Bersyarat-syarat pula dia ni. Dia dah tengok ke isi kandungan dompet aku tu? Mestilah, iye tak? Kalau tak dia takkan tahu dompet iru milik aku. Aku tanya dan aku jawab sendiri. Apa daa?Heh!
"Apa syaratnya?" Aku tahu aku akan menyesal bertanyakan soalan ni. Sungguh!!
"Sini." Dia mengunjukkan pipinya sambil tersenyum nakal.
"Hah!!!" Aku melopong. Penampar bolehlah!
"Tak-adalah. Apa kau ingat aku jahat sangat ke?"
Hmm...mana tahu.?
"Nah, aku kembalikan dengan syarat lepas ini kita jadi kawan. Okey?" Ujarnya sambil menghulurkan dompet tersebut pada aku.
"...." Blur pula aku ni. Tapi tangan aku tak segan pula menerima dompet yang memang milik aku dari tangannya.
"Aik..macam lupa sesuatu aje?" Dia berseloroh setelah dompet tersebut bertukar tangan. Giliran aku pula mengangkat kening.
"Hmmm...mm terima kasih banyak-banyak dan aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Lepas ni, kita jadi kawan." Sedikit ralat tapi aku rasa aku memang patut mengucapkannya.
Dia menghulurkan tangan dan aku sedikit teragak-agak.
"Kawan?" Kedengaran ikhlas. Dia menanti. Nak hulur ke tak? Perlahan-lahan aku menghulurkan tangan dan? Dia menarik semula tangannya.
"Tak boleh, bukan muhrim." Ergh. Aku termalu sendiri. Kurang asam punya budak.
"Kawan." Balasku dalam rasa malu.
"Hafizz."
"Zulaikha."
"Aku tahu." Sekali lagi aku terkena. Argh!! Rasa cam nak cekik-cekik jer mamat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 18-5-2010 02:28
Episod 3-part 1
Apa mereka ingat aku ni desperate sangat ker? Khairul dengan Hainun nih! Memang nak kena dengan aku. Kalau korang nak couple berdua korang punya pasal la. Apasal lak nak libatkan aku, tau lah aku nak cari jodoh sendiri. Hu-uhh! Ada lak nak kenenkan aku dengan Nazri. Aku tau-lah si Nazri tu baik orangnya. Lemah lembut, sopan-santun (ala-ala calon menantu pilihan mak gitu) Tapi, tak sesuailah couple dengan aku. Aku? Dengan mamat alim-alim gitu? (Alim ker? Mual pula rasanya.) Akukan minah brutal, ceh. Mana layan mamat type begitu. Bukan dengan dia sorang-lah, mana-mana mamat yang nak mengayat?aku (Kalau ada). Lagipun, buat masa ni tak terfikir ler di minda nak ber 'couple' dengan sesiapa pun. Entah apa yang mereka dah war-warkan pada si Nazri ni sampai dia berani jumpa aku meluahkan hasrat hati dan perasaan. Mau terbalik mata hitam aku ke belakang. Hey, kalau aku jumpa mereka ni mau aku hempuk dan lepuk kepala masing-masing. Biar sedar sikit yang mereka tu tak patut jadi matchmaker untuk aku atau untuk siapa-siapa pun. Agaknya mereka berdua bercita-cita nak buka syarikat mencari jodoh apabila tamat belajar. Baik tak payah! Kalau buka juga, mau bungkus syarikat tu.
Terbayang-bayang dibenakku pertemuan yang berlaku antara aku dengan Nazrie sebentar tadi. Asyik berulang tayang diminda, macam tape rosak. Rasa nak hantuk aje kepala aku ke dinding. Biar hilang semua adegan-adegan itu. Wargh!!!? Dari jauh lagi, kelihatan Nazri sedang berdiri dihadapan pintu kelas. Tersenyum simpul macam pengantin yang diusik atas pelamin. Aku menoleh kanan kiri dan belakang. Senyum kat aku ke? Seraya aku membalas tanpa niat. Orang berbudi, kita berbahasa. Dia memandang aku yang semakin menghampiri. Sesekali dia tunduk. Tunggu aku ke? Takkanlah. Hatiku bersuara melihat tingkah lakunya. "Assalamualaikum."Setelah tiba dipintu kelas, dia menyapa. "Waalaikumsalam." Jawabku ketika melewatinya dan melangkah masuk ke dalam kelas. Tak jawab rasa berdosa pula. "Zulaikha?" Huh?! Aku terhenti.
" Aa?" Balasku sambil menoleh tanpa perasaan. "Boleh kita bercakap sebentar?" Sedikit cuak aku. Tiba-tiba aku teringatkan perbualan aku dengan Hainun dua-tiga hari yang lepas. Seram sejuk aku jadinya. Seminggu yang lepas. "Zulaikha, kawan si Khairul nak berkenalan." Hainun memulakan bicara ketika singgah ke bilik aku. "Dengan siapa?" Balasku tanpa menoleh. Sibuk menelaah komik, sementelah orang lain sibuk menelaah buku pelajaran. "Kamu-lah, takkan dengan aku pula. Mana aku nak campak si Khairul." Sedikit berseloroh jawapan si Hainun. Hey, Mak Enon nih. Getusku pula. Mamat mana yang berkehendakkan aku? Ni mesti kes nak matching kan orang. Takde lain kerjanya, hari tu si Suraya jadi mangsa. Dipasangkan si Suraya tu dengan Irwandi. Katanya mereka berdua secocok sama rendah. Nasib baik menjadi. Dengan aku, jangan haraplah. "Tak nak dan tak ada masa." Pantas saja aku menjawab. "Jual mahal pula." Dia duduk disebelahku. "Aku belum bagitahupun siapa orangnya." Sambungnya lagi. "Siapa-siapa pun orangnya, aku tak berminat." Hmm. Jangan bagi muka. Si Hainun ni kalau bab-bab memujuk tu nombor satu. "Orangnya memang sesuai. Baik, sopan-santun,?" A-ah! Iyalah tu. "Tak nak. Noktah. End of conversation." Aku menggeleng kepala, mata masih kat komik. "Please? Aku dah cakap yang kau dah setuju. " Sepantas kilat aku menoleh. Wah! Wah! Wah! Buat keputusan tanpa pengetahuan aku dan yang paling penting tanpa persetujuan aku! Ini sudah lebih. Bila pula aku bagi mandat untuk jadi jurucakap bagi pihak aku, wei! "Hah? Setuju apa? Aku tak kira, apa-apa yang kau dah cakap kat mamat tu baik kau tarik balik."
Hari ini.
Aku memandang Nazri. Huh! Mesti kes ni. " Ha? Ada apahal? Saya sibuk ni." Automatik suaraku bertukar sedikit garang.
Zulaikha, tak baik bersalah-sangka. Mungkin hal lain. Jangan bertindak melulu. Selidik terlebih dahulu. Hati baik aku bersuara. "Saya tak akan mengambil masa yang lama." Ujarnya sambil menunggu jawapan dariku.
"..." Aku diam sejenak. Cuba mencari alasan agar tidak tersepit. Kalau boleh nak mengelak sebenarnya. Tapi, bila difikir-fikirkan lebih lama aku mengelak lebih lama lagi masalah ni akan selesai. Baik selesaikan dengan kadar yang segera. "Baiklah." Dia kelihatan lega mendengarnya. "Apakata kita berbincang di dalam." Dia mencadangkan. Berbincang? Macam kes berat aje. Aku meninjau ke dalam kelas, ada Sofian dan Pauldrik. Perlahan aku mengangguk.
Aku menuju meja aku yang terletak berhampiran pintu belakang kelas. Dia menurut sahaja. Setelah meletakkan buku-buku diatas meja dan melabuhkan punggung dikerusi, aku memandangnya. Tanpa perasaan. Dia turut memandangku.
Berbalas-balas pandang pula? Entah apa yang difikirkan olehnya. Aku tak mampu menebak. Sejenak kemudian, dia menarik sebuah kerusi lalu mengambil tempat dihadapanku. |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 3- part 2
"Saya rasa kita patut berbincang." Dia memulakan bicara.
"Tentang apa?" Tanya aku pula.
"Tentang kita." Mau termuntah tatkala mendengarnya.
"Kita?" Sejak bila pula ada kita? Maksudnya dia dan aku? Hey. Tidak syak lagi, kerja mereka berdua.
"Ya, hubungan kita." Oh! Hainun! Oh! Khairul! Aku menutupkan mata sekilas sambil menggelengkan kepala. Sah!
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Menutup mulut sambil memikirkan ayat-ayat yang terbaik untuk dipertuturkan pada Nazri.
"Kalau boleh, saya nak letakkan beberapa peraturan dalam hubungan kita."
Waduh! Pening ni. Ada peraturan pula? Terang terus mataku. Kalau sekarang aku tengah mengantuk, mesti dah celik bila mendengar patah-patah perkataan yang keluar dari kotak suara Nazri. Itu belum lagi mendengar ayat seterusnya, terus jatuh rahang aku jadinya.
"Pertama, kenalah bahasakan diri saya sebagai Abang?"Apa? Silap pendengaran kah aku ni?
"Kedua, pakaian kena jaga. Jangan pakai yang menjolok mata dan kalau boleh biarlah berciri-cirikan muslimah yang sejati." Okeylah, yang ni boleh diterima.
"Ketiga, saya tidak benarkan awak pergi ke mana-mana atau berjumpa dengan sesiapa terutama lelaki tanpa pengetahuan dan kebenaran saya." Wooh! Kepala aku dah sakit. Sesedap mulut aje dia buat peraturan untuk aku. In the first place, aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan. Aku mengangkat tangan, isyarat supaya dia berhenti.
"Macam nilah. Er.. Nazri. Saya tak tahu apa yang kawan saya dah bagitahu kat awak. Tapi, percayalah saya tidak pernah ada niat untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan awak. Saya minta maaf. Tidak ada kita dan tidak ada hubungan di antara kita berdua."
"Err.." Dia terdiam sejenak. Berfikir barangkali atau terkedu.
"Tapi.."
"Saya harap awak faham, Nazri. Saya tidak tahu menahu tentang ini."
Dia mendiamkan diri. Agaknya sedang mencerna kebenaran yang baru sahaja aku luahkan.
Agak lama baru dia bersuara.
"Zulaikha, apa-apapun saya masih menaruh harapan agar hubungan antara kita masih boleh diteruskan. Saya menganggap awak masih dan akan memikirkannya. Kalaupun kawan awak memberi maklumat yang salah diawalnya, saya masih beranggapan yang kita boleh cuba memberi peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain. Tidak salah, bukan?"
Aku menghela nafas lalu melepaskannya. Sedikit perlahan dan berat.
"Sebagai kawan mungkin boleh." Aku tekankan sedikit perkataan mungkin itu kemudian menyambung.
"Tapi, sebagai pasangan? Minta maaf. Tidak mungkin. Sama sekali."
"Begitu saja? Fikirkanlah dulu Zulaikha." Sedikit kecewa kedengaran ketika dia bangun bersedia untuk pergi.
"Saya harap awak akan berubah fikiran. Saya akan menanti." Sempat lagi dia menoleh sebelum meneruskan langkah.
Aku menghembus nafas lagi. Kali ini lebih panjang. Sedikit lega, cukup buat hari ini untuk masalah yang ini. Hai! Keluhku. Silap planning pula aku petang ini. Apasal pula kaki aku melangkah menuju ke kelas, bukan ke perpustakaan seperti biasa?
Mana pergi si Hainun yang tidak kelihatan semenjak aku balik ke asrama Puteri. Aku dah ke dormnya tapi tak berpenghuni. Pergi mana? Hilang ke mana? Puas aku mencari sampai ke bilik mandi, ampaian malah ke bilik TV, tapi yang dicari tidak kelihatan. Aku tertanya-tanya ketika dalam perjalanan ke bilik. Macam tahu-tahu aje aku mencarinya.
Huh. Hainun, masih ada perhitungan yang belum selesai antara kita. Tidak mengapa, kalau bukan hari ini esok-lusa masih ada. Bisikku sebelum melayarkan bahtera mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat datang dik...
Rajin2 update...ada bakat |
|
|
|
|
|
|
|
crita yang menarik..... teruskan ........NNN3333:re: |
|
|
|
|
|
|
|
bagus... not bad.. sambung lg dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 18-5-2010 23:40
Episod 4
Aku balik ke bilik dengan perasaan bercampur baur. Macam rojak. Semuanya ada. Geram, sakit hati, sedih, marah semuanya bersatu namun yang pasti ada kelegaan mengambil sebahagian besar diriku. Aku berharap sangat-sangat yang Nazri akan faham dengan apa yang telah aku luahkan. Bukan aku tak sudi tapi? agh! Aku sememangnya tidak sudi, dan sebenar-benarnya aku tidak mampu membohongi hati sendiri apatah lagi memaksa diri untuk menerima seseorang dengan begitu saja.
Hari tu dah bagitahu. Tak reti bahasa ke? Tadi datang menagih jawapan pula. Bila dah bagi jawapan tak nak terima pula. Macamana hendak diterangkan lagi agar dia faham.
"Jangan tunggu lagi, jawapan aku tetap sama. Tak nak dan tak mahu." Begitu kata-kataku padanya. Takkan tak faham kut.
Hey! Cukuplah tentang Nazri, memikirkannya saja buat aku?(Sewel? Bengkak? Whatever?) Aghh! Lebih baik fikirkan benda yang buat aku gembira dan menyenangkan.
Aku melihat jam tangan. Masa sudah hampir menjejak tengahari. Hampir saja aku terlupa yang aku ada berjanji dengan Hafizz untuk ke pekan hari itu. Cepat-cepat aku menyalin pakaian. Aku mengenakan pakaian rasmi SBPT untuk keluar pada hari cuti umum atau hari tidak bersekolah. Baju kurung ungu dengan kainnya berwarna putih.
Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. Siapa lah gerangannya yang mengusik aku yang sedang sibuk nih? Aku membiarkan saja pintu bilik itu diketuk berulang kali.
"Siapa?" Aku bertanya sambil membetulkan tudung aku. Daun pintu terbuka, aku menoleh. Kelihatan wajah Maisara terjengul disebalik daun pintu. Aku menganggukkan kepala lebih kepada pertanyaan. Ada apa?
"Kak, Abang Hafizz panggil." Beritahunya. Aku mengangguk sahaja.
"Dia kat mana?"
"Depan blok." Pendek sahaja jawapan Maisara sebelum dia berlalu pergi. Cepat-cepat aku menyapu bedak muka dan mengoles pelembap bibir. Bukan hendak nampak cantik di mata orang tapi di mata sendiri. Kita harusnya membina keyakinan diri, kalau tidak mudahlah orang lain meruntuhkan semangat dan memperkotak-katikkan diri kita. Begitulah aku selalu mengingatkan diri sendiri. Aku perhatikan wajahku sekilas di cermin muka sebelum bergegas pergi. Okeylah tu..Bukan nak jumpa putera raja. Hafizz je?(kata nak nampak cantik di mata sendiri?)
"Lama tunggu?" Aku menyapa setiba saja di hadapan blok asrama Puteri. Hafizz yang sedang berdiri membelakangi pintu pagar menoleh ke arahku. Dipandangnya gadis itu dari atas ke bawah. Nampak berseri semacam aje. Bisik hati kecilnya.
"Apahal kau pandang aku macam tu?" Ada apa yang tak kena? Itu mesti ada benda yang nak dikutuknya. Tak sahlah kalau tak mengenakan aku walau sekali dalam sehari. Baik aku buat tak tahu aje..
"Aku tengok takde perubahan pun pada kau yang buat aku menunggu selama...mmm..." Hafizz melihat jam tangannya kemudian menyambung.
"Adalah setengah jam tapi rasa macam dah sedepa panjangnya janggut kat dagu aku nih." Aku menjulingkan mata ke atas.
"Kau yang terlebih awal, aku pula yang dikatakan lewat."
"Hek-eleh janji pukul satu. Ini dah pukul satu setengah tau. Setengah jam tu kalau tanak nasi pun dah masak tau." Aku buat muka biut.
"Mana ada, aku kata jam satu setengah." Perlahan saja aku menjawab hampir tak kedengaran.
"Apa dia?" Telinga lintah betul lah dia ni.
"Nothing." Balasku pendek.
"Dah..merajuk la tu." Aku menjeling mendengarkan kata-katanya. Aku merajuk? Wahahaha?
"Cutenya. Buat lagi sekali." Aku terhenti seketika lalu menarik muka sambil mengerlipkan mata berkali-kali. Dia tergelak sambil menunduk menggeleng-gelengkan kepala. Apa yang kelakar sangat? Aku pandang aje. Nak buat dek aje atau buat sesuatu?
"Setengah jam pun nak berkira. Tak nak pergilah macam ni." Aku mula memanjangkan kaki konon-kononnya berpatah balik semula ke Asrama Puteri.
"Hek-eleh. Jomlah pergi. Van sekolah tu dah nak bergerak sebentar lagi." Dia menarik lengan baju aku. Saja lah tu, nak menghentikan gurauan yang entah apa-apa sebelum berlanjutan. Kami kemudiannya beredar beriringan menuju ke sebuah perhentian bas yang terletak tidak jauh dari situ. Perhentian bas tersebut memang disediakan oleh pihak sekolah untuk kemudahan para pelajar serta penghuni sekalian alamnya.
Sepanjang tempoh perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit ke pekan kecil itu aku tak bersuara. Hafizz pun senyap juga. Masing-masing melayan perasaan.
"Kita pergi makan dulu.?" Hafizz membuka mulut sebaik saja tiba dipekan tersebut. Aku sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan tersebut. Perut pun memang dah lapar. Kami menuju ke sebuah restoran yang kelihatan agak ramai pelanggannya.
"Makanan kat tempat ni mesti sedap." Hafizz mengutarakan pendapatnya pada aku ketika beratur mengambil juadah yang disediakan secara buffet dalam restoran tersebut.
"Macamana tahu?" Soal aku bersahaja sambil mencedok kari ikan dari salah sebuah bekas yang disediak lalu meletakkannya ke dalam pinggan yang berisi nasi.
"Kau agak kenapa pelanggannya ramai?" Hafizz memberikan jawapannya dalam bentuk pertanyaan. Aku sekadar mengangkat bahu. Mungkin ini aja satu-satunya restoran yang ada kat kawasan ini. Jawabku dalam hati.
"Tolong letakkan kuah kari tu sikit?" Hafizz menghulurkan pinggannya kepada aku. Aku memandangnya. Tak reti ambil sendiri ke? Dia memandang aku semula sambil mengangkat kening. Seolah-olah bertanya. Apa? Something wrong? Akhirnya aku mencedokkan sedikit kuah kari itu.
"Cukup?" Tanyaku ketika membubuh kuah tersebut ke dalam pinggannya.
"Lagi sikit." Hah? Aku mencedok lagi dan memandangnya. Dia mengangguk. Penuh pinggan tersebut dengan kuah kari. Mamat ni makan nasi ke minum kuah kari?
"Kau ni makan nasi ke makan apa?" Tanyaku separuh mengejek.
"Inilah namanya nasi banjir."Balas Hafizz selamba.
"Tak pernah dengar pun." Memang aku tak pernah dengar. Ada ke ?
Kami memilih meja makan yang terletak berhampiran dengan dinding kaca restoran tersebut. Sambil-sambil menjamu selera boleh gak menjamu mata kat luar tu. Isyk! Isyk! Isyk! Tak senonoh langsung. Setelah mengambil tempat masing-masing dan mula menjamu selera, Hafizz mengeluarkan soalan cepumas?yang tak dijangka oleh aku.
"Kau ada apa-apa dengan Nazri ke?"
"Nazri?" Hampir tersedak aku dibuatnya. Aku terbatuk-batuk kecil. Dia menghulurkan air yang baru tiba. Cepat-cepat aku meneguknya. Air muka pun dah rasa semacam. Harap-harap dia tak perasan.
"IIya, Nazri yang sedang-sedang tinggi, hitam manis dan control macho itu." Aku memandangnya. Dia kelihatan selamba, tak ada reaksi yang boleh membuat aku menerka akan rasionalnya soalan itu ditujukan pada aku. Ada kaitan ke? Musykil juga nih.
"Tak ada apa. Kenapa?" Balasku juga selamba, walaupun selera aku terasa berkurangan setelah nama itu keluar. Huh, potong betul.
"Saja tanya."
"Tak kan saja tanya kot?"
"Mestikah ada sebab untuk satu-satu pertanyaan itu?"
Aku senyap tak terkata. Walaupun dalam hati aku menjawab. Mestilah ada sebab untuk setiap pertanyaan sepertimana setiap pertanyaan itu ada jawabannya. Entah apa yang bermain di minda mamat sorang ni?
Hafizz sebenarnya secara tak sengaja terlihat akan pertemuan Zulaikha dengan Nazri pagi tadi. Walaupun tidak pasti apakah sebenarnya hubungan antara Zulaikha dengan Nazri tapi dia dapat mengagak bahawa Nazri sebenarnya menaruh perasaan terhadap Zulaikha. Ditambahkan pula peristiwa yang berlaku selepas pertemuan tersebut. Nazri secara terang-terangan bertanyakan padanya sama ada dia bercinta dengan Zulaikha atau sekadar berfoya-foya dengan gadis itu.
"It's none of your business whether I am in love with her or not. But, she's my friend so don't ever try to hurt her feeling or lay your arms on her. If you do, you're going to regret it for the rest of your life because I'm not gonna sit here and watch her cry."Itulah jawapan yang diberikan kepada Nazri. Dia memandang semula wajah Zulaikha yang kelihatan sedikit terganggu dengan pertanyaan itu.
"Zulaikha?"
"Hmm.."
"Kalau ada apa-apa masalah. Jangan lupa abang ni ada kat sini." Perkataan abang itu ditekan sedikit sambil kedua ibu jari diunjukkan pada dirinya.
"Hek-eleh. Abang konon. Pigidah." Tergelak aku mendengar offer itu. Dia pun tergelak sama. Setelah beransur reda, dia berkata semula.
"Seriously, I am here if you need anything."
"Nothing that I can't handle." Balasku pula.
"Yeah, I knew that but I insist on it. If you're in trouble please let me know, okey?" Kali ini suaranya lebih perlahan dan kedengaran serius.
"Okey?" Ulangnya lagi dan aku mengangguk.
"That's what friends are for." Kata-katanya kedengaran ikhlas dan terasa sungguh mendamaikan. Secara tiba-tiba juga aku berasa sungguh selesa. Terasa berbunga-bunga. Senyum pun tanpa sedar meleret sampai ke telinga.
"Dah...Dah...jangan jatuh cinta kat aku pula." Suara Hafizz menerjah ke cuping telinga. Terencat terus rasa berbunga-bunga itu. Terkulat-kulat aku dibuatnya. Malu pun ada. Huh! Perasan lebih pula mamat sorang ni. Getus hatiku sedikit geram. |
|
|
|
|
|
|
|
uwaaahhh budak sekolah dah bercinta?????? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# qimi08
tima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaahhh mozilla ada problem ke??
Apsal ada tulisan cina kat latest post ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaahhh mozilla ada problem ke??
Apsal ada tulisan cina kat latest post ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# qimi08
dah edit balik...okey tak, ada chinese script lagi ker? ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 5
Pagi yang dingin. Pagi-pagi minggu begini harusnya aku lepak je kat bilik. Aku sedang pulas kat tilam yang tak berapa hempuk biasalah tilam hostel, kan? Lebih baik ada daripada tiada. Tapi, tiba-tiba aje dikejutkan mesej yang dibawa oleh Maisara. Katanya. "Abang Hafizz tengah tunggu akak kat kantin sekolah. Penting! P.e.n.t.i.n.g.?" Diejanya perkataan tu pulak, sebijik macam si Hafizz. Perlahan aku bangun dari baring lalu duduk bersila di atas katil sambil memandang wajah mulus milik Maisara. Aku mengangguk mengiyakan penerimaan pesanan dan dia pun melangkah pergi. Apa lagi lah dengan si Hafizz ni. Aku baring semula, biarkan lah dia menunggu. Lepas sepuluh minit bermalas-malasan barulah aku bersiap. Bawa buku nota serta kerja-kerja sekolah yang patut disiapkan. Alang-alang dah jumpa dengan si Hafiz. Selesai saja perjumpaan so called "penting" dengan Hafizz, bolehlah aku luangkan masa mengulangkaji pula.
Kelihatan kelibat Hafizz yang duduk berseorangan di kantin sekolah. Sesekali dia tunduk menguis kaki dan adakalanya menoleh memerhatikan laluan pejalan kaki. Zulaikha menapak menuju destinasi. Kecil-kecil tapak kakinya melangkah tetapi deras dan pantas. Semakin lama semakin hampir dia pada Hafizz.
"Hah.. Ada apahal yang emergency sangat kau nak jumpa aku ni?"Aku terus duduk di hadapan Hafizz tanpa menunggu di undang. Hafizz melebarkan senyuman, tatkala menyambut kedatangan aku. Pelik! Senyum lebih-lebih pula tu.
"Kalau iyapun, ucaplah salam dulu."
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Kau nak minum apa? Aku belanja." Aku mengerutkan dahi mendengar kata-kata Hafizz. Ada udang di sebalik batu ni, aku diam sejenak. Lagipun, aku 'kan tak breakfast lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Orang nak belanja, apa salahnya. Setakat teh o limau suam apalah sangat.
"Hmm.. Teh O Limau suam."
"Pakcik, Teh O Limau suam satu." Hafizz melaung ke arah pakcik yang menjaga kantin itu. Rajin betul pakcik ni, bukan masa persekolahan pun kantin itu dibuka.
"Makan tak nak ke?" Tanya makan pula? Hmm, sah mesti ada sesuatu. Tapi, kalau makan kuey teow kerang okey gak. Aku terangguk-angguk memikirkan. Sebelum tu, belanja minum dan makan tiba-tiba takkan saja-saja kut. Birthday dia ke? Birthday aku tak mungkin, dah lepas dah.
"Kau nak apa sebenarnya?" Meluncur keluar soalan itu dari mulut aku.
"Air dah sampai." Tiba-tiba aje pakcik kantin itu dah terpacak kat depan meja kami. Serentak kami menoleh tuan empunya suara. Cepatnya.
"Minumlah du...lu." Belum pun sempat Hafizz menghabiskan kata-katanya, bibir gelas sudah bertemu dengan bibir milik Zulaikha. Dia memerhatikan saja si gadis menghirup air yang masih panas itu. Uh!! Panas! Panas! Pakcik ni nak buat lidah aku melecur ke? Air ni menggelegak bukannya suam. Hush? pakcik ni! Cepat-cepat dia meletakkan gelas itu semula dan menepuk-nepuk bibirnya dengan tangan.
"Sebenarnya aku nak kau tolong aku karang satu surat." Tanpa berselindung, straight to the point pula si mamat ni.
"Surat? Surat apa, surat cinta??" Soal ku pantas. Hai, mamat ni dah jatuh hati kat seseorang ke atau dapat surat cinta dari seseorang? Takkan baru pertama kali dapat surat cinta kut?
"Bukan macam tu."
"Habis tu?"
"Aku dapat sepucuk surat dari seseorang."
"Secret admirer?"
"Nah, bacalah." Dia menghulurkan sekeping surat bersampul pink. Huh! Sah dari seorang gadis. Aku menyambutnya dan mula membaca.
Sehabis saja aku membacanya, aku tersenyum sendiri. Ada juga minah yang ada hati nak buat si Hafizz ni abang angkat. Aku pandang Hafizz atas bawah. Ada ciri-ciri seorang abang angkat ke?
"Macamana?" Matanya bulat.
"Kau nak jadi abang angkat ke?" Soalku pula.
"Kenapa tak boleh?"
"Abang angkat ke abang sangkut?" Aku berseloroh lantas tergelak. Dia merampas semula surat tersebut. Aku membiarkan saja.
"Macamana? Boleh ke kau tolong aku?" Dia menagih jawapan sekali lagi.
"Hek eleh bukannya susah pun nak balas surat tu. Kau jawablah sendiri." Balasku pula.
"Tolonglah Ika, aku memang tak reti bab surat menyurat ni." Habis tu aku reti ke?
"Malas aa nak layan kau." Balasku pula.
"Tolonglah Ika, aku desperate ni."
"Apa yang aku dapat, kalau aku tolong kau..?"
"Apa yang kau nak, cakap aje. Insya-Allah aku tunaikan." Aku berfikir sejenak. Nak tolong ke tak nak tolong. Kalau tolong kang di kemudian hari kena kat aku balik. Kalau tak tolong kang, mesti kena kat aku juga. Mana-mana pun jalan yang aku pilih, kalau yang ada kena-mengena dengan si Hafiz ni mesti akan terkena kat aku juga.
"Isy? Tak yah lah. Aku memang tak nak dan aku pun sama macam engkau tak reti menulis surat ni."
"Tapi, kau kan terror Bahasa Melayu."
"Hello, itu tak sama. Mana ada chapter dalam Bahasa Melayu ajar tulis surat cinta"
"Ini Bukan surat cinta lah!"
Masing-masing senyap secara tiba-tiba. Beberapa ketika kemudian Hafizz bersuara.
"Aku tahu kenapa kau tak nak tolong aku." Ujarnya sambil mengecilkan mata. Dah mula dah Mamat sorang ni. Aku memandangnya tanpa reaksi. Bulat aku mengatakan yang aku tidak mahu campur dalam perkara sebegini. Kelak menyusahkan aku.
"Kau sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap aku, betul tak?"
Tersirap darah aku naik terus ke muka. Panas seketika terasa pada wajah. Tersekat pemikiran. Heh! Berkerut-kerut muka aku memikirkan andai ada jawapan yang sesuai untuk soalan yang tak dijangka itu. Hafizz tersenyum sambil mengerdipkan mata, dia tahu umpannya sudah mengena.
"Hah! Perasan. Aku dengan engkau? Boleh blah!!" Akhirnya itu yang terkeluar dari mulutku. Dengan bersahaja Hafizz menjawab.
"Ya. Sudah pasti kau tidak mahu berkongsi aku dengan orang lain. Itu saja satu-satunya penjelasan yang ada. Kalau tidak, masakan kau menolak permintaan aku. Betul tak Zulaikha sayang??" Hish?! Geramnya aku. Geramnya hingga tak terkata. Ternganga-nganga aku cuba menepis tuduhan yang tak ada makna itu.
"Kau.." Aku mengetap bibir.
"Kalau kau mengaku yang kau sebenarnya tersangat sukakan aku, kau tak payah tolong aku membalas surat ini." Dia melayang-layangkan surat itu di depan mata aku. Dia tahu sebentar lagi aku pasti mengalah.
Aku merentap surat itu daripada tangan Hafizz. Huh! Hafizz tersengih dan sengihnya makin melebar. Aku menang bisiknya. Yes, aku menang.
Aku memandang Hafizz yang senyumnya mengalahkan pengantin. Hai, keluhku. Jadi setiausaha tak bertauliah nampaknya aku. Pening kepala macam ni.
Aku membaca semula surat yang dihantar oleh si gadis bernama Diana. Diana yang mana satu ek? Yang comel-comel kecil berambut pendek tu ke? Aku rasa dan tak silap aku itulah pemilik surat merah jambu ini. Huh! Nak balas camana pula? Apasal lak aku yang kena memerahkan otak membalas surat ni? Tunggulah engkau Encik Hafizz. Aku mengangguk-anggukkan kepala sendirian seolah-olah mendapat satu idea yang tersangat bernas untuk mengenakan si pemuda. Hafizz yang perasan akan tingkah laku aku, cepat-cepat bersuara. Hah!
"Engkau jangan berangan nak dajalkan aku ek. Lepas aje surat tu siap kau karang, kau kena bagi aku baca dulu." Aku mengerutkan dahi. Hek eleh, macam tu pula.
"Minta pen dengan kertas." Hafizz dengan senang hati mengeluarkan beberapa helai kertas kajang dan sebatang pen dari dalam sebuah beg yang dibawanya.
"Kertas ni??" Takkan nak guna kertas kajang pula?
"Habis tu?"
"Bolehlah." Balasku. Bukan surat aku, surat dia.
Kehadapan adik Diana
Abang (wekkk!! Aku tambah dalam hati) berterima kasih di atas perhatian dan hajat adik ingin menjadikan abang (wekk lagi!!) sebagai abang angkat. (bukan abang sangkut ke?)
Abang akan cuba sedaya upaya membantu adik setakat yang termampu oleh abang dalam pelajaran dan masalah-masalah yang adik hadapi. Maklumlah, abang (yeak!!) juga seorang pelajar yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.
Sekian
Aku baca sekali lagi..Okeylah ni. Kalau dia tak puas hati biar dia betulkan sendiri. Geli-geleman pula terasa di hati, heh abang? konon.
"Nah." Aku menghulurkannya pada Hafizz. Dia menyambut dan membacanya.
"Macam ni je??"
"Huhh.. macamana lagi kau nak?"
"Okeylah. Bolehlah.. tolong bagi kat budak tu..?"
"Ish...tak kuasa aku, kau bagilah sendiri. Okey, bye!" Cepat-cepat aku angkat punggung dan buka langkah seribu, berlari meninggalkan tempat tersebut. Tak naklah aku jadi posmen tak bergaji pula..
"Ika..? Ika? Zulaikha..?" Panggilnya yang tak sempat nak mengejar aku.
Aku melambai-lambai dari jauh. HiHiHiHi..Padan muka! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply qimi08
dah edit balik...okey tak, ada chinese script lagi ker? ahaks
babyanah Post at 19-5-2010 00:08
Okeh.....dah blh baca.....
yg ada chinese script tu blh delete....
nanti org keliru... gi kat edit - delete |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|