View: 13959|Reply: 111
|
Kereta 15 tahun masuk Puspakom
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).
"Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.
"Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi," katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.
Difahamkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan sistem pemeriksaan kenderaan yang lebih tersusun.
Kajian semula NAP juga antara lain:
Memansuhkan sepenuhnya sistem pentadbiran Permit Kelulusan (AP) terbuka pengimportan kenderaan terpakai sama ada komersial, penumpang dan motosikal mulai 31 Disember 2015, manakala AP francais pada 31 Disember 2020.
Mewujudkan Dana Pembangunan Bumiputera bagi membantu usahawan Bumiputera dalam sektor automotif, manakala fi RM10,000 bagi setiap AP terbuka bermula tahun depan yang diumumkan dalam Bajet 2010 minggu lalu akan disalurkan kepada tabung berkenaan.
Menarik balik pembekuan lesen pengilang bagi segmen kenderaan mewah 1,800cc dan berharga lebih RM150,000, kenderaan hibrid dan elektrik; pick-up; kenderaan perdagangan dan motosikal 200cc ke atas, mulai tahun depan.
Mengekalkan kadar duti import dan eksais sedia ada bagi kereta unit dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD).
Merangka mekanisme baru untuk melaksanakan larangan pengimportan alat ganti terpakai kenderaan dalam tempoh 18 bulan akan datang.
Mustapa berkata, menerusi langkah baru itu, usaha sama strategik antara Proton Holdings Bhd, pengeluar kenderaan nasional dan Pembuat Perkakasan Asal (OEM), akan diwujudkan.
Kajian semula itu bagaimanapun mengekalkan pembekuan ke atas lesen pengilangan bagi kontrak pemasangan kenderaan kecuali menggunakan lebihan kapasiti sedia ada.
Pada masa sama, Mustapa berkata, langkah semasa untuk meringankan impak liberalisasi pasaran akan dikekalkan di mana Dana Pembangunan Automotif dan Dana Penyelarasan Perindustrian akan diteruskan.
Dasar baru itu juga menyaksikan peningkatan pengecualian pada pendapatan statutori pada nilai peningkatan eksport kenderaan, alat ganti dan komponen.
Pengecualian pendapatan statutori akan dinaikkan kepada 30 peratus daripada 10 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah dan sehingga 50 peratus daripada 15 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.
Mustapa berkata, di bawah dasar kajian semula itu, Kementerian Pengangkutan akan memberikan keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi mewujudkan standard dan kemudahan pengujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).
Mengenai standard bahan api, katanya, kerajaan akan melaksanakan standard EURO 4M menjelang 2011.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewujudkan rangka pelan yang jelas bagi standard dan kualiti bahan api. Spesifikasi EURO 2M bagi bahan api dan diesel diperkenalkan sejak September lalu.
--------------------------------------------------------------------------------------------
kenapa x kaji kenapa ada 1.7 juta kenderaan di jalanraya tu sebelum laksanakan perkara ini. kenapalah mereka x turunkan harga kereta tempatan dahulu untuk rakyat marhein beli kereta baru. rakyat takda duit nak beli kereta baru, jadi gunalah yang lama. aduhai macam ni ke orang2 besar berfikir? |
|
|
|
|
|
|
|
weh....abes adekah ako patot jual kete ako skang dan angkat kete secondhand yang baru. ke camne. Ako dengar kerete yang lebih 15tahun ke atas terpakse anta puspakom setiap tahun mulai tahun depan. Bukan sekali buat je.
Adakah jual kereta itu sebelum hujung tahun ni atau renew puspakom sebab ako dengar gak ura2 harga kereta nak turun. ke camne
gamaknye~! |
|
|
|
|
|
|
|
weh....abes adekah ako patot jual kete ako skang dan angkat kete secondhand yang baru. ke camne. Ako dengar kerete yang lebih 15tahun ke atas terpakse anta puspakom setiap tahun mulai tahun depan. Buk ...
mohdlorong Post at 29-10-2009 10:12
kalau aku jd ko, aku akan study seperti berikut:
1) brp charge unt inspection tersebut..........berbaloi x unt maintain keta yg sedia ada. kalau berbaloi, aku maintain shj.
2) atau beli keta 2nd hand thn 2000 ke atas. harga 2nd hand pun x lh mahal sgt pun. kalau pndi, rajin dan sbr mencari.....ko akan dpt keta yg betul2 puas hati.
~baru je tgk iklan kt internet.......kancil 850 manual thn 2001 harga rm9,500...........hmmm menarik hati jgk tu. tu blm nego lagi......kalau nego betul2, mau dpt rm8k............. |
|
|
|
|
|
|
|
harge kereta second lagi jatuh .Worth value actual kereta la 15 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
aku punya kete tahun depan 15 tahun umo dia, tapi sebab aku jaga punya baik, lebih lancar dari kete 10 tahun. Takkan aku nak jual kete kesayangan aku tu. Macam bini pertama la pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
nak pastikan selamat kunun..
yg haku tengok, kete yg eksiden, terpeleot, terbakar, terbagai tu, majoriti kete yg kurang 5 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ini toki terpaksa memandu hampir 200km tiap tiap tahun utk kasi test keta pusaka toki ni...
terima kasih kerajaan BN... tawun depan, jamaludin jarjis dan umno boleh melingkup dalam sungai endau sana. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah pasal...
keta aku taun 1992..
lagi pening pala... spare part dok cari hafkat saja... adesssssssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
:geram:...huh!!!...tmbah lgi la aktiviti rutin tahunan aku..kene bermesra dgn PUSPAKOM sebelum boleh renew keta aku yg dah berusia 15 tahun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kesian kat org2 tua jer yg umur lebih 65 tahun..nak gi berbaris kat Puspakom lak lepas nie... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni geng jual keta leh wat side income....jd runner utk inspection keta... |
|
|
|
|
|
|
|
"Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.
awat la bodo sgt depa nih. dah keta mahai nak mampuih sapa la nak tukar keta setiap 5 tahun. keta mahai sampai tpaksa buat loan 9 tahun (gomen staf 15 tahun).
New Perodua Cars can Loan up to 15 Years!!!!
<<Only for Goverment servant & SELECTED Goverment Linked Companies(GLC). HIRE PURCHASE-SALARY DEDUCTION SCHEME>>
Blacklist Olso can Buy Car!!! No Problem
"Terms & Conditions apply"
Just Send ur Document to me>> Loan Approved>>
Register at JPJ>>> Can Take Car!!!!
Insurance & Registration Included>>>
No Need to Pay Anything!!!
Deposit RM100 only
Call 012- xxx 7777 Natasha
Documents needed:
1. MY KAD & DRIVING LICENCE
2. 2 MONTH LATEST PAY SLIP |
|
|
|
|
|
|
|
baru habih bayor loan keta kena humban masuk gaung. |
|
|
|
|
|
|
|
1 malaysia, rakyat di dahulukan.. hahahaha
next election, pastikan timbang naik lagi!! |
|
|
|
|
|
|
|
majoriti yg pakai kete umur lebih 15 tawun nieh semua level pakcik makcik, cam level bapak haku tu, pakai honda accord CB2, tak silap haku tu keluaran tahun 1992 kot, tapi power lagi. aper ke jadahnyer umur dah 57 tawun nak beratur kat puspakom tu.. akal takde ker?? bodoh!! bangangg!! samdol!! goblog!! budusss!!! otak letak kat bontoot!! kalau yer pong nak untungkan kroni kat puspakom tu, jangan lar menyusahkan orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
majoriti yg pakai kete umur lebih 15 tawun nieh semua level pakcik makcik, cam level bapak haku tu, pakai honda accord CB2, tak silap haku tu keluaran tahun 1992 kot, tapi power lagi. aper ke jadahnye ...
Fast-N-Furious Post at 29-10-2009 14:22
kalau 2-3 tahun sekali aku boleh terima lah..nih setiap tahun..kenapa mangkuk sangat, sapa yang cadang ni.. kereta aku tahun 92, mula tahun depan, kena ke puspakom, habiskan masa dan duit, tiap2 tahun..memang nak memperkayakan croni.. |
|
|
|
|
|
|
|
beratur kat puspakom tu bukan 1-2 jam.. silap2 perlukan 2 hari nak renew roadtax.. 1 hari untuk puspakom, 1 hari untuk insuran +JPJ.. nak pakai runner? fuh.. upah dia kalau ada yang sanggup bayar |
|
|
|
|
|
|
|
b.o.d.o.h
buat la setiap 3thn ke.. 5thn sekali ke..
dah la aku ni jenih sebuk tetiap hari.. kalo takde keta 2 3 hari.. mau jem gak la...
aku agak tahun depan mesti waiting list makan hari punya kat puspakom.. maksudnya kena buat appointment dulu baru boleh mai cek keta..
keta aku thn 91.. sah2 la kena cek puspakom.. walhal keta tiptop mcm baru lagi..
apa la nasib kita ni dpt gomen bongok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|