|
Post Last Edit by jees at 23-10-2009 15:39
Bantuan makanan sumbangan persatuan penternak dihantar secepat mungkin
KUALA LUMPUR: Prihatin dengan nasib mangsa gempa bumi yang melanda Padang, Indonesia, bulan lalu, Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyumbang sejuta telur ayam bernilai RM300,000 kepada penduduk di kawasan dilanda bencana itu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penghantaran telur ayam itu akan dilakukan secepat mungkin menerusi udara memandangkan ia hanya dapat bertahan dalam tempoh tiga minggu.
Katanya, bagi memastikan kelicinan penghantaran itu, pihaknya berharap perbincangan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan diadakan supaya telur ayam berkenaan dapat diagihkan segera kepada penduduk di Padang.
"Saya juga difahamkan bahawa FLFAM akan terus memberikan sumbangan telur ayam ini kepada mangsa di Padang. Jika sejuta telur ini tidak mencukupi, mereka akan cuba buat tambahan (telur ayam)," katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Telur Ayam Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Padang, Indonesia, di sini, semalam.
Hadir sama, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar; Pengerusi Agro Bank Malaysia, Datuk Mohamed Salleh Bajuri; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mokhtar Ismail; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Ibrahim Embong dan Presiden FLFAM, Lee Ah Fatt.
Sementara itu, Bachtiar ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, Malaysia adalah negara pertama yang menyalurkan bantuan, termasuk bersama-sama melaksanakan operasi mencari dan menyelamat bagi membantu penduduk Padang.
Katanya, Indonesia menghargai sumbangan berterusan yang diterima dari Malaysia dan berharap semua sumbangan berkenaan dapat diagihkan segera sekali gus membantu meringankan beban mangsa gempa bumi.
Dalam perkembangan lain, Noh berkata, pada tahun lalu, 11 peratus daripada jumlah pengeluaran telur ayam iaitu berjumlah 834 juta biji menyumbang sebanyak RM185.73 juta kepada eksport negara.
"Malaysia bukan sekadar mengeksport telur ayam makan, kita juga mengeksport anak ayam kepada negara jiran prestasi pengeluarannya meningkat dua peratus," katanya.
Ni haku hangin ni...nak bagi telur 20 ke 30 juta ke, ada haku kesah tapi telur yang jual kepada rakyat Mesia jangan lah naik rege lak!!!
Tadi aku beli kat Tesco, rege satu tray (30 biji) sampai RM7.19 (Gred C hokey!!!)
Kut nak beramal pun, apa lak kita kena tanggung...hanjeng tol!!!!:geram:
|
|