CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25990|Reply: 98

Isteri izin Raisuddin berpoligami

[Copy link]
Post time 4-9-2009 08:11 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM 3 Sept. - Isteri pertama penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah hari ini menyatakan persetujuan terhadap perkahwinan poligami suaminya dengan isteri kedua, Siti Fatimah Suberi di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Noor A'ini Mohamad, 52, menyatakan keizinan terhadap pernikahan kedua suaminya itu apabila disoal oleh Hakim Syarie, Abu Bakar Mohd. Daud semasa sebutan kes pengesahan dan pendaftaran poligami Raisuddin hari ini.

Noor A'ini yang dilihat agak uzur serta dipimpin oleh Siti Fatimah ke tempat duduk responden memberitahu perkara tersebut telah dinyatakan dalam afidavit jawapan yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Afidavit jawapan itu merupakan maklum balas kepada notis permohonan pengesahan nikah dan poligami suaminya yang diterima pada 22 Jun lalu.

Peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif yang mewakili bapa kepada penyanyi popular, Siti Sarah serta isteri keduanya itu mengesahkan fakta-fakta yang diberitahu oleh Noor A'ini.

Abu Bakar kemudiannya menetapkan 10 Februari tahun depan untuk perbicaraan bagi permohonan tersebut.

Raisuddin yang hadir bersama Noor A'ini, Siti Fatimah dan seorang anak lelakinya sempat menegur jurugambar media sebelum meninggalkan mahkamah.

Pernikahan Raisuddin, 53, dan Siti Fatimah, 22, di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 menimbulkan kontroversi apabila bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah memfailkan permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu secara faraq.

Serentak dengan itu, Raisuddin dan isteri keduanya itu memfailkan permohonan untuk mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.

Kes tersebut dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi ekoran keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 5 Februari lalu menolak permohonan Raisuddin untuk mengesahkan pernikahannya dengan Siti Fatimah.

Mahkamah Rendah Syariah tersebut turut menolak permohonan Suberi untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi itu secara faraq kerana tiada bidang kuasa untuk memutuskannya.

Suberi selaku plaintif kemudiannya memfailkan permohonan pada 17 Mac 2007 untuk mendapatkan perintah injunksi sementara bagi menghalang pasangan itu daripada tinggal bersama dan menjalankan kehidupan sebagai suami isteri sehingga rayuan pengesahan pernikahan mereka diputuskan.

Kes faraq nikah tersebut akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 8 September ini untuk membolehkan Suberi memfailkan hujah bertulis berhubung permohonannya.

p/s: huhu...sah la ye perkahwinan bini die yang muda tu..? mod boleh delete kalau thread ni dah ade..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 08:13 AM | Show all posts
lagi muda dari siti sarah ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2009 08:15 AM | Show all posts
siti sarah 25...bini muda 22...x sanggup kalau aku nk panggil dia makcik..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:16 AM | Show all posts
bagusla macam tu...
time sakit2 nih,madu bole tolong jaga....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:19 AM | Show all posts
huhhu.... pangkat adik je dgn sarah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:22 AM | Show all posts
ishhhh jauh bezanya... 30 thn.!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2009 08:24 AM | Show all posts
kalo aku la, xmaw dah dok umah tuh lagi
huhu

kalo aku la~
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:25 AM | Show all posts
izin ke x izin ke same je..dah kawen pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 08:29 AM | Show all posts
terpaksa terima.....:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:32 AM | Show all posts
macam mana adik tuh bole suka kat ayah sarah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:41 AM | Show all posts
hah...biar betul..mudanya....
nak wat cane,da jodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:48 AM | Show all posts
tak de maknanya bini muda umur 22 thn nak jaga madu yg umur  52 thn yg tgh sakit... :kant:
daun muda mcm tu tgh sibuk nak mengada & manja2 dgn laki.. kena pulak yg beza umur 30 thn... last2 bini tua jugak yg makan hati... dah la menanggung sakit... donia..doniaaa...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:51 AM | Show all posts
muda betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:56 AM | Show all posts
pmpn generasi skang....sume dia amik .............
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:09 AM | Show all posts
12# leotazz818

jgn depan media je konon wat2 nk jaga.. belakang2 tatau lg camne....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:10 AM | Show all posts
muda remaja lg, btl2 ke sanggup nak jaga madu yg sakit tu
sarah blh ngam ker ngan mak mudanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 09:12 AM | Show all posts
lagik muda dari aku....pe laaaa pempuan ni pk ms setuju nak jd bini dier...kang jd ama je kene jg dier biler tua....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:24 AM | Show all posts
muda sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:27 AM | Show all posts
hansem ke bapak dia ni??

lelaki tua masa ni mmg gatai!!!

my uncle dah berkahwin dan bercerai sebanyak 4 kali ngan bini muda dia..
habis sorang,tukar sorang...
dah berkali2x duit habis lesap masih lagi nak cari pompuan baru!!!
anak dah 8..semua dh besar2x...kerja dan berkahwin..
anak semua bergaji besar.isteri pertama cantik putih mulus..
masih nak pompuan indonz!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:38 AM | Show all posts
tuan punya diri yg umo 22thn tak bising pun...
korang pulak yg terlebih kepoh dok pertikai patut @ tak dia kawen laki tua....
Dasar otak kaput...dok pertikai life org buat apa...???
selak dulu dlm kain memasing life korang tu...
berlaki muda belia pun belum tentu bahagia...pi kat thread FD tu...melambak kes laki muda cam barua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.275314 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list