DANIEL RADCLIFFE (kanan) yang melakonkan watak
Harry Potter bergambar bersama 'klon' Ratu Elizabeth.
PEMERINTAH Britain, Ratu Elizabeth II mempunyai cara tersendiri untuk memperoleh sumber kewangan termasuk membenarkan sebahagian kawasan istana baginda dijadikan lokasi rakaman filem.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, gergasi perfileman Warner Brothers menerima kebenaran Elizabeth untuk menggunakan hutan berhampiran Istana Windsor sebagai lokasi rakaman filem ahli sihir kanak-kanak terkenal, Harry Potter.
Krew penggambaran akan berkampung di hutan tersebut bagi merakam bahagian terakhir filem bertajuk Harry Potter and the Deathly Hallows.
Kawasan hutan Swinley di Berkshire seluas 1,052 hektar itu akan ditutup sepenuhnya ketika proses rakaman berlangsung.
Elizabeth dilaporkan 'gembira' kerana baginda merupakan peminat filem Harry Potter.
Filem terbaru Harry Potter bertajuk Half-Blood Prince akan mula ditayangkan pada bulan depan.
Pihak istana dan Warner Brothers tidak mendedahkan jumlah sewa yang dibayar tetapi wang itu akan dimasukkan ke dalam tabung diraja. - Agensi
aku mmg tak sabar nak tgk half blood prince.....
deathly hallows ni buku dia wokey ajer.... siyesly aku suker lagi buku rowling yg the first 4th tu..... dah masuk half blood prince ngan deathly hallows tak se best yg mula2 dulu....
hah!! tak yah kawen ngan anak raja nak pi istana.. jadik pelakon pun bley masuk kawasan windsor palace ekkkkk!!
mak ai kejap dah ada thread utk Deathly Hallows. Twin suka Deathly Hallows sebab byk scene ngan quote yg lagi best kalau ank bandingkan ngan buku2 sebelum ni.
Filming utk Deathly Hallows mula Februari 2009. Filem ni nanti pecah ke 2 movie.
dengar cerita the Ron+Hermione kissing scene akan lain dari buku kan?
baguslah, sebab Nad macam tak puas hati sangat Harry mencelah kalau ikut buku tu.