CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5960|Reply: 26

Jangan Mudah Tuduh Polis

[Copy link]
Post time 23-3-2009 11:35 AM | Show all posts |Read mode
PULAU PINANG 22 Mac - Polis Pulau Pinang kesal dengan dakwaan terhadap seorang pegawai polis negeri ini yang dituduh menyalahgunakan kuasa ke atas sepasang suami isteri ketika ditahan kerana kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.

Dakwaan itu dibuat pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di sini semalam, bahawa pegawai polis berkenaan telah mengugut dan menggari pasangan suami isteri itu kerana enggan menyerahkan kad pengenalan mereka ketika diminta berbuat demikian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ADUN berkenaan seharusnya tidak membuat kenyataan sedemikian kerana kes itu masih dalam siasatan pihaknya.

"Kita tidak tahu apa niat serta tujuan sebenar pihak berkenaan berbuat demikian (mengadakan sidang akhbar) kerana mereka sendiri tahu bahawa siasatan berhubung laporan dibuat oleh pasangan suami isteri itu, sedang giat dijalankan," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas aduan seorang wanita yang mendakwa dia dan suaminya diugut dan digari oleh pegawai berkenaan setelah enggan bekerjasama memberikan kad pengenalan di Balai Polis Kampung Baru di sini 14 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan pasangan berkenaan pada sidang akhbar di pusat khidmat ADUN Air Putih di Taman Sri Indah, Jalan Ayer Itam yang turut di hadiri Ketua Pemuda Sosialis DAP Bukit Bendera, Foo Yu Keong di sini semalam.

Ayub menegaskan, selama ini pihaknya tidak pernah menutup kesalahan mana-mana pegawai atau anggotanya, malah ada di antara mereka telah pun dihadapkan ke mahkamah, dibekukan aset atau dihantar ke Simpang Renggam, Johor.

"Mereka (ADUN berkenaan) tidak pernah merujuk kepada saya berhubung perkara ini, malah saya hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila dihubungi pihak media semalam.

"Polis tidak pernah berkompromi dengan perkara seperti itu. Tidak kira siapa pun mereka, jika didapati bersalah kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tegas beliau.

Menurutnya, beliau difahamkan, pegawai tersebut bertugas di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut ternampak kereta dinaiki pasangan itu dipandu laju dan memotong di garisan berkembar di Lorong Batu Lanchang.

"Pegawai yang tidak memakai pakaian seragam kerana tidak bertugas pada hari itu telah menahan kenderaan tersebut dan meminta pemandunya menyerahkan kad pengenalan. Bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian kerana mendakwa tidak melakukan kesalahan.

"Lalu berlaku pertengkaran, jadi pegawai tadi telah meminta bantuan daripada kereta peronda polis. Walaupun dua anggota beruniform sudah sampai, mereka masih enggan memberi kerjasama. Malah, saman yang dikeluarkan juga tidak mahu ditandatangani," jelas beliau.

Sejurus selepas itu, pegawai terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 11:42 AM | Show all posts
org awm anda d nasihatkan jadi la polis dulu baru fhm apa knp mengapa sesuatu tindakan d ambil.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 11:43 AM | Show all posts


sesuka je ckp polis itu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 11:48 AM | Show all posts
lorat la juak juak DAP nie....

diorang nie memang camnie lah... kerek dan berlagak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 12:21 PM | Show all posts
Wei dah uniformed policemen sampai pun masih tak nak serah IC...memang siot la....yang ADUN pun sama siot....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:08 PM | Show all posts
Lebih baik mereka faham Akta Polis, Kanun Prosidur Jenayah, Kanun Keseksaan dan Akta Pengangkutan Jalan dulu sebelum buat kenyataan yang melulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2009 01:13 PM | Show all posts
org tu bodo piang..
ape beso sgt ke pangkat die sampai ic pun x leh nak bg.
ke memang die xde ic..
atau bukan rakyat melesia..
xkan nak kene gari bagai baru nak tunjuk ic.
bile jd mcm nie baru nak mereport bagai.

menurut citer die ditahan polis x beruniform.sebab x bertugas pada hari tu.
so die x nak bagi.
jadi polis tu mintak bantuan polis peronda yg bertugas.still xnak bg gak.
bis tu nak suh sape mintak?
ketua polis Negara mintak baru nak bg ker?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:31 PM | Show all posts

Reply #7 anak_johor's post

Sekarang zaman Penjenayah jadi hero, tak boleh jentik langsung, polis plak dah jadi musuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by carisupport at 23-3-2009 11:35
PULAU PINANG 22 Mac - Polis Pulau Pinang kesal dengan dakwaan terhadap seorang pegawai polis negeri ini yang dituduh menyalahgunakan kuasa ke atas sepasang suami isteri ketika ditahan kerana kesa ...


Hanya jadi isu bila orang politik masuk campur....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 23-3-2009 13:46


Hanya jadi isu bila orang politik masuk campur....


how true...

jadi eloklah kita hapuskan org2 politaik ni dari muka bumi nih... eheheh, nanti kena charge ekstremis plak kang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 05:15 PM | Show all posts

Reply #10 observateur's post

why kena hapuskan untuk selesaikan masalah ..cara tu lah yang sebabkan pelbagai jenis 'cleansing' kat dunia sekarang...sebaik-baiknya engage dan educate bagi saya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by mmc at 23-3-2009 17:15
why kena hapuskan untuk selesaikan masalah ..cara tu lah yang sebabkan pelbagai jenis 'cleansing' kat dunia sekarang...sebaik-baiknya engage dan educate bagi saya


benarlah kata2 tuan:handshake:

sebab tu kalau nak negara jadi baik, kena baiki masyarakat bermula dgn diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:08 PM | Show all posts

Balas #12 observateur\ catat

hang dah start ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by windof at 23-3-2009 21:08
hang dah start ker?


sedikit sebanyak dah mula

nak istiqomah tu yg susah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:16 AM | Show all posts

Reply #1 carisupport's post

kena tahan lagu tu pun buat sidang akhbar ka??? ni lar depa dah rasa megah perintah satu negeri...kalu perintah Malaysia cam na???

heheh sori emosi sket...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 12:39 PM | Show all posts

Reply #15 gede-bab's post

Patut pakai jer taktik diorg tuh.. apa-apa saman jer jota-jota!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 03:16 PM | Show all posts
Kena ada check & balance... kadang2 bagus jugak perkara2 macam ni diketengahkan... pegawai penguatkuasa kena ikut prosedur... orang awam pun kena ikut prosedur jugak.. kalau dah ada peruntukan bila pengawai penguatkuasa boleh mintak IC, kena la bagi... tapi pegawai penguatkuasa kena ikut prosedur jugak bila mintak IC macam kena tunjuk kad kuasa dan sebagainya.. kita taknak sampai orang awam takut penguatkuasa tapi at the same time taknak jugak sampai orang awam tak hormat pegawai penguatkuasa ... nak balance up dua2 ni yang susah... pasal 2-2 pihak ada extreme masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 09:03 PM | Show all posts
Normal. Polis ada kuasa untuk minta public kemukakan IC. polis juga hanya perlu tunjukkan kad kuasa saja untuk kenalkan diri sebagai polis tak perlu la balik rumah dulu tukar uniform dan kejar pesalah untuk tampilkan identiti sebagai polis. dan tak perlu sampai nak minta bantuan anggota polis berpakaian uniform.. orang awam boleh ditangkap jika engkar arahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 01:31 PM | Show all posts
Sekarang zaman Penjenayah jadi hero, tak boleh jentik langsung, polis plak dah jadi musuh..
standupper Post at 23-3-2009 13:31


Al-maklumlah . . dunia dah nak kiamat. banyak sangat benda dah tonggang terbalik dah . .
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 06:42 PM | Show all posts
Huiii, cakap pesal tunjuk IC pd tok polis, aku dulu penah kena.

Lupa bawa IC waktu gi training PSSTLDM, so bila balik, ada roadblock .... abg kopral sorg nih minta tunjuk IC ... perghhh, gelabah beb, seb baik brader polis nih sporting, dia kasi lepas je ngan ada la warning skit.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 1.793618 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list