View: 5426|Reply: 25
|
Maserati Quattroporte GT S
[Copy link]
|
|
Maserati terkini di Malaysia
KUASA kehebatan dan prestij yang ada pada kenderaan Maserati Quattroporte GT S akan berada di atas jalan raya di negara ini tidak lama lagi!
Pakar dalam pembuatan dan rekaan kenderaan ini telah mula bertapak dalam dunia permotoran sejak tahun 1914 lagi, menjadikan Maserati jenama terulung dalam kereta lumba.
Malah Maserati Quattroporte Sport GT S ini telah dilabel sebagai 慿ereta mewah paling berkuasa |
|
|
|
|
|
|
|
melathorpss !!! memang cunzzz..$140 k ...Hmmm...
tp kalau harga kat mesia brape ek?..kalau dlm RM400 k ++
boleh la lagi nak beli..InsyaAllah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kereta rakyat mampu milik ni. Ada 4 t |
|
|
|
|
|
|
|
stereng macam stereng waja |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 K.I.M's post
elloooooo mate!!! setakat setengah juta rupiah... taek idung achem pun belum tentu ko dapat wokeyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
waauuuu....
ni bawak kat jln msia ni,
mau juling org dok perati.....
tp satu je la, keta camni,
1minggu sekali je bawak kuar garaj,
ari2 kalu,
mau jahanam keta, byk lubang wooo |
|
|
|
|
|
|
|
harge model ni bakal mencecah 1.5M kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat dalam kota London aku nampak ramai orang pakai kereta Masareti nih. Kekadang aku tertukar sebab nampak sama macam kereta James Bond. Maybe kat UK murah jer kot ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bonjourno Maserati!
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
SM Faisal SM Nasimuddin (depan) dan Pengarah Urusan Maserati
Asia Pasifik, Simone Niccolai memeterai perjanjian di Kuala Lumpur,
Khamis lepas.
HARGA bermula daripada RM1 juta. Itulah nilai sebuah kenderaan mewah berprestij jenama Maserati yang sememangnya cukup sukar ditemu di jalan raya, tidak seperti Mercedez Benz, Bently, Porsche mahupun Jaguar.
Hari ini, hampir seabad berlalu Maserati yang masih memegang rekod sebagai kereta lumba terbaik dunia, mula memasuki pasaran tempatan khas untuk para peminat di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza dan Naza Italia Sdn. Bhd., SM Faisal SM Nasimuddin berkata, pihaknya membelanjakan RM10 juta sebagai tanda komitmen penuh bagi memastikan kejayaan jangka panjang Maserati di negara ini.
Ia merupakan kos pembinaan ruang pameran automotif Naza Italia bersebelahan Naza Automall di Petaling Jaya seluas 4,180 meter persegi dilengkapi ruang servis, istirehat, aksesori tulen dan barangan cenderahati Maserati.
''Ruang pameran itu merupakan pusat sehenti 4S (jualan, servis, alat gantian dan sistem) dengan kemudahan terbaik yang menawarkan kemewahan dan keselesaan mencerminkan jenama gaya hidup Maserati.
'' Program khas Maserati pula menawarkan pemilik kenderaan keistimewaan untuk memilih kombinasi hiasan luaran dan dalaman termasuk warna, jenis tayar, kulit, jahitan, karpet dan jenis perincian,'' katanya.
Faisal merupakan anak sulung kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, pengasas Kumpulan Syarikat Naza.
Beliau bertanggung jawab terhadap 24 buah syarikat bernaung di bawah Kumpulan Naza yang terbahagi kepada lapan sektor.
Antara syarikat dikendalikan Faisal adalah Naza Motor Trading, Naza Italia, Naza-Brabus Motor, NZ Wheels, Naza Premier Auto, Naza Mekar, Naza Wheels, Naza Ventures, Naza Prestige Bikes, Next Bike dan Naza Bikers Dream.
Kini, 10 bulan selepas diberikan hak eksklusif untuk memasarkan Ferrari Naza Italia dipilih sebagai pengimport dan pengedar tunggal Maserati di Malaysia.
Tidak ketinggalan, hak memasarkan spektrum lengkap model Maserati Quattroporte dan GranTurismo terutama Maserati Quattroporte Sport GT S yang baru sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Maserati GranTurismo S Automatik yang bakal dilancar di Eropah tidak lama lagi.
Maserati GranTurismo yang mendapat sentuhan firma Pininfarina, dipertontonkan pada umum pada 20 Februari 2007 pada pameran antarabangsa Geneva Motorshow.
Model yang lebih maskulin dan sporty ini sesuai dipandu setiap hari, dengan kendalian cemerlang dan keselesaan sebagai ciri utamanya di samping pemilihan bahan, perincian serta ruang mencukupi untuk empat penumpang.
Kereta berprestasi tinggi berkenaan juga menyeronokkan untuk dipandu menggunakan kuasa enjin V8 4.2 liter, memberikan kelajuan 405 kuasa kuda.
Konsep reka bentuk GranTurismo mempunyai sejarah panjang, bermula pada 1947 dengan model Gran Turismo pertama, A6 rekaan Pinin Farina iaitu Maserati pertama digunakan di atas jalan raya dan hanya 58 unit dikeluarkan ketika itu.
Setahun selepas pelancaran GranTurismo, Maserati mempersembahkan pula model GranTurismo S tahun lalu.
Dengan ciri-ciri yang lebih sporty, ia merupakan interpretasi keseimbangan sempurna antara kelasakan dan keselesaan bagi memberikan pemandu pengalaman dan keseronokan memandu kereta berkuasa tinggi.
Ia dilengkapi enjin V8 4.7 terbaru yang ringan dan kompak dengan kuasa kuda 440 dan tork maksimum 490 Nm pada 4750 rpm.
Berkelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (Km/j) dalam 4.9 saat dan kelajuan maksimum 295 Km/j - yang terpantas pernah dicapai oleh kenderaan keluaran Maserati.
Oktober lalu, model Maserati Quattroporte diperkenalkan pada Paris Motorshow bagi menggantikan versi sebelumnya.
Berkonsepkan sedan sporty mewah, Quattroporte terbaru diberi nafas baru dengan teknologi kejuruteraan dan enjin yang dipertingkatkan, tidak ketinggalan sentuhan kreatif Pininfarina.
Reka bentuknya yang lebih moden, segar tetapi pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri status, eksklusif dan keanggunan sebuah Maserati.
Dua model Quattroporte, satu dilengkapi enjin V8 klasik (4.2 liter dan 400 kuasa kuda) manakala Quattroporte S dengan enjin V8 baru (4.7 liter dan 430 kuasa kuda).
Kedua-duanya mempunyai transmisi automatik selain ciri-ciri tersendiri seperti kekisi (grille) pada depan kereta yang menonjolkan gaya klasik GranTurismo di samping reka bentuk aerodinamik pada cermin sisi, lampu depan dan belakang.
Perincian dalamannya pula menampilkan konsol tengah dengan rekaan ergonomik untuk pemanduan yang lebih terkawal dan teratur menggunakan sistem navigasi terbaru multimedia Maserati sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal wess |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni SM Faisal pun pakai maserati.... kena pomot mate!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
| |
|