|
Tumpang tanya, yg mana sahih atau semua sahih utk yg diBOLDkan itu?!
Mohon komen Puan/Cik Kittun komen. Untuk makluman, kami sekeluarga memang menyayangi binatang termasuk anjing. Namun pada masa yang sama kami masih berpegang kepada fiqh syafie. Anak2 memang seronok melihat anjing yang mengawal kebun diberi makan. Salah seorang anak saya bercita-cita menjadi veterinar.
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1991.
Dari Abdullah Ibnu 'Abbas r.a. katanya Maimunah menceritakan kepadanya bahawa pada suatu pagi Rasulullah saw. kelihatan diam kerana susah dan sedih. Kata Maimunah, "Ya, Rasulullah! Aku hairan melihat sikap Anda sehari ini. Apa yang terjadi?" Jawab Rasulullah saw., "Jibril berjanji akan datang menemui ku malam tadi, ternyata dia tidak datang. Ketahuilah dia pasti tidak menyalahi janji dengan ku!" Rasulullah saw. sentiasa kelihatan susah dan sedih sehari ini. Kemudian beliau melihat seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu beliau suruh keluarkan anak anjing itu. Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya bekas-bekas tempat anak anjing itu. Ketika hari sudah petang. Jibril datang mendahului beliau. Kata beliau kepada Jibril, "Anda berjanji akan datang pagi-pagi." Jawab Jibril, "Benar! Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)." Esok pagi Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh semua anjing sampai anjing penjaga kebun kecil sekalipun tetapi membiarkan anjing penjaga kebun yang luas."
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1540.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu, sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau, "Bunuhlah (kapan dan di mana saja) anjing yang seluruh bulunya berwarna hitam dengan dua titik putih di keningnya, kerana anjing seperti itu adalah syaitan."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1990.
Dari Aisyah r.a. katanya: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada Rasulullah saw. pada suatu waktu yang ditentukan. Ketika waktu itu telah tiba, ternyata Jibril belum datang. Di tangan beliau ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya tongkat itu sambil berkata, "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji." Beliau menoleh, maka terlihat olehnya seekor anak anjing kecil di bawah tempat tidur. Tanya beliau, "Hai. 'Aisyah! Sejak bila anak anjing itu masuk ke sana?" Jawab Aisyah. "Wallah! Aku tidak tahu!" Rasulullah menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan. Maka datanglah Jibril. Rasulullah saw. bertanya, "Anda berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah menunggu-nunggu tetapi Anda tak kunjung tiba." Jawab Jibril, "Aku terhalang oleh anjing dalam rumah Anda. Kami (bangsa Malaikat) tidak mahu masuk ke dalam rumah yang di situ ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)."
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1542.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa memelihara anjing selain anjing penjaga ternak atau anjing pemburu, maka berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar dua qirath."
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1541.
Dari Ibnu Mughaffal r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh anjing. Kemudian beliau bersabda: "Kenapa semuanya?" Lalu beliau kecualikan anjing pemburu dan anjing penjaga ternak."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2098.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita: " Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah sumur, maka dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah ketika kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya. "Alangkah hausnya anjing itu seperti yang baru ku alami." Lalu dia turun kembali ke sumur diceduknya air dengan sepatunya dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya." Para sahabat bertanya. "Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?" Jawab Rasulullah saw."Menyayangi setiap makhluk hidup berpahala."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1128.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: "Siapa yang memelihara anjing, selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak, maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu qirath." Dalam sebuah riwayat lain: "selain anjing penjaga kambing, perkebunan atau untuk berburu."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2099.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bercerita: " Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa Yahudi. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian diceduknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu. Maka Allah swt. mengampuni dosa-dosa wanita itu."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1027.
Dan 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Saya melihat bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam, lalu saya bertanya kepada bapa. Jawab beliau, "Nabi saw. hanya melarang jual-beli anjing dan jual-beli darah kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah, memakan riba dan memberi orang supaya memakannya, dan beliau mengutuk orang yang membuat patung."
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1533.
Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. melarang (menerima atau membayar) wang harga jual-beli anjing, usaha pelacuran, dan usaha tenung
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1994.
Dari Abu Hurairah r.a. .katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng."
[ Last edited by Acong at 2-2-2009 10:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Acong\ catat
bukan ke semua dari Sahih Muslim dan Bukhari? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau hadis dari muslim,bukhari sah2 sahih.tapi mane tau hukum bunuh tu dah mansuh.cam arak.dulu2 sahabat nabi minum arak.tapi time solat bacaan berterabur.so turun la ayat yang mengharamkan arak. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
cuba saudara berfikir dulu barang sejenak
dgn mengambil kira HADITH2 itu adalah dr NABI sendiri
dan memang ianya adalah dr NABI sendiri
HANYA MEREKA YANG BERAKALLAH YANG MENDAPAT PELAJARAN |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 ibnur\ catat
jawapan yang tidak di sangka2...
tapi betul lah bro, kan semua yg di bold kan tuh daripada sahih muslim..
atau adakah acong tersalah tanya?
maybe acong inginkan penjelasan berkenaan dengna hadith2 tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
tentang anjig nii
cuba saudara rangkumkan semuanya sekali
dan dapatkan RUMUSANNYA ya
ya................................RUMUSANNYA |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 Acong\ catat
jawapan apa yang kau nak sebenarnya? kan dah jelas terjemahan hadith tu? dan dari kitab sahih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ibnur's post
adakah yg bagik air utk anjing minum tu perempuan? pelacur? atau laki? yahudi? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Acong's post
Ada riwayat yang kata pelacur perempuan, ada riwayat lain lelaki yang tak baik.
Mungkin ada dua kisah yang serupa, satu pelacur, yang satu lagi lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Pelacur lelaki la tu kot (pondan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acong at 2-2-2009 10:13 AM
Tumpang tanya, yg mana sahih atau semua sahih utk yg diBOLDkan itu?!
salam
Minta maaf kerana menyampuk, namun beginilah saya bagitau anda dan anda pun boleh fikir secara logik:
Hadis2 sahih adalah hadis dengan Sanadnya (periwayat, penyampai) yang muttasil (bersambung), tetapi Matannya (teksnya) belum tentu lagi sahih! Hal ini tidak terkecuali bagi Bukhari dan Muslim. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 billionaire\ catat
salam
mungkin betul cam tu
dan hadith yg TAK SAHIH pun belum tentu TAK BETUL kan!!!!!
jadi gunakanlah AKAL
sepertimana KES ANJING disini
kalau bisa rangkumkan semua HADITH TERSEBUT
maka diri akan dapat JAWAPAN YANG PASTI |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 orangbesi's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 johorian78's post
siot....... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau camtu jalang yang banyak kat malaysia ni,nak hilang dosa adakah dengan bagi minum anjing je dah cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia zaman sekarang lebih mengkagumi manusia lain yang lemah dari pencipta yang memang hebat , memang hebat manusia-manusia ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|