CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6847|Reply: 27

Remaja Mati Lemas Ditarik Ikan Keli ??

[Copy link]
Post time 5-1-2009 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Remaja mati lemas ditarik ikan keli?

Penduduk kampung menunjukkan ikan keli tasik seberat kira-kira 5 kilogram dan panjang 2 kaki yang menyebabkan kematian Mohammed Rafiq Alis di kolam Felda Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam. – Gambar RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 4 Jan. – Seorang remaja yang terjun ke dalam kolam terbiar sedalam enam meter untuk melepaskan tali pancingnya, mati lemas dipercayai ‘ditarik’ oleh seekor ikan keli seberat lima kilogram dalam kejadian dekat Felda Ulu Tebrau di sini hari ini.

Andaian itu dibuat kerana selepas mayat mangsa, Mohammed Rafiq Ali, 19, dikeluarkan dari kolam berkenaan, mereka menemui ikan keli yang panjangnya setengah meter, tersangkut pada tali pancing tersebut.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi tersebut, mangsa datang ke kolam tersebut selepas dihubungi seorang sepupunya untuk meminta bantuan melepaskan tali pancing yang tersangkut itu.

Bagaimanapun, selepas Allahyarham terjun ke dalam kolam itu, dia timbul dan tenggelam serta menjerit mengatakan ada sesuatu yang menarik badannya sehinggalah akhirnya mangsa lemas.

Selain sepupunya, Hanisa Mydin, 30, turut menyaksikan kejadian itu ialah bapa Hanisa yang juga bapa saudara mangsa, Mydin Veeran, 53.

Mohammed Rafiq Ali

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Abu Bakar Ab. Rahman, memberitahu Utusan Malaysia hari ini, mayat Allahyarham berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat tiga jam kemudian.
Menurutnya, pasukan penyelamat itu melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Unit Skuba Bomba Johor Bahru dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

‘‘Difahamkan bapa saudara dan sepupu mangsa memancing di kolam itu semalam namun disebabkan tali pancing tersangkut, mereka pulang ke rumah dan kembali semula pagi ini.

‘‘Hanisa kemudian menghubungi mangsa meminta dia datang lepaskan tali pancing yang tersangkut itu,’’ katanya.

Mayat mangsa yang bekerja sebagai penghantar bunga kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Para penduduk yakin Mohammed Rafiq ditarik ikan keli yang tersangkut pada tali pancing tersebut itu tambah pula mangsa tidak biasa dengan keadaan kolam yang berlumpur.

Kolam takungan terbiar itu adalah peninggalan kilang kelapa sawit yang tidak lagi beroperasi sejak dua tahun lalu.
Mydin, seorang kelindan lori yang ditemui di lokasi kejadian memberitahu, anak saudaranya itu terjun ke dalam kolam tanpa memakai pelampung walaupun berulang kali disuruh berbuat demikian.

‘‘Apabila saya nampak Rafiq timbul tenggelam, saya pun terjun untuk menyelamatkannya dan saya dapat memegang tangannya.
‘‘Malangnya dia menjerit beritahu ‘ada benda tarik’ dan tidak lama selepas itu tangan Rafiq terlepas daripada genggaman saya,’’ katanya.

Sementara itu, Hanisa berkata, dia berasa sungguh kesal menghubungi Mohammed Rafiq untuk melepaskan tali pancing tersebut sedangkan sepupunya jarang keluar memancing.

‘‘Saya bimbang ayah akan terjun ke dalam kolam untuk melepaskan tali pancing itu, jadi saya telefon Rafiq untuk minta bantuannya.
‘‘Selalunya dia tidak angkat telefon, tapi kali ini dia jawab dan datang terus ke sini. Saya rasa sangat bersalah, seperti saya yang jadi punca kematiannya,’’ katanya.

Tambahnya, dia pelik kerana kebiasaan ramai orang memancing di kolam itu namun hari ini hanya mereka bertiga saja berada di situ.



--------------


besar tu ikan keli yg arwah dapat  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 08:07 AM | Show all posts
apasal yang pegang ikan keli tu muka cam bangga plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 08:08 AM | Show all posts
innalillahi wa inna ilaihi roji'un...
klu dh ajal tu ikan pn bleh jdi penyebabnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 08:18 AM | Show all posts
tak nampak gambar pun....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 08:20 AM | Show all posts
semoga rohnya di cucuri rahmat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 08:34 AM | Show all posts
btullar yg pegang ikan tu cam interframe jek:@
semoga rohnya dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2009 09:24 AM | Show all posts


dah xleh tgk gambar

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:30 AM | Show all posts
ajal dh sampai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 10:58 AM | Show all posts
besar btl ikan keli tu. .
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 11:21 AM | Show all posts
Ajal disebabkan seorang ikan...seperti Steve Irwin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 11:28 AM | Show all posts
innalillahh....

geli aku nk makan kalu beso camtu...mesti isinya pun tak sedap....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 12:49 PM | Show all posts
sian nyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 02:15 PM | Show all posts
hmm, ikan keli tu satu hal. kena tarik ngan hantu air kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 02:29 PM | Show all posts
Urm.. dah sampai ajal... Al-Fatihah kepada roh arwah...

Urmm.. tengok ikan keli tue.. idak la besar mana sgt.. ada lagik ikan2 lain yg lebeh besar dari tue kaki2 pancng leh naikkan... urmm.. mungkin ada "sesuatu".. wallahualam..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 03:24 PM | Show all posts
X le besar mane ekk ikan keli tu.. aku kat kampung selalu pancing ikan lagi besar dari tu pun ada..

Ape mende yang tarik kaki dia tu plak, x kan ikan keli tu.. ke ada pasir jerlus yang menarik arwah ke dasar dalam sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 08:09 PM | Show all posts
penunggu kolam tu kot?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 08:21 PM | Show all posts
inilah yang menyebabkan mak pk dua kali pasni nk p mancing..... larikkkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:33 PM | Show all posts
ye ke dia jatuh sebab ikan keli tarik pancing dia ntah2 dak tu jatuh dulu baru ikan keli tu amik kesempatan makan umpan kat pancing tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:40 PM | Show all posts
Dah sampai ajal dia... ikan keli tu sbg penyebabnya saje.. Alfatihah untuk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 02:10 AM | Show all posts
ikan ber'puaka'  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list