View: 17187|Reply: 71
|
Bank Islam Malaysia Berhad = Bank ALONG Malaysia Berhad
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by medangmru at 19-11-2009 13:16
Aku dapat Email ni...rasanya Email ni dah circulate through internet...betulka Bank Islam camni??
Paparan saya....Tafsiran anda....
Sejauh mana kebenaran nya...
Assalamualaikum/Good day,
PANGGILAN PEGAWAI BANK ISLAM YANG BERUNSUR UGUTAN
Saya ingin menarik perhatian pihak pembaca sekalian tentang Bank Islam Malaysia Berhad yang pada hakikat sebenarnya samalah seperti Bank ALONG Malaysia Berhad. Saya berharap kejadian yang menimpa keluarga saya akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan dunia agar tidak melanggan Credit Card Bank Islam yang sedang hangat di pasaran sekarang. Kejadian ini berlaku pada 4 Disember 2008 apabila keluarga saya dikampung menerima panggilan dari pegawai Bank Islam yang berunsurkan ugutan yang mengakibatkan bapa saya masuk wad kerana terkejut dan diserang darah tinggi.
Saya merupakan salah seorang pemegang kad Bank Islam yang mengalami masalah kewangan (default payment) dan saya telah membatalkan kad tersebut sejak dua bulan yang lalu. Walaupun saya mempunyai masalah kewangan, saya cuba sedaya upaya untuk membayar hutang kad saya dengan jumlah yang kecil, tetapi setiap hari saya menerima panggilan telefon dari pihak Bank Islam tidak kurang dari 30 kali dan sms melebihi 40 kali bermula dari seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 malam. Semua kakitangan Bank Islam yang menelefon saya tidak pernah bersikap mesra malah memaksa saya untuk membayar walaupun berkali-kali saya jelaskan saya mempunyai masalah kewangan. Saya telah memohon bantuan dari pihak AKPK seperti yang disarankan di dalam setiap surat yang dikirimkan oleh pihak Bank Islam tetapi sayangnya pihak Bank Islam berkata mereka tidak akan melayan permohonan bayaran melalui AKPK.Saya telah menghantar sepucuk surat kepada Bank Islam berhubung dengan dengan isu AKPK ini.
Kemuncak kepada masalah ini apabila pihak bank menyelongkar semua maklumat diri saya melalui Pejabat Pendaftaran Negara dan bertindak menghubungi ibu saya yang menetap dia kampung. Pihak Bank Islam telah memberitahu ibu saya masalah hutang tersebut dan telah mengugut ibu saya bahawa rumah kami di kampung akan disita dan semua barang-barang dalam rumah akan dilelong. Mereka juga akan menghantar surat kepada ibu saya berhubung masalah hutang ini. Berita ini amat mengejutkan ibu bapa saya dan mengakibatkan bapa saya sakit.
Ibu saya menghubungi saya dalam keadaan risau dan menangis kerana kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya. Saya merasa terkejut kerana sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah menyertakan no telefon ibu bapa saya mahupun alamat mereka. Saya bertindak begitu kerana merasakan bahawa masalah saya patut ditanggung oleh diri saya sendiri. Saya benar-benar terkilan dengan tindakan pegawai Bank Islam yang berusaha keras untuk mendapat bayaran yang berjumlah RM5000 dan menyamakan jumlah pinjaman RM5000 tersebut dengan nilai sebuah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Malah saya juga pelik kenapa ibu bapa dan adik beradik saya diheret dalam kemelut ini memandangkan saya sudah berkahwin dan tidak menetap dengan ibu bapa saya lagi. Pihak Bank Islam HQ telah menghubungi Bank Islam di kampung saya dan meminta mereka menyerahkan penyata kad kredit saya kepada ibu bapa saya. Tindakan Bank Islam tidak ubah seperti ALONG yang kejam dan mencekik darah. Ibu saya turut menyatakan bahawa pihak Bank Islam menerima pembayaran yang saya lakukan setiap bulan tetapi jumlah itu terlalu kecil oleh sebab itu mereka ingin bertindak untuk menyita dan melelong barang-barang di rumah ibu bapa saya.
Jika ALONG di Malaysia akan mencari peminjam hingga ke lubang cacing dan membunuh mereka, tindakan Bank Islam juga tidak ada kurangnya. Saya menjadi amat tertekan dan ketakutan setiap kali saya menerima panggilan dari Bank Islam yang tidak kurang dari 30 kali sekali seawal jam 8 pagi hingga 12 malam dan sms yang dikirimkan bertubi-tubi sehingga inbox penuh. Itu lah MENTAL TREATMENT yang saya lalui setiap hari sepanjang 2 bulan ini. Kini Bank Islam bertindak dengan lebih agresif apabila mencari dan menghubungi sanak saudara yang tidak terlibat dalam permasalahan dan perjanjian dengan Bank Islam. Adakah selepas ini Bank Islam akan datang mengetuk pintu-pintu rumah, menyimbah cat dan mengertak secara berdepan? Adakah ini cara Islam sebenarnya? Inikah kemanusiaan Bank Islam Malaysia Berhad?
Beginikah cara layanan yang wajar diterima oleh seorang Islam oleh sebuah bank yang menggunakan agama Islam sebagai pemangkin? Adakah ugutan dan desakan begini yang disarankan dalam Islam walaupun saya mengalami masalah kewangan? Jika benarlah pihak Bank Islam menjalankan perniagaan berasaskan Al-Quran dan Sunnah, maka mereka tidak akan terlepas pandang dengan ayat 280 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, " Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui'. Adakah begitu sukar bagi pihak Bank Islam untuk bersabar kerana keseluruhan rakyat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan saya juga tidak terlepas dari bahana itu, jika saya benar-benar ingin melarikan diri saya tidak akan berikhtiar untuk menjelaskan hutang tersebut setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Malah saya bekerja sambilan untuk memastikan wang belanja saya cukup dan saya dapat juga membayar hutang saya walaupun dengan jumlah yang kecil.
Satu lagi isu yang menjadi kemusykilan saya, adakah AKPK itu satu pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh Bank Islam sehingga rakyat Malaysia tidak layak menggunakan mereka sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah kredit seperti yang diwarwarkan di dada akhbar dan kaca TV. Saya juga berhubung dengan bank-bank konvensional yang terdapat di Malaysia tetapi layanan yang diberikan tidaklah seburuk dan sebiadap Bank Islam.
Bersama ini saya sertakan nombor-nombor telefon yang telah menghubungi saya dan mengsms saya seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam, 03-78739409, 0378742761, 0378747508, 0378747517, 0378742769, 0378742761.0378730119, 0378730120, 0192157573, 0169959589, dan 0129046824.
Jazzakallahu Khairan Kathira/Thank you.
Wassalam
[ Last edited by cyborq at 24-12-2008 02:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
uiiiiii..
gilerrrrrrrrr...
aku pon ada loan guna bank islam ni wei...takotlaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
memang betul bank islam wat camni...
member ofis cikmun pon dah kena camni.... |
|
|
|
|
|
|
|
biar betik..............selama ni ingat Bank Islam ni sopan santun lah..... ini plak
jadinya.... |
|
|
|
|
|
|
|
:@ kejam..kejam..kejam!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Spend wisely
Mana ada bank yang nak rugi. Dia dah bg pinjam, pandai2 guna then bayar. Aku pun guna kredit kad dan kdg2 tergelincir bayar. Kena ugut jugak tp aku nk bising camner. aku dah ambik duit org, kenalah byr walaupun sakit |
|
|
|
|
|
|
|
kejam...agak2 masuk paper x isu nie....? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by keys at 24-12-2008 02:14 PM
Mana ada bank yang nak rugi. Dia dah bg pinjam, pandai2 guna then bayar. Aku pun guna kredit kad dan kdg2 tergelincir bayar. Kena ugut jugak tp aku nk bising camner. aku dah ambik duit org, kenal ...
Biasaler bank...tapi cara bank islam nie teruk yer....nasib baik aku takde pinjaman bank nie... |
|
|
|
|
|
|
|
korang tau ke bank islam sekarang ni dah tak islamik dah. Konsep islamik tu dah banyak terhakis selepas diambik alih oleh pengurusan baru ni...banyak orang2 lama dah berhenti/kena buang orang2 baru ni datang terutamanya dari bank2 konvensional diorang ni dah bawak masuk sedikit demi sedikit konsep konvensional dalam bank islam. |
|
|
|
|
|
|
|
BG pon guna CC Bank Islam setakat nie khidmat baik ajer
kalau ugutan tu memang tak patut dibuat, rasanya elok buat laporan kepada pihak yang berkaitan...tp sebagai penghutang dah menjadi tanggungjawab untuk bayar balik segala hutang piutang tu, itu memang hak pihak bank untuk menuntut semula bayaran, tp kalau benar dakwaan pelapor nie mereka gunakan ugutan, cara tu yang salah
kesimpulan, sekadar mendengar cerita 1 pihak ajer, jd xnk menyebelahi mana2 pihak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..... , tak leh buat aduan kat bank negara ke Kalau setakat 5000 tu nak perangai mcm along-kang, alamat memang lingkuplah bank tu x lama lg.:@
Harap penghantar email tu byk2 bersabar. Semoga ditunjukkan jln keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cadangkan report aje kat bank negara |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Pasal Bank islam ni tak kurang bezanya dengan kes yg Saudara aku alami dengan ACS ( sekarang AEON Berhad ) .......masa tu ambik brang guna ACS ni ...cuma bilangan panggilan yang dibuat yang dibuat tak le seteruk spt kes diatas....TP....mereka ni lebih dasyat sbb fakskan segala mcm dokumen ke Opis kita ...bukan department yg kita bekerja sajer...tp kesemua faks dijabatan2 yang lain dgn tujuan memalukan peminjam....Disusuli dgnsurat2 ugutan dr Lawyer dan sebgaianya...
Dah byk gak dengar criter kurang Baik pasal Bank Islam ni....cuma aku sentiasa bersangka baik ...tp dgn criter kat atas tu....aku tatau nak cakap camner....bak kata BG...dengar hanya disebelah pihak .... |
|
|
|
|
|
|
|
fuh dahsat nyerrrrrrrr
klu aku nk wat loan xmau r bank islam
lgpon aku mmg x mnat bank neh |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya
Kenapa perlu libatkan orang lain
Siap ugut-ugut pulak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahih ke email ni? Cuba try telefon tu dpt company lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by keys at 24-12-2008 02:14 PM
Mana ada bank yang nak rugi. Dia dah bg pinjam, pandai2 guna then bayar. Aku pun guna kredit kad dan kdg2 tergelincir bayar. Kena ugut jugak tp aku nk bising camner. aku dah ambik duit org, kenal ...
mmg hutang tetap hutang..
tp takkanla sampai ugut2 satu kuarge lak kan..isy3x..
kalo betullah..terok gak bank islam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
gossip jer nih jgn percaya sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|