CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3348|Reply: 20

Potret Siti: The Girl Next Door

[Copy link]
Post time 23-11-2008 11:01 AM | Show all posts |Read mode
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Yang kami suka

Di mana ada Soraya Yusof Talismail, 40, di situ ada Ariff Awaluddin, 53, kerana sebagai dua individu berbeza, mereka adalah satu.



"PROJEK ini ialah tentang artis yang kami suka. Kami sukakan hasil kerja, peribadi dan mentaliti mereka. Tidak semestinya artis yang berjaya, ada nama ataupun pangkat. Kami ada mengambil gambar seorang seniman yang terkenal dengan pemikiran kritisnya.
"Cantik gambar itu dan dia sangat berjaya, tetapi apabila kami memikirkan sikapnya, kami kecualikan gambar itu daripada pameran ini," ujar Soraya Yusof Talismail, 40, tentang pameran potret, Imaging Selfs - Soraya Yusof Talismail, Portraits of Artists, yang sedang berlangsung di Galeri Petronas.
Menggunakan istilah 'kami' berbanding 'saya' yang bersifat sendiri, Soraya mengakui hasil kerjanya banyak dibantu suami, yang juga merupakan artis dan jurugambar ternama, Ariff Awaluddin, 53. Malah, kongsinya, Ariff ada di sisi sepanjang beliau berkarya untuk pameran ini.


SETIAP individu yang terpilih untuk dirakam lensa kamera Suraya Yusof Talismail (kiri) merupakan pemilihan yang berlandaskan tarikan tertentu, termasuk pencapaian, sikap, dan nilai seni yang terbit di atas foto.

Mengambil masa sehingga 15 tahun, ratusan potret artis Malaysia dalam kesemua cabang seni dan era, berjaya diabadikan. Namun, yang dapat dilihat dalam kunjungan ini, hanyalah 80 individu yang dikatakan dekat di hati mereka.
"Projek ini bermula dengan teman rapat kami dari Matahati, Bayu Utomo Radjikin dan Ahmad Fuad Osman. Sebenarnya ia bertujuan peribadi, untuk sebuah buku bertajuk Close & Personal, di mana hanya teman-teman rapat akan dirakam. Tambahan artis visual seperti mereka jarang mahu diri mereka dirakam. Ia sekadar untuk mengingati mereka sebagai diri mereka sendiri dan bakat yang mereka ada.
"Selepas itu saya diperkenalkan pula dengan lebih ramai artis melalui Ariff. Pendek kata, selain daripada teman-teman sedia ada, projek ini turut 'memberi' kami kawan baru," kongsinya.
Rantaian perkenalan terus berkembang, begitu juga tujuan asal rakaman yang dijalankan. Akhirnya, Close & Personal menjadi salah satu bahagian utama dalam projek Imaging Selfs, projek pertama yang mengabadikan artis-artis Malaysia dalam satu kompilasi.

Potret hitam putih bersiri yang menampilkan seniman veteran, Datuk Aziz Sattar dan S. Samsuddin, membuatkan saya tersenyum sendiri. Biarpun tiada dialog lucu yang tertera, namun ingatan tentang watak-watak yang pernah dibawa dan persahabatan tulus antara mereka menyulam reaksi yang ditunjukkan, mengusik perasaan.
Begitu juga dengan kejujuran Yasmin Ahmad ketika tertawa, luahannya jujur dan tidak dibuat-buat. Menatap Sasterawan Negara, A. Samad Said, yang 'bersendiri' ketika berkarya, dapat dirasakan ruang dan masa peribadi yang dimaksudkan. Atau melihat kebersamaan keluarga Syed Zainal Rashid dan Fatimah Abu Bakar dalam minat dan pemikiran mereka, menimbulkan iri dalam diri.
Tidak kurang impak yang ditinggalkan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dalam persalinan baju kurung di tepi pintu yang tampak tenang dan selesa.
"Siti Nurhaliza, yang saya gambarkan selama ini ialah seperti the girl next door, yang jujur dengan dirinya dan bukan sebagaimana digembar-gemburkan dalam kebanyakan media. Dan, satu kejutan bagi kami, dia menepati gambaran itu. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana kekal menjadi dirinya," kongsi Soraya.

Tidak kira siapa yang dirakam, kata Soraya, kunci kepada projek ini ialah momen yang diabadikan.
"Rakaman ini ialah tentang momen. Tidak mungkin momen-momen ini akan berulang, biarpun mereka diminta melakukan semula aksi yang sama, dalam posisi yang sama. Kerana ia melibatkan emosi," ujar anak kedua daripada tiga adik-beradik ini.
Kerana sering berdua walau ke mana mereka pergi, kehadiran ke apa-apa acara seorang diri pasti mengundang pertanyaan, 'Mana yang separuh lagi?' - sekaligus menyifatkan dua individu berbeza ini sebagai satu entiti.
Bagaimanapun, kata Soraya, tidak bermakna mereka sentiasa bersetuju dengan kata-kata masing-masing dalam semua perkara.
"Banyak yang kami tak bersetuju dengan satu sama lain. Tetapi kami akan bercakap tentangnya sehingga kami dapat tunjukkan kepada satu sama lain apa yang kami maksudkan," ujar Soraya.

Malah, tidak bersaing sesama sendiri, Ariff mengatakan mereka lebih banyak membantu masing-masing naik ke puncak.
"Saya lebih senang menjadi orang pertama yang mengkritik mahupun mengagumi hasil kerja Soraya," kata Ariff.
Jangan ditanya tentang hobi kepada pasangan ini, kerana bagi mereka, kesemua yang dilakukan adalah serius. Biarpun berkenaan bistro, fotografi ataupun mengembara.
"Kami gemar mengembara, tetapi ia bukanlah satu hobi. Ia satu kemestian. Duit yang kami peroleh daripada kerja kami peruntukkan kepada tiga perkara utama, untuk kecemasan, untuk pendidikan Ushuaia dan untuk mengembara. Ia juga bukan satu percutian tetapi satu penerokaan," kata pasangan ini.
Menetapkan satu bulan untuk mengembara setiap tahun, mereka berkongsi bahawa ada negara Eropah yang lebih Islam daripada negara yang mengisytiharkan dirinya Islam.
"Mereka lebih bersih, lebih mesra dan terbuka menerima orang asing, amanah dan bertanggungjawab," ujar Ariff.

Mengenang insiden tertinggal beg kelengkapan anak tunggal mereka, Ushuaia, 10, di dalam sebuah bas di Australia, mereka kagum dengan sifat amanah penduduk di negara itu yang tidak mengusik, jauh sekali mengambil barangan yang bukan milik mereka sendiri.
"Pernah sekali saya tertinggal cincin kahwin di sebuah hotel di Lugano, Switzerland. Pada waktu itu kami sudah bertukar hotel di kawasan lain. Apabila kami menghubungi hotel itu semula, mereka kata mereka akan tolong menyimpan dan mengeposkannya semula kepada kami. Mereka tidak pula mengeposkannya ke hotel yang kami duduki itu, sebaliknya sebaik kami tiba di rumah, cincin itu juga tiba di rumah," kongsi Soraya.
Tidak menolak pernah disifatkan terlalu menyebelahi orang Barat, Ariff membandingkan pengalaman mereka itu dengan insiden pembantu rumah mereka yang tertinggal payung unik mereka ketika berkunjung ke sebuah taman awam di Malaysia.
"Bukan pula hendak disorok, tetapi sebaliknya orang itu menggunakan payung itu di depan mata kami pula, sedangkan sebelum ini dia ada di belakang kami saja. Di pasaraya hiper, sudah beberapa kali saya melihat sendiri wanita Islam yang bertudung yang memetik buah yang belum dibeli untuk dirasa. Sedangkan sudah jelas itu perbuatan haram," kata Ariff.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 11:11 AM | Show all posts
<bukak jelah tudung tuh mek     >
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 11:49 AM | Show all posts
gugurl ader kat sini???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 11:52 AM | Show all posts

Balas #3 pzan213\ catat

pzan ko ade kat cni????/
kata nak balik kampung???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:24 PM | Show all posts
cantik amet siti kat situ~ .. seperti anak daraa~
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 01:54 PM | Show all posts
lawa gler potret tu...dh la itam putih....very classic/...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2008 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by dynaz_zhalia at 23-11-2008 11:52 AM
pzan ko ade kat cni????/
kata nak balik kampung???


hehehe..xblik lagik..slase ni balik..nie ader kat umah akak...tu leh online...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 02:47 PM | Show all posts
org yg dekat dgn ct, org yg pernah bekerja dengan dia lebih tahu ct tu bagaimana..

org2 dalam bod gosip tu hanya tahu mengata walau hakikatnya tak pernah bertentang mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 03:00 PM | Show all posts
Very d classic potret tu...
Kelas yang amat
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #8 eddysheddy's post

diorg ckp sedap mulut diorg jerr...

semua jenis tgk dr jauh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 04:07 PM | Show all posts
potret tu cam leh jd cover album baru nie jer kan..

classic n traditional...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 05:35 PM | Show all posts
gramla..lawanya ct ssonyum..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by evita_ina at 23-11-2008 05:35 PM
gramla..lawanya ct ssonyum..


evita.. long time no see..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 10:28 PM | Show all posts
lawanyaaaa potret tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:46 AM | Show all posts

Reply #13 adik_belle's post

ye ke..rindu la tu..ahahaxsz!!(sndiri budget)

pura2 bz..mmg dah lama tak bersiar2 kat cniw...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 10:16 AM | Show all posts
salam.
nk msk tgk pameran ni baper hengget?
smpi ble pameran ni dipamerkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 10:28 AM | Show all posts
lps ni amik gambar under heading "the girl next grave" atau " perempuan sebelah jamban"
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 11:15 AM | Show all posts
aku nak bagi satu cadangan, boleh ? after tuh...

"the girl next to hideous frog"

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:27 PM | Show all posts

Balas #11 graxier06\ catat

leh jadi cover album...aku setujusss
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by ZacharyDerwoods at 30-11-2008 11:15 AM
aku nak bagi satu cadangan, boleh ? after tuh...

"the girl next to hideous frog"



sampai hati tiak kata CT hideous...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.075841 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list