CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9522|Reply: 38

Kronologi Mawi

[Copy link]
Post time 23-10-2008 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Kronologi Mawi


FEBRUARI 2005

- Pertunangan Mawi dan Nor Diana Mohd Naim berdasar suka sama suka selepas beberapa tahun berkenalan.


MEI 2005

- Mawi terpilih dalam senarai peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

-Walaupun menjadi antara beberapa peserta yang tersingkir menerusiKonsert Prelude namun Mawi disenaraikan semula dan menyertai 12 pesertaakhir. Komposer terkenal M Nasir sebagai pengetua ketika itu. Mawidinobat juara AF3 pada pertandingan akhir yang berlangsung pada Ogos2005.


NOVEMBER 2005

- Timbul gosip Mawi bermalam di rumah tunangnya ketika sambutan Aidilfitri  



APRIL 2006

- Mawi dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Diana Rafar.

- Kisah memancing bersama pelakon itu ternyata menimbulkankontroversi sehingga Mawi terpaksa memberi penjelasan apabila aktivitiberkenaan dilakukan beramai-ramai.



JULAI 2006

- Mawi dan Nordiana Mohd Naim memutuskan pertunangan mereka pada 10 Julai



OKTOBER 2006

-Mawi dikaitkan menghantar rombongan merisik seorang pelajar UniversitiTeknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis. Difahamkan, gadis yangmenetap di Kampung Batu Gajah, Perak menjadi pilihan juara AkademiFantasia 3 (AF3) itu bagi menunaikan hajat arwah bapanya, AllahyarhamAni Ahmad, 66, (Pak Atan) sebelum meninggal dunia akibat komplikasijantung dan buah pinggang.



NOVEMBER 2006

- Mawimenafikan dakwaan berkawan dengan Nor'Asikin Rahmat atau Ekin walaupunheboh ketika itu gambar Mawi berkunjung ke rumah pelakon drama bersiriKawan itu heboh disiarkan akhbar dan tersebar di internet.



JULAI 2007

-Mawi turut dikaitkan dengan gosip hubungannya dengan beberapa binatangAkademi Fantasia seperti Nur Heliza Helmi atau Heliza AF5. Namundesas-desus berkenaan hanya sementara.



OGOS 2008

- Mawi sekali lagi menjadi mangsa kontroversi apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja



MAC 2008

- Mawi akhirnya membuat pengumuman dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Nor'Asikin Rahmat atau Ikin.



OKTOBER 2008

- Mawi mengumumkan majlis pernikahannya bersama Ikin.

[ Last edited by  Syd at 23-10-2008 12:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2008 12:55 PM | Show all posts
aku harap thread nih kekal kat bod nih

yelah senang nanti aku nak update

berapa lama dorang buleh kawin

kot ada cerai ke, kot mawi nak berbini lagi ke

kot ikin plak ke nak berlaki lain

anak berapa orang?


belangkasuka suwa ke apa ejaan nye...semua aku nak tepek sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 01:02 PM | Show all posts
sila tatap gambo nih sambil diiringi lagu PELAMIN ANGANKU MUSNAH, PATAHNYA SAYAP MALAM dan lagu2 sewaktu dgn nye;



















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 01:06 PM | Show all posts
JULAI 2007

-Mawi turut dikaitkan dengan gosip hubungannya dengan beberapa binatangAkademi Fantasia seperti Nur Heliza Helmi atau Heliza AF5. Namundesas-desus berkenaan hanya sementara.


Takde maknanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #4 houdini's post

carik artikel penafian cepat

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 01:38 PM | Show all posts
      
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 01:39 PM | Show all posts
pesal lak nak sedih2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 01:40 PM | Show all posts

Reply #7 kazz's post

nasib baik cepat cepat tanya diri sendiri
kalu tak ko kena jawab soalan aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 01:42 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

JULAI 2006

- Mawi dan Nordiana Mohd Naim memutuskan pertunangan mereka pada 10 Julai


pembetulan........


Mawi  memutuskan pertnangannya dengan nordiana naim............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 02:22 PM | Show all posts
APRIL 2006

- Mawi dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Diana Rafar.

- Kisah memancing bersama pelakon itu ternyata menimbulkankontroversi sehingga Mawi terpaksa memberi penjelasan apabila aktivitiberkenaan dilakukan beramai-ramai.





Diana Rafar - Mawi yang mulakan

Oleh: NIEZAM ABDULLAH ([email protected])

Agak sukar untuk mengaturkan sesi fotografi dengan Diana Rafar, 24, sejak hubungannya dengan Mawi menjadi sensasi. Malah pertemuan yang sepatutnya saya aturkan dengan Diana dua minggu lalu juga dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Diana terpaksa berlepas ke Jakarta semata-mata untuk ‘menenangkan fikiran’ gara-gara gosip itu.

Bagaimanapun pada malam Ahad minggu lalu saya agak terkejut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Diana.

Kata Diana, dia sudah berada di Kuala Lumpur dan meminta maaf kerana membatalkan sesi fotografi dengan saya dua minggu lalu. Disebabkan ketika itu hampir pukul 2 pagi, saya berjanji untuk menghubunginya pada hari lain.

Saya berkata, sudah keluar dari tempat persembunyian rupa-rupanya Diana.

Mungkin hatinya sudah tenang selepas terkena angin Jakarta yang hiruk-pikuk itu.

Kesibukan Diana menyebabkan fotografi yang sepatutnya dilakukan sekali lagi dibatalkan. Saya berterima kasih kepada wartawan URTV yang agak kecoh mulutnya – Nafsiah Jani dan Pengarangnya Rosli Manah kerana sudi memberikan gambar-gambar Diana yang belum digunakan sebagai penghias muka hadapan Pancaindera minggu ini.

Dalam perbualan saya dengan Diana, pelakon itu berkata, dia semakin bingung dengan apa yang berlaku.

“Semua ini bukan salah Diana. Diana tidak mahu tanggung sengsara ini,’’ kata Diana memulakan bicaranya dengan saya.

Mari kita baca penjelasan Diana selain komen pihak pengurusan Maestro Records yang meminta Diana tidak memperkatakan mengenai hubungannya dengan Mawi (lihat muka 4).


* Jangan salahkan Diana

Kisah hubungan Mawi dan Diana Rafar tercetus apabila bekas Juara Akademi Fantasia (AF3) itu membuat pengakuan dalam rancangan Melodi penghujung Mac lalu mengatakan dia pergi memancing dengan seorang rakan artis.

Rentetan kisah itu, majalah URTV telah menyiarkan pengakuan Mawi mengesahkan artis yang dimaksudkannya dalam Melodi itu adalah Diana Rafar.

Diana berkata, bukan beliau yang sengaja ingin mencari publisiti sebaliknya kenyataan itu datangnya daripada mulut mawi.

“Mawi orang pertama yang buat kenyataan kami pergi memancing. Bukannya Diana. Kali pertama dia bercakap dalam Melodi kemudian dalam URTV.

“Mawi perlu ingat dia yang mulakan segala-galanya. Dia kata, Diana yang jumpa dia di tempat memancing.

“Itu seolah-olah menunjukkan Diana yang hendak bertemu dengan Mawi sedangkan sebelum memancing itu Mawi sudah datang ke rumah keluarga Diana di Shah Alam terlebih dahulu.

“Tetapi dalam hal ini Diana tidak salahkan Mawi sebaliknya Diana memuji kejujurannya untuk berkongsi cerita dengan peminat malangnya perkara itu menjadi bertambah sensasi dan disalahertikan.

“Sebab itulah kakak Diana – Anita membuat kenyataan dalam Pancaindera minggu lepas untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku.

“Selama ini Diana berdiam diri tetapi sampai bila Diana hendak terus diam sedangkan orang asyik bercakap yang bukan-bukan terhadap Diana?

“Diana perlu membela diri dan yang paling Diana takut orang menuduh Diana cuba meruntuhkan hubungan Mawi dengan tunangnya, Nurdiana Mohd. Naim (Ina).


* Bukan mencari populariti

Diana turut menjelaskan, dia tidak berniat untuk mencari populariti berikutan kisahnya dikaitkan dengan Mawi. Malah katanya, populariti yang disebabkan oleh sesuatu gosip terutama apabila berkait dengan seorang bintang popular akan menjadi bertambah buruk.

“Ia populariti yang tidak baik untuk Diana. Kisah seperti itu menyebabkan orang benci Diana dan Diana tidak pernah mengimpikan populariti sedemikian.

“Malah Diana menjadi cover majalah pun diaturkan oleh pihak media sendiri kerana mereka lebih mengerti bagaimana hendak menjual majalah mereka,’’ katanya.

Jelas Diana, pada awalnya dia banyak menolak sesi fotografi yang hendak diaturkan oleh pihak media kerana tidak ada isu yang hendak diperkatakan. Bagaimanapun akibat gosipnya dengan Mawi semakin panas sehingga menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan, dia tidak mampu untuk berdiam diri lagi.

Akibat perkara itu Diana perlu menerima permintaan wartawan untuk mengadakan sesi fotografi semata-mata untuk menjelaskan perkara sebenar.


* Orang lebih percayakan Mawi

Diana memberitahu, dia ingin meminta maaf kepada peminatnya serta peminat Mawi akibat kejadian yang berlaku itu. Dia tidak menyangka hanya kerana kisah pergi memancing, perkara tersebut menjadi bertambah besar.

“Ia seperti luka yang sukar untuk sembuh. Diana minta maaf sangat. Diana tahu, apa yang Diana katakan, orang tidak akan percaya. Bila Diana jelaskan Mawi datang rumah pun orang sukar untuk mengakui kebenarannya.

“Malah orang anggap Diana sengaja reka cerita untuk meraih populariti sebaliknya orang lebih percaya apa yang keluar daripada mulut Mawi.

“Malangnya bila Mawi jujur bercerita pertemuannya dengan Diana, orang tuduh Diana pula yang gatal,’’ ujarnya.

* Kenapa perlu Diana berdiam diri?

Jelas Diana, kenyataan pihak pengurusan Maestro Records di muka 4 yang mahu beliau berdiam diri dan tidak lagi menyebut nama Mawi adalah satu kesilapan.

Kata beliau, sepatutnya syarikat rakaman tersebut mengarahkan artisnya supaya berdiam diri sejak cerita berkenaan mula tercetus.

“Kenapa mereka (Maestro) mahu Diana berdiam diri sedangkan Mawi yang menyebut nama Diana dulu kepada pihak media.

“Diana sedikit pun tidak pernah menyebut namanya sehinggalah ia menjadi lebih besar.

“Pihak syarikat rakaman Mawi seharusnya lebih bijak menangani perkara tersebut kerana mereka menjaga seorang artis yang mempunyai nama besar.

“Mawi artis baru dan pengalamannya menempuh dunia hiburan ini agak kurang. Syarikatnya sepatutnya melatih Mawi menjadi lebih profesional dan bijak membuat keputusan apabila berhadapan dengan sesuatu perkara,’’ katanya.


* Hubungan dengan Zamarul Hisyam

Diana memberitahu, beliau masih lagi berkawan dengan pelakon Zamarul Hisyam. Hubungan mereka masih lagi kuat walaupun dilanda gosip berkenaan.

Malah kata Diana, setiap perkara yang dilakukannya akan dimaklumkan kepada kekasihnya itu.

“Syam (panggilan untuk Zamarul) tahu apa yang Diana lakukan. Mawi datang rumah pun dia tahu, Diana pernah berjumpa dengan Mawi pun dia tahu.

“Dia tidak rasa apa-apa masalah terhadap gosip tersebut sebaliknya dia banyak nasihatkan Diana supaya bersabar,’’ katanya.


* Nasihat kepada Mawi

Sebagai orang yang agak lama menjadi artis, Diana berkata, dia terlebih dahulu melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis dalam dunia hiburan.

Bagaimanapun nasihat Diana kepada Mawi supaya penyanyi itu lebih berhati-hati terutamanya apabila membuat kenyataan membabitkan orang lain.

“Mawi kena akui dia mempunyai peminat yang ramai. Kesemua peminat Mawi terlalu fanatik dan tidak boleh diusik.

“Atas hakikat itu, Mawi perlu menjaga setiap tatasusilanya dan menepis semua perkara yang dirasakan boleh menjejaskan imejnya.

“Selain itu Mawi juga perlu sedar dia sudah mempunyai tunang dan segala pergerakannya adalah terbatas.

“Bagaimanapun apa yang berlaku ini adalah satu pengalaman untuk Mawi agar lebih matang dalam dunia hiburan,’’ katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 02:26 PM | Show all posts
JULAI 2006

- Mawi dan Nordiana Mohd Naim memutuskan pertunangan mereka pada 10 Julai




Mawi bayangkan putus tunang

KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, membayangkan mahu memutuskan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nor Diana Mohd Naim.

Mawi memberi bayangan itu ketika menghubungi Nor Diana atau Ina, kira-kira jam 7 malam tadi.

Ina yang terisak-isak menangis ketika dihubungi di hotel penginapannya di Petaling Jaya, berkata dalam perbualan itu Mawi meminta dia bersabar dan menerima keputusan yang akan disampaikan kakak sulungnya, dua tiga hari lagi.

“Dalam perbualan itu, Mawi berkata, ‘kalau aku terus dengan kau, aku akan kehilangan keluarga dan tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Aku serahkan keputusan pada kakak aku, kau terima saja semua keputusan yang dia buat nanti.

“Walaupun Mawi tidak berterus terang, saya dapat rasakan dia hendak memutuskan pertunangan kami,” katanya.

Bagaimanapun, Ina tidak mahu mengulas lanjut sehingga kakak Mawi menemui keluarganya di Felcra Sungai Ara, Mersing, Johor, dua tiga hari lagi bagi menyampaikan keputusan muktamad mengenai hubungan mereka.

Mawi dan Ina sepatutnya bertemu di Hotel Eastin, Petaling Jaya selepas solat Jumaat semalam yang diatur Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management (Maestro), Freddie Fernandez.

Pertemuan itu bagaimanapun dibatalkan dengan alasan Mawi menjalani rakaman untuk program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebelum itu, pihak pengurusan Mawi berjanji menemukan kedua-duanya minggu lalu di Hotel Hyatt, Johor Bahru tapi turut dibatalkan pada saat akhir.

Kedua-duanya dikatakan jarang berhubung sejak Februari lalu selepas kali terakhir berjumpa di rumah Mawi pada Aidilfitri lalu.

Sejak itu, setiap kali ingin menghubungi tunangnya, Ina akan menelefon pembantu peribadi Mawi.

Hubungan Mawi dan Ina dikatakan semakin dingin apabila timbul gosip cinta antara juara AF3 itu dengan Diana Rafar, akhir Mac lalu.

Malah, Mawi sendiri mengaku rapat dengan penyanyi yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan GIM. Baru-baru ini pula, Mawi dikatakan menjalin hubungan dengan Marsha.

Sementara itu, Mawi ketika ditemui pada Majlis Malam Amal Citra Budi di sini lewat malam tadi enggan memberi sebarang komen mengenai hubungannya dengan Ina.

Saya rasa benda ini terlalu peribadi dan saya tidak mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai hubungan kami,katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 02:47 PM | Show all posts
NOVEMBER 2006

- Mawi menafikan dakwaan berkawan dengan Nor'Asikin Rahmat atau Ekin walaupun heboh ketika itu gambar Mawi berkunjung ke rumah pelakon drama bersiri Kawan itu heboh disiarkan akhbar dan tersebar di internet.






MAWI ketika melawat keluarga Ekin di Johor Bahru dalam gambar yang dirakamkan pada November 2006.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 02:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 02:52 PM | Show all posts

Reply #13 Syd's post

euwwwwwwwwww
tak suka konon
tunjuk montot konon
sekang....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 02:53 PM | Show all posts
MAC 2008

- Mawi akhirnya membuat pengumuman dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Nor'Asikin Rahmat atau Ikin.



Bercinta sudah, kini tunggu jodoh




GENTING HIGHLANDS - Setelah sekian lama memendam rahsia, Mawi dan Ekin akhirnya mengakui mereka selama ini memang bercinta.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani memberitahu, hubungannya dengan Ekin terjalin setelah merasakan mereka berdua sudah serasi.

"Ekin adalah insan yang amat istimewa buat saya, cuma kami tak pernah isytihar hubungan ini dulu.

"Jika ada jodoh kami akan melangsungkan perkahwinan, cuma belum ada perancangan lagi buat masa ini," kata Mawi ketika ditemui pada majlis Lord Tailor di Restoran Olive di sini semalam.

Ditanya mengapa secara tiba-tiba beliau mengumumkan bahawa Ekin adalah kekasihnya setelah berkali-kali menafikan dakwaan itu, komen bekas juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu:

"Itu semua adalah tekanan daripada pihak media sendiri kerana media kerap bertanya saya soalan yang sama. Jadi, inilah masanya saya umumkan tentang perkara baik itu."

Mengenai keistimewaan Ekin sehingga beliau jatuh hati, Mawi berkata, beliau cukup menyenangi sifat Ekin.

"Dia (Ekin) istimewa orangnya, senang nak berinteraksi dan perangainya juga lebih matang daripada usia," kata Mawi.

Sementara itu, Ekin atau Nora'asihkin Rahmat pula memberitahu, dia senang dengan Mawi kerana jejaka itu sering berada di sampingnya setiap kali ada masalah.

"Mawi sentiasa bersedia untuk berkongsi masalah dan kepada dialah tempat Ekin mengadu," katanya.

Bagaimanapun, dia terkejut mengenai khabar angin yang menyatakan mereka akan berkahwin pada Disember depan.

"Sebenarnya kami belum rancang tentang perkara ini (kahwin)," jelasnya yang turut memberitahu Mawi sering memberi hadiah kepadanya termasuklah tudung.

Mawi dan Ekin turut memberitahu, jika ada jodoh, mereka tetap akan melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka di Johor.

MAWI ketika melawat keluarga Ekin di Johor Bahru dalam gambar yang dirakamkan pada November 2006.

Bibit-bibit perkenalan mereka bermula pada 2006 selepas Mawi memutuskan tali pertunangan dengan Nordiana Naim.

Mawi turut mengunjungi keluarga Ekin di Johor Bahru pada sambutan Aidilfitri 2006, tetapi menafikannya walaupun gambar mereka tersebar di internet.

Mawi akhirnya mengakui mengenali Ekin menerusi laporan Kosmo! pada November 2006, tetapi masih menepis dakwaan mereka sedang bercinta.

Tidak lama selepas itu, timbul pula cerita bahawa Mawi melakukan transaksi mencecah ribuan ringgit ke akaun pelakon drama siri Kawan itu disusuli dengan cincin yang dipakai oleh mereka kelihatan sama.

Kemuncak kepada kesahihan kontroversi itu apabila Ekin mengenakan tudung yang sekali gus memperlihatkan beliau telah memenuhi syarat Mawi yang ingin memperisterikan gadis yang bertudung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 02:57 PM | Show all posts

Reply #14 awex^returns's post

masih tonggeng apa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #16 Syd's post

tonggeng pon
apesal ketet dia nampak labuh ekkk



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 03:12 PM | Show all posts

Reply #17 awex^returns's post

betik kan ada byk jenis

betul ke jawapan aku ni


tapi dino kata sebab dah selalu kena pichit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 03:14 PM | Show all posts

Reply #17 awex^returns's post

yang baju coklat tu hari pun

nampak labuh gak apa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 03:15 PM | Show all posts

Reply #18 niy's post

a ah

nak aku tepek

kang semua tak lalu kanngggg


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.227402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list