View: 5099|Reply: 28
|
Peraturan cermin gelap ikut Singapura
[Copy link]
|
|
Oleh JAMDI NASIR
KOTA KINABALU 12 Sept. - Kerajaan akan menyeragamkan peraturan berkaitan pemasangan cermin gelap pada kenderaan di negara ini berdasarkan piawaian antarabangsa yang diguna pakai di Singapura dan Thailand.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersetuju supaya penyeragaman dibuat untuk memudahkan pemilik kenderaan di ketiga-tiga buah negara itu berulang-alik tanpa berhadapan risiko disaman.
''Dengan penyeragaman itu kelak, pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap mengikut spesifikasi standard tanpa perlu mendapat kelulusan Menteri Pengangkutan seperti peraturan pada masa kini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Bangunan USIA Pusat, Sembulan di sini malam tadi.
Akta Kenderaan Bermotor 1991 yang diguna pakai pada masa ini menetapkan pemilik kenderaan bermotor di negara ini perlu memiliki kadar ketelusan cahaya 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin tingkap belakang dan tepi.
Lajim berkata, proses penguatkuasaan undang-undang baru membabitkan kerjasama antara tiga negara itu juga sedang dalam perbincangan.
Beliau memberitahu, pihaknya juga belum mendapat butiran terperinci mengenai kadar ketelusan cermin gelap yang diguna pakai di Singapura dan Thailand pada masa ini.
Sementara itu, Lajim turut mengingatkan pihak pengeluar kenderaan di negara ini agar sentiasa mematuhi piawaian yang bakal diumumkan bagi mengelak kerumitan di kalangan pengguna. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 t@t's post
ada sapa2 yg tau kat singaporeberapa kadar ketelusan cahaya cermin keta? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 kambeng_masam's post
ui sporean car kt johor ni yg haku tgk byk gelap2 huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
spore tak pernah lak aku tengok cermin gelap keternyer..
tapi kalau kat indon di jakarta tu.. konpom gelap giler.. nak bugil tarak hal.. |
|
|
|
|
|
|
|
hum..tak taulah nak kata sama ada ini berita baik atau sebaliknya..
kalau dilaksanakan, selamat keta aku double tinted tapi taklah sampai tahap tak bleh tengok dalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sixfullbar's post
msia timor dikecualikan gamaknyerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 syahza's post
adakah maknanya leh pakai lagi gelap tinted tu?
Serasa rasa akulah...Sngapore ni undang2nya lagi ketat dari Malaysia kan? |
|
|
|
|
|
|
|
jarang & macam susah aku tgk singaporean's car pakai gelap |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kete JDM Jepun masuk malaysia selalunya dia pakai tinted chromax..memang terbukti tak panas..sebab pernah aku naik honda stream member. parking kat open lot tengah panas..masuk dalam je tak rasa panas..bukak aircond sekejap je sejuk... |
|
|
|
|
|
|
|
msia dari dulu smpai la ni failed ler utk tetapkan satu benchmark level tinted nih...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 t@t's post
tu sebab terkenal dengan double stendet
malaysia boleh! |
|
|
|
|
|
|
|
budus......... duk ni betui betui tempat matahari bertenggek.... bukan kat alaska sana...
tapi tak leh tinted yg bagus dan gelap utk kulit....
kepala howtak menteri yg buat akta ni dah senget mcm ekjos reput kut? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap link ini dapat menjawab soklan anda....
http://www.onemotoring.com.sg/publish/onemotoring/en/lta_information_guidelines/modifications_and_vehoffences/modification_guide/modification_allowed.html#MainPar_0070
Tinted glass
The following requirements must be met when installing tinted glass:
a) They must comply with internationally recognised standards for safety glasses.
b) The resultant light transmittance for the front windscreen and two front side windows must be at least 70%.
c) The resultant light transmittance for the rear windscreen and the rear passenger windows must be at least 25%.
d) The front windscreen must not prevent, obstruct or interfere with the transmission of signals between the In-vehicle Unit (IU) and Electronic Road Pricing (ERP) facility.
Note: To ensure that the tinted glasses comply with the above requirements, you may wish to send your vehicle for testing at any of the LTA-authorised vehicle inspection centres.
Originally posted by kambeng_masam at 13-9-2008 10:58 PM
ada sapa2 yg tau kat singaporeberapa kadar ketelusan cahaya cermin keta? |
|
|
|
|
|
|
|
aku kat kalimantan selamba je kasi tinted dekat 80% tuu, sempoii je gelap gulita, yang sengsara masa driving waktu hujan susah nak ejas pandang cermin sisi |
|
|
|
|
|
|
|
buat pe cermin gelap2 nih.....bukan tahan panas sgt pun...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 cikguranggi's post
Buat maksiat ler... cikgu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 cikguranggi's post
siap leh....projek dalam keter...mpv.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat indon tinted nye gelap smpi xnampak |
|
|
|
|
|
|
| |
|