CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7366|Reply: 42

Cinta Mawi & Ekin diuji

[Copy link]
Post time 27-7-2008 05:12 AM | Show all posts |Read mode
Cinta Mawi & Ekin diujiOleh NIEZAM ABDULLAH
Lokasi REBAK ISLAND RESORT, LANGKAWI (Terima kasih Warren Fernandez)


Salah satu adegan di mana Ekin merajuk selepas mengetahui kecurangan Mawi.

Selama ini tatkala ditanya mengenai kisah cintanya, Mawi cuba mengelak untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Jawapan selamat yang selalunya diberikan Mawi, cukuplah peminat di luar sana mengetahui dia dan Ikin merupakan pasangan kekasih dan sedang merancang untuk membina gerbang bahagia bernama perkahwinan.

Bagaimanapun ketika mengikuti penggambaran klip videonya di Rebak Island Resort, Langkawi, Kedah pada 20 Julai lalu, kisah itu tidak lagi menjadi rahsia.

Entahlah, malam ni saya terbuka untuk menceritakan segala-galanya,?kata Mawi kepada saya dan seorang lagi teman wartawan, Farihad ketika kami berborak panjang di coffee house resort itu.

Berbicara sehingga mencecah pukul 2 pagi, banyak perkara yang diluahkan Juara Akademi Fantasia musim ke-3 ini mengenai susah payahnya bergelar seorang artis yang dikenali.

Sambil ditemani hembusan bayu laut dan renyai hujan, kata Mawi sekarang semangatnya sudah kuat untuk menempuh segala macam dugaan.

Tak seperti ketika mula-mula menjadi artis, dia pernah menangis saban malam kerana tidak dapat menerima pelbagai ujian hidup yang dihadapinya ketika itu. Lebih dahsyat lagi apabila putusnya hubungan dia dengan Ina Naim, ia merupakan kemuncak kepada segala ujian hidupnya.

Tetapi hari ini selepas segala macam susah payah yang dilalui itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 27, sudah boleh tersenyum tatkala mengimbas semula bagaimana susah hidupnya dahulu.

Susah atau senang, perkahwinan saya dengan Ekin nanti mesti jadi juga. Tak sanggup lagi jadi isu macam dulu,?kata Mawi mengimbas kisah cinta lamanya.
Saat ditanya detik pertemuannya dengan gadis bernama Nora抋sikin Rahmat, 29, perkenalan mereka bermula di restoran Bora Ombak, Ampang dalam satu majlis anjuran syarikat rakaman Maestro Records tidak lama dulu.

Ketika itu Ekin hadir bersama seorang teman artis yang juga meminati Mawi. Ketika itulah mereka bertukar nombor telefon dan saling mengenali dengan lebih mendalam.

Daripada seorang sahabat, akhirnya hubungan itu menjadi semakin erat sehinggalah pada Mac lalu Mawi tidak lagi menafikan gosip percintaan mereka. Tetapi selama menjalinkan hubungan yang erat, bohonglah dalam sesebuah hubungan itu tidak ada pasang surutnya.

Begitu juga kisah cinta Mawi dengan Ekin apabila terlalu ramai orang di luar sana yang dengki dan cemburukan hubungan mereka itu.

Jelas Mawi kadang kala fikiran dia terganggu dengan macam-macam cakap orang mengenai Ekin. Malah Mawi juga turut mendengar pelbagai cerita buruk Ekin yang dilemparkan.

Kononnya Ekin itu dan ini. Hendak mempercayai atau tidak ia sama banyak. Dan Ekin pun turut mengalami peristiwa yang sama apabila ada orang yang kerjanya mencucuk?dengan melemparkan cerita palsu mengenai keburukan Mawi semata-mata untuk melihat hubungan mereka putus.

Ia kadang-kala memberi tekanan yang amat sangat tetapi Mawi percaya kesabaran adalah perkara penting dalam sesebuah hubungan itu.

Hal-hal itu tidak banyak tetapi sedikit turut membuatkan mereka bertelagah sehingga kadang-kala bagaikan sukar untuk meneruskan percintaan yang dimeterai dengan perasaan sayang itu.

Fikiran saya memang kusut apabila orang jumpa saya dan cerita fasal buruk Ekin. Begitu juga apabila orang jumpa Ekin cerita pasal buruk saya.

Saya tahu bukan mudah untuk kami menjalinkan hubungan kerana ada orang dengki melihat kami bahagia. Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang nak tengok saya dan Ekin putus dan tak jadi kahwin tapi saya sabar dengan cakap-cakap orang dan tak cepat melatah.

Saya paling bimbang seandainya percintaan kami separuh jalan. Sebab itulah segala masalah yang ditimbulkan oleh orang yang tak senang dengan hubungan kami, cuba kami selesaikan dengan baik. Alhamdulillah, segalanya dapat diatasi. Itulah pengorbanan besar percintaan saya ini,?katanya.

Bukan sekadar cakap dan kata nista orang, lebih daripada itu Ekin dituduh kononnya sudah menyihir atau membomohkan Mawi semata-mata untuk mendapatkan penyanyi itu. Malah keluarga Mawi juga turut dihujani dengan panggilan telefon bercerita perkara yang sama.

Mawi berkata dia menyedari dan kecewa dengan semua cakap-cakap itu tetapi hanya satu permintaan Mawi agar peminat menerima keputusannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Ekin.

Malah Mawi percaya dalam hubungannya dengan Ekin, tidak ada siapa yang membomohkan sesiapa sebaliknya perasaan sayang itu hadir kerana masing-masing ikhlas terhadap sesuatu perhubungan.

Dan hati Mawi lebih terbuka apabila pada suatu malam Ekin menghubunginya lalu menyuarakan hasrat untuk memakai tudung selepas mendapat petunjuk melalui mimpi.

Pada malam dia bermimpi itu, Ekin menangis lalu dia menghubungi saya meminta pandangan untuk memakai tudung.

Dah benda yang baik, saya kata pada dia, teruskanlah dengan niat itu,?tambah Mawi yang akan mempertahankan apa juga dugaan hubungan mereka.
Tidak menafikan segala gosip selama ini, ujar Mawi memang dalam perancangan dia dan Ekin akan diijabkabulkan pada bulan Disember nanti.

Biarpun sebelum ini ada pihak yang mengandaikan kononnya pada 21 Disember akan datang tetapi seperti yang dijanji, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti satu pengumuman rasmi akan dibuat supaya ia adil kepada semua pihak.

Janji Mawi, dia tidak akan menipu atau mahu menyembunyikan sesuatu yang baik seandainya apa yang dirancang itu sudah tiba masanya.

Insya-Allah, jika semua yang dirancang berjalan lancar, lepas raya nanti saya akan buat pengumuman rasmi,?ujarnya.


Tidak romantik

Mungkin ramai yang nak tahu bagaimanakah Mawi dan Ekin menyusuri perasaan cinta masing-masing? Percaya atau tidak selama saling kenal mengenali, tidak ada saat makan malam berdua-duaan ataupun candle light dinner bersama.

Tidak ada nostalgia manis yang boleh dijadikan kenangan sebaliknya setiap kali bertemu, mereka hanya berjumpa di kedai mamak. Itulah romantiknya?hubungan Ekin dan Mawi. Jauh sekali di hotel atau restoran mewah.

Malah akui Mawi dia percaya sebagai perempuan mungkin Ekin mahukan lebih daripada itu tetapi apakan daya, dia bukan jenis yang romantik.

Dan cuma ada satu rahsia yang membuatkan Ekin menitiskan air mata apabila menerima sesuatu kejutan daripada Mawi. Bagaimanapun Mawi mahu merahsiakan perkara itu. Malu katanya.

Ikin selalu juga komen saya tak romantik. Nak buat macam mana dah saya macam ni. Tapi yang penting dia mengetahui yang saya memang sayang pada dia,?ujar Mawi.

Pada hari ini raut wajah Mawi kelihatan begitu ceria kerana melalui bahagia detik percintaannya. Ini kerana Mawi benar-benar bertemu dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita yang diidamkan selama ini.

Saya memilih Ekin sebagai bakal isteri kerana dia mengambil berat, ikhlas dan juga satu kepala?dengan saya,?katanya yang membayangkan majlis kahwinnya nanti mungkin akan diadakan di sebuah padang.


Ekin dalam klip video Mawi

Jauh nun di Langkawi, tiba-tiba dua pegawai perhubungan awam Maestro Records iaitu Wan dan Man memberi pandangan mengenai wanita yang sesuai untuk diambil sebagai model klip video lagu Mawi itu.

Kisah dalam klip video untuk lagu Satu Dalam Seribu dan Tercipta Untukku itu mengenai percintaan seorang lelaki yang menduakan kekasihnya.
Dek kerana jodoh, lelaki tersebut akhirnya memilih untuk kembali kepada wanita yang ditinggalkan selama ini. Ketika persoalan itu diaju, jawapan yang mudah ialah memanggil Ekin sebagai modelnya.

Bersetuju dengan pandangan itu, pengarah klip video berkenaan Saifulizzam Mohd. Lizah turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan.

Bimbang disalah tafsir tetapi apa yang penting adegan dalam klip video tersebut tidak menuntut mereka untuk membuat aksi lebih dari berpegangan tangan.
Mawi pula tentunya bimbang penyertaan Ekin memberi tafsiran negatif tetapi dia percaya peminat hari ini tidak akan membuat andaian yang salah.

Saya rasa tak salah dengan penglibatan Ekin kerana dia juga tidak ada aktiviti lain ketika ini. Lebih baik kita panggil dia daripada bayar orang lain untuk menjadi model,?kata Mawi.

Atas persetujuan itu, akhirnya Ekin yang kebetulan berada di Johor Bahru diminta datang ke Langkawi pada saat-saat akhir bagi menjayakan klip video berkenaan.

Kata Mawi, ketika dia menghubungi kekasihnya untuk menceritakan hasrat tersebut, Ekin agak terkejut untuk menyertai projek terbaru Maestro Records itu.
Tetapi atas dasar sayang serta professional, Ekin menerima pelawaan tersebut dan berjaya melakonkan watak seperti yang diinginkan pengarah dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun Mawi menolak dengan penglibatan Ekin wanita itu akan dikata cuba menumpang popularitinya.

Kalau nak kira masa saya berduet dengan Jamal Abdilah dan M. Nasir, ada juga yang bercakap soal nak tumpang populariti.

Tapi dalam hal ini, saya tak rasa siapa perlu tumpang siapa. Yang penting saya lakukan apa yang pengarah mahukan,?kata Mawi.

Tentu sahaja peminat Mawi tidak sabar untuk menyaksikan klip-klip video tersebut kerana ia menggambarkan seolah-olah ada kena mengena dengan percintaan Mawi.

Malah kata Saifulizzam, dia cuba membawa tema sedih dan gembira apabila menimbulkan mood perpisahan menerusi klip video Satu Dalam Seribu manakala untuk lagu Tercipta Untukku menyaksikan kedua pasangan tersebut menjalinkan semula ikatan cinta.

Saya cuba mengenengahkan elemen emosi serta membawa watak-watak drama dalam klip video ini yang akan dapat memperlihatkan raut wajah sedih dan suka antara Mawi dan Ekin,?katanya.



awex : edit perenggan sket

[ Last edited by  awex^returns at 1-8-2008 10:02 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 07:49 AM | Show all posts
panjang narr citer...kalo jadik bebetol pon bagos
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 07:54 AM | Show all posts
sukati ko arrr mawiiiii

duit bekas peminat ko bukannyer duit aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by cloudnine_mm at 27-7-2008 05:12 AM
Cinta Mawi & Ekin diujiOleh NIEZAM ABDULLAH
Lokasi REBAK ISLAND RESORT, LANGKAWI (Terima kasih Warren Fernandez)

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0727/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_19.1.jpg
Sa ...


Hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:52 PM | Show all posts
kikin beli spek kat mana tu?vogeh laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:53 PM | Show all posts
gelak saja le jamal abdillah dan m.nasir bila baca komen budak botak ni
depa yang tumpang populariti mawiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2008 11:12 PM | Show all posts
fu yoh !   pengorbanan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:53 AM | Show all posts

apa2 ajelah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 09:58 AM | Show all posts
揝aya rasa tak salah dengan penglibatan Ekin kerana dia juga tidak ada aktiviti lain ketika ini.



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by cloudnine_mm at 27-7-2008 05:12 AM
Cinta Mawi & Ekin diujiOleh NIEZAM ABDULLAH
Lokasi REBAK ISLAND RESORT, LANGKAWI (Terima kasih Warren Fernandez)

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0727/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_19.1.jpg



minah sengal ni pakai half cup ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #1 cloudnine_mm's post

x jadi lagi bagus mawi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:19 AM | Show all posts
tak banyak gambo
kalo kat paper... manyak gambo mehhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 10:34 AM | Show all posts

Reply #12 chekshu's post

a'ah ckekshu...yg online paper ade satu gambar je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:36 AM | Show all posts
kalo rajin
esok aku scan kan

hak hak hak

<semalam beli paper
sebab ada gambo mawi
huk huk huk>

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #14 chekshu's post

sila kan scan cehkshu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 10:47 AM | Show all posts

Balas #15 cloudnine_mm\ catat

insyaallah...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #10 icelemontea's post

nak bagi mawi nampak 'buah-buahan' biar mawi jadi tak sabar nak kahwin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #17 apikwaeh's post

buah-buahan pun dah dekat nak kecut
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:49 PM | Show all posts

Balas #9 icelemontea\ catat

sepatutnya cakap
'ikin mmg xde aktiviti lain'
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:32 PM | Show all posts

Reply #1 cloudnine_mm's post

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.102910 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list