CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20207|Reply: 101

HOOPERZ - filem komedi gandingan Elyana dan Amy Mastura

[Copy link]
Post time 15-5-2008 12:53 PM | Show all posts |Read mode
HOOPERZ!

Filem ni sedang menjalani latihan sebelum pengambaran bermula 2 minggu lagi.

Info.

PENGARAH - Dhojee (previously was producer of Dunia Baru adn playwright for CINTA)
PLAYWRIGHT - Dhojee and Wan Hasliza

MAIN CAST
Erneelya Elyana <---well-known rock-chick singer in Malaysia, debut into film through Gong (Sandosh Kesavan)
Amy Mastura <-- FFM Award winning actress, and twice nomination for Best Actress.

SUPPORTING CAST
Juliana Evans
Melissa Maureen Rizal
Damie Jeremiah
Anita Baharom
Puteri Sarah Liyana

PRODUCED BY
KL MOTION PICTURE, GBSB and MHZ

FILEM ini berkisar mengenai sekumpulan gadis yang menyertai skuad bola jaring bernama HOOPERZ. Erneelya Elyana yang terkenal dengan karekter anti-feminin akan kembali kelayar perak memegang watak sebagai jaguh bola jaring yang punya ego dan semangat setiakawan yang tinggi sementara Melissa Maureen menjadi sahabat baiknya. Amy Mastura dikhabarkan memegang watak sebagai jurulatih pasukan bola jaring ini (boleh ke? isn't she's too short to be a coach?). Nantikan filem bergenre komedi yang menggunakan konsep paralel untuk 6 watak utamanya.

[ Last edited by  sokmogitu at 15-5-2008 01:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 12:55 PM | Show all posts
hm..
agak menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 01:07 PM | Show all posts
mesti klako..ada amy mastura...
ellyana plak jenis selamba tp lawak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 01:23 PM | Show all posts
Publication : MA
Edition :  
Date : 30/03/2008  
Page Number : 10
Headline : Aduhai Aduh Saliha
Words : 124
Byline : Oleh Sha; Abie
Column Name : Cerita artis kita
Text :  


DALAM diam, pembikinian filem Aduh Saliha akan disambung April ini.
Bagaimanapun CAK difahamkan barisan pelakon tidak akan diterbangkan ke
Sarawak sebaliknya hanya akan beraksi sekitar Kuala Lumpur dan Negeri
Sembilan.
  Setakat ini Maestro bersetuju `melepaskan' Mawi menyudahkan
penggambaran Aduh Saliha kira-kira 20 hari.
  Bagaimanapun CAK tidak pasti dengan komitmen heroin filem, Puteri Sarah
kerana kalau tak salah Sarah menduduki peperiksaan akhir di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.
  Dalam pada itu, CAK dapat tahu pelajar Diploma Perhotelan ini
ditawarkan membintangi produksi terbaru terbitan Grand Brilliance, KL
Motion dan MHZ.
  Filem berjudul Hooperz ini akan mengetengahkan Elyana sebagai pelakon
utama dengan dibantu Puteri Sarah, Anita Baharom, Juliana Evens, Melissa
Maureen dan Norzazleen Zulkafli.
  Penggambaran mengenai sekumpulan pemain bola jaring ini akan bermula
Jun depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 01:25 PM | Show all posts
Publication : HM
Edition :  
Date : 14/05/2008  
Page Number : 04
Headline : Sibuk berlatih bola jaring
Words : 818
Byline : Oleh Ramlah Zainal
Text :  


MELISSA Maureen Rizal bukan saja pemalu tapi tidak suka bercakap banyak.
Justeru, kalau orang tidak kenal pasti menganggap model, pelakon dan
pengacara berbakat ini, seorang yang sombong.
  Namun, apabila sudah kenal dengannya, tanggapan itu tidak benar sama
sekali.
  Memang, Melissa gadis pemalu tapi apabila anda sudah bercakap
dengannya, banyak perkara menarik yang boleh dikongsi bersama gadis
jelita ini.
  Dalam pertemuan Rap dengan Melissa ketika penggambaran Teman 2 di Bali,
Indonesia, baru-baru ini, Melissa mengakui dia memang seorang yang pemalu.
  "Ia sifat semula jadi saya sejak dulu. Kurang bercakap bukanlah
bermaksud saya sombong.
  "Sebenarnya, anda boleh bertanya apa saja berkaitan kerjaya termasuk
mengenai keluarga, semuanya saya boleh kongsi dengan peminat," katanya.
  Bagaimanapun, ada satu perkara yang tidak boleh dikongsi Melissa
bersama pihak media dan peminat buat masa ini iaitu rancangan
perkahwinannya dengan Malique (Too Phat) yang dijangka pada Ogos ini
seperti yang heboh diperkatakan di Internet.
  "Maaflah, saya belum bersedia membuat kenyataan lanjut mengenai perkara
itu. Apabila sudah dapat kepastian semua perkara berkaitan, barulah saya
akan buat pengumuman kepada semua. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan
kerja.
  "Saya juga tidak akan sorok berita gembira itu daripada pihak media.
  Sebenarnya, kami belum bertunang dan saya sendiri tidak tahu bilakah
akan berkahwin, mungkin tahun ini atau tahun depan," katanya.
  Pada masa sama, kata Melissa, dia menceburi bidang lakonan bukan untuk
mencari glamor seperti orang lain.
  "Sebab itu anda jarang lihat saya di mana-mana acara karpet merah
ataupun majlis anugerah. Saya memang tidak suka menghadiri acara glamor
dan menjadi tumpuan ramai.
  "Saya berlakon kerana minat. Saya akan puas apabila dapat meneroka
watak diserahkan dengan baik. Selain itu saya suka aspek kemanusiaan yang
ditonjolkan dalam sesuatu cerita itu," katanya.
  Sepanjang empat tahun pembabitannya dalam bidang lakonan, Melissa juga
menganggap dia masih dalam proses pembelajaran lagi.
  "Saya ingin meneroka cabang seni ini dulu dan masih banyak ilmu yang
perlu ditimba dalam bidang ini dari semasa ke semasa.
  "Saya juga teringin berlakon watak komedi. Bagi saya, watak komedi
paling mencabar kerana bukan mudah untuk kita buat orang ketawa.
  Setakat ini belum ada tawaran lagi untuk watak sedemikian," katanya.
  Mengenai projek baru, Melissa bakal beraksi dalam filem yang
mengisahkan pasukan bola jaring bernama Hooperz.
  Selain Melissa, ada enam lagi pelakon yang terbabit dalam cerita ini
seperti Anita Baharom, Elyana, Juliana Evan, Amy Mastura dan Dawn Marie
Jeremiah.
  Dalam Hooperz, Melissa memegang watak Wan Zulaikha yang juga rakan baik
kepada Elyana dalam pasukan bola jaring itu.
  Melissa berkata, setiap watak dalam Hooperz ada cerita mereka sendiri.
  "Filem arahan Dhojee dan membabitkan kerjasama Grand Brilliance Sdn
Bhd, KL Motion Pictures dan MHZ ini dijangka memulakan penggambaran Jun
nanti.
  "Buat masa ini, saya dan pelakon terbabit sibuk menjayakan sesi latihan
bola jaring selama sebulan dengan jurulatih bertauliah.
  "Saya memang tidak pernah bermain bola jaring ketika di bangku sekolah
kerana lebih meminati bola tampar.
  "Bagaimanapun, sejak berlatih bermain bola jaring setiap hari, saya
mula seronok dan menyukainya. Dalam pasukan Hooperz, saya berada di
barisan pertahanan," katanya.
  Selain lakonan, Melissa juga meminati bidang pengacaraan.
  Tawaran sebagai pengacara Teman 2 bergandingan dengan Belinda Chee,
bagaikan pucuk dicita ulam mendatang buatnya.
  "Sudah lama saya menyimpan impian untuk menjadi pengacara program
travelogue seperti Teman kerana saya memang minat melancong sejak dulu,"
katanya.
  Malah, ketika menuntut di Kings College, London dalam jurusan
Kesusasteraan Bahasa Inggeris selama tiga tahun (2002/2004), banyak
negara sudah dikunjunginya.
  "Saya bekerja sambil belajar di London. Ketika di sana, saya bekerja
sebagai pelayan restoran di Hotel Hilton tiga kali seminggu. Bayarannya
juga lumayan termasuk tip sekali.
  "Berbekalkan duit itulah yang saya gunakan untuk melancong ke London,
Sepanyol, Itali, Brussell dan Amsterdam. Saya memang puas berjalan kerana
dengan kad pelajar anda boleh dapat diskaun ke mana saja," katanya.
  Dalam pada itu, anak sulung daripada dua beradik ini mengakui ramai
orang menganggapnya sebagai anak `Mat Salleh' sejak dulu lagi.
  "Saya orang Malaysia, berdarah Cina dan Pakistan serta fasih berbahasa
Melayu. Saya juga tidak ada darah `Mat Salleh'," katanya.
  Sementara itu, Melissa juga mengikat kontrak sebagai duta Olay White
Radiance selama setahun.
  Sebagai duta, dia terbabit dalam semua acara yang mempromosikan produk
berkenaan.
  "Ibu yang memperkenalkan saya dengan Olay ketika berusia awal 20-an
lagi. Malah, sampai sekarang saya setia menggunakan produk ini.
  "Saya sukakan pembersih muka Olay kerana ia lembut pada kulit. Terbaru
saya menggunakan Olay White Radiance pula.
  "Saya juga mempunyai kombinasi kulit berminyak dan kering serta
mempunyai masalah berjerawat sejak di bangku sekolah," katanya.
  Kata Melissa lagi, ramai orang salah anggap dengan produk pemutih di
pasaran.
  "Sebenarnya ia bukan untuk memutihkan kulit sebaliknya untuk hilangkan
kesan hitam pada kulit, bintik, parut lama dan kulit tidak rata," katanya.
  Profil
  NAMA PENUH: Melissa Maureen Rizal
  TARIKH LAHIR: 9 Mac 1980
  ASAL: Kuala Lumpur
  KETURUNAN: Pakistan/ Cina
  PENDIDIKAN: Ijazah Kesusasteraan Inggeris, Kings College, London
  KERJAYA: Model iklan, pelakon dan pengacara
  DRAMA/SIRI/TELEFILEM: Benda Aneh Bernama Cinta, Gol & Gincu, Realiti,
Bersama, Table For Two, Akademi, Samarinda Masih Ada Cinta
  FILEM: Gol & Gincu, The Amber Sexalogy
  IKLAN: Ponds, Cadbury, Revlon, Hotlink, Levi's, Laurier
                              (END)
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 05:03 PM | Show all posts
Okay....kak Amy!
akan ditengok wayang ni...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2008 05:25 PM | Show all posts
Agak2 Elyana pakai kasut tak dlm filem ni?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 05:32 PM | Show all posts
ERNEELYA ELYANA - currently in RENJIS (TV SERIES - Astro RIA) Feat film - Gong(2006)


AMY MASTURA - previously in Bintang Hati (2004)



***

JULIANA EVANS - previously in KAMI (TV Series - 8tv) feat film - KAMI (2008)


MELISSA MAUREEN RIZAL - currently in TEMAN (Traverama - 8tv) Feat fil - Gol 7 Gincu(2005)


ANITA BAHAROM - previously in DUNIA BARU (2008)





introducing

PUTERI SARAH LIYANA - supposedly debut in Aduh Saliha (M Nasir) 2007


DAWN MARIE JEREMIAH - previously in SADIQ & Co as a supporting actress(TV - 2008)


[ Last edited by  sokmogitu at 15-5-2008 05:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2008 05:38 PM | Show all posts
seorang lagi aktres komedi remaja yang membintangi filem ini ialah

ZAZLEEN ZULKIFLI yg terkenal dengan watak Sariah dalam DUNIA BARU

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 05:40 PM | Show all posts
mcm best~!

Eh Ok ape Amy jadi coach..hehe kelainan sket.. mmg la tinggi menyumbang utk main bola jaring..tp orang rendah2 pun leh ada skill terer main... terer bab tactics ke..hehe

Wuuhuu..ada si Sariah ni!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 07:22 PM | Show all posts
MACAM BEST JER!!!

amy mastura tu faveret akak since sekolah hoccay...

mesti kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 07:23 PM | Show all posts
takde pelakon lelaki ke utk stok merembes?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 09:22 AM | Show all posts
wow...amy mastura ngan elayana 2 artis paberet aku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 10:28 AM | Show all posts
dah lama tak de filem kisah remaja & sekolah.........

mesti seronokkan........
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 12:59 PM | Show all posts
macam manarik je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 07:05 PM | Show all posts
cam best jerk citer nie. pastu ader amymastura lagik. yehe!!;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 07:12 PM | Show all posts

Reply #1 sokmogitu's post

cam best elyana & amy lak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:30 AM | Show all posts
elyana, amy, sariah!!! tgk casting pon aku dah dpt bygkan betapa lawaknye cerita nih nnt!!

besstttt......nk tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:31 AM | Show all posts

Reply #1 sokmogitu's post

ambik je album elyana-jadi diriku tuh jadi soundtrack movie nih.. sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:03 AM | Show all posts
aku nk amy & elyana berduet lagu utk pilem ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.303128 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list