CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10577|Reply: 28

Pemain bolasepak di tangkap khalwat....

[Copy link]
Post time 29-9-2007 12:03 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 28 Sept. - Bekas penyerang skuad bola kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus didenda RM2,900 atau penjara sebulan oleh mahkamah tinggi Syariah di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di ibu kota.
Khalid, 30, membayar denda itu.
Khalid, yang berkemeja warna kelabu dan seluar jeans biru dan bertopi besbol biru, kelihatan tunduk sepanjang prosiding mahkamah itu di hadapan hakim Syarie Ibrahim Deris.
Bekas penyerang pasukan Perak itu didakwa mengikut Seksyen 27 (A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes dikemukakan oleh pegawai pendakwa Syarie, Mohd Yusop Sulaiman, hasil maklumat daripada orang ramai, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu ke sebuah bilik bernombor 1814, Premier Negeri Sembilan Suite, Radius International Hotel di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pukul 9.25 pagi kelmarin.
Dalam serbuan itu, pasukan itu menemui, selain Khalid, dua lagi lelaki dan dua wanita dalam bilik itu.
Pintu bilik itu dibuka oleh seorang lelaki, Mohd Aidil Mohd Azhar yang hanya berseluar panjang tanpa baju.
Apabila pasukan penguat kuasa menyiasat bilik itu, didapati seorang wanita yang berpakaian sendat sedang duduk di atas tilam, manakala seorang lagi yang memakai T-shirt tidak berlengan dan jeans paras lutut sedang duduk di tilam satu lagi dalam bilik tersebut.
Khalid pula sedang berdiri dengan berpakaian lengkap.
Kedua-dua wanita itu, Riza Royani Hussain, 31 dan Ros Zalina M. Kaus, 31, masing-masing didenda RM2,800 atau penjara sebulan.
Dua lelaki, Mohd Aidil, 28, dan Zero Ridhuan Zainal Abidin, 28 masing-masing didenda RM2,900 atau penjara sebulan oleh mahkamah yang sama. - Bernama

Ish2 apa nak jadi ni Khalid ? :eek:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 12:07 PM | Show all posts
nih gosip ke? layan jelah...

btw first time first reply...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:08 PM | Show all posts
yg  maner satu khalid ni, ader gambar
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:14 PM | Show all posts
dia ni dh kawen ke? aku kompius la dia ngan akmalrizal
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:17 PM | Show all posts
la khalid jamlus??die ni muke cam mamak2 ckit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:20 PM | Show all posts
ada ke org main bola nama kalid jamllus? mesti main bodoh ni,tak kenal pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2007 12:23 PM | Show all posts
u tak minat bola kot kajol? pasal tu tak kenal.. kehkehkeh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:25 PM | Show all posts
yang berbaju kuning : khalid, dia tu striker.






patut ker thread ni ada kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 12:25 PM | Show all posts
la khalid jamlus ke? petikan dari mana ye ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:27 PM | Show all posts
aku tak tahu la pada korang, tapi pada aku ni, khalid jamlus ni, not bad looking.  aku rasa, dia ni terperangkap la..ataupun, dia dari bilik lain nak ajak kawan-kawan dia kluar ke.

Bersangka baik aku ni, dalam bulan puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:32 PM | Show all posts

Reply #9 hacker's post

berita harian hari ni pun ada... br baca td..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:34 PM | Show all posts
ye ke
emmm... apalah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:34 PM | Show all posts
biasa je..tak terkejut pun...manusia u ol...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:38 PM | Show all posts
rasanya ramai pemain bola yg buat keje mcm tu....cuma nasib khalid jamlus jer x baik ari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:42 PM | Show all posts
dulu ni ni kena tangkap kt disco....

kena tangkap siang hari ke? la...bagi aku ni takde ape kot...sbb diorang ramai2 kan...laen la kalo malam...ramai2 tak pakai baju..sah2 orgy..ni kalo siang xde ape kot..sangka baik skit...

small matter je ni..bukan dier je..aku pernah nmpk di akmal rizal kt hotel ngn awek mane entah....b4 dier kawen dulu

chop...ape definisi khalwat sebenarnyer..kalo english close proximityright? kena berdua-duaan ke camne..aku kadang2 leh confuse..

[ Last edited by  payrol at 29-9-2007 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:45 PM | Show all posts
Khalid ohhhhhhh khalid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 12:49 PM | Show all posts
ni tangkap ramai2..mcm bukan khalwat ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:56 PM | Show all posts
tu ler mcm mana yg dikatakan khalwat sedangkan ader 2 pompuan dan 3 lelaki.  eish musykil lak aku.

ni mesti orgy 3 plus 2.  pergh hebat

pastu sumer lak berbaju walaupun sendat n pakai capri jean!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 01:02 PM | Show all posts

Reply #6 kajol77's post

ko ni pernah follow msia football ke tak? Dia bekas skuad msia la.
dia ni dulu pemain perak. Mmg mamak pun, kawan aku punye cousin nih.
Mmg hampeh mamat ni, byk kes pun dulu. Main bola tak seberapa, kejap je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 01:10 PM | Show all posts
dia main ok actually..
cuma biasalah...bila dah glamer... ni ler jadinyee..
ada peluang dulu kat o/sea... balik pulak ke m'isa...
konon injured.... padahal...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080134 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list