CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14834|Reply: 70

Hero Melayu Sarawak

[Copy link]
Post time 5-8-2007 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Hero Melayu SarawakOleh Micheal Sering



ROSLI Dhoby dihukum gantung sampai mati
pada 2 Mac
1950.

Rosli Dhoby dihukum gantung kerana tikam Gabenor Inggeris

USIANYA ketika itu baru 17 tahun dan menjadi pelatih guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada Inggeris berakhir ke tali gantung pada 2 Februari 1950, selepas menikam Gabenor Duncan Stewart, di Sibu, pada 3 Disember 1949. Semangat kental yang mahu melihat negeri kelahirannya berkerajaan sendiri masih diingati sehingga kini.


Anak muda yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu (GPM) yang ditubuhkan bagi menentang keluarga Brooke yang kalah dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British selepas 1945.

Pengkaji Sejarah Sarawak, Dr Chang Pat Foh, berkata tindakan Rosli Dhoby adalah sebahagian sentimen antipenjajah di kalangan penduduk tempatan yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.


"Penduduk tempatan mahu keluarga Brooke (yang memerintah Sarawak dari 1839-1942) menyerahkan Sarawak kepada mereka untuk memerintah sendiri dan bukan menjual Sarawak kepada British dengan harga satu juta pound.

Tindakan Sir Charles Vyner Brooke itu mencetuskan kemarahan penduduk Sarawak yang merasakan negeri mereka menjadi barang dagangan yang boleh dijual beli," katanya pada satu majlis dialog Sejarah Hero Melayu pada Zaman Awal Sarawak, di sini, baru-baru ini.

Tindakan Charles menjual dan menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British pada 1 Julai 1946 mencetus semangat penentangan di kalangan penduduk tempatan terutama golongan cerdik pandai, kakitangan kerajaan dan guru.

Sebelum itu, dua Ahli Parlimen British, D R Rees Williams dan L D Gammans melawat Sarawak pada Mac 1946 untuk mendapatkan pandangan penduduk mengenai isu penyerahan Sarawak sebelum dikemukakan kepada Majlis Negeri untuk kelulusan.

Penduduk tempatan tidak memahami maksud sebenar penyerahan dan isu itu yang kemudian diluluskan selepas berdebat di Majlis Negeri dengan memihak kepada sokongan penyerahan iaitu 19 undi menyokong berbanding 16 undi menentang.

Keputusan itu menyebabkan bermula 1 Julai 1946, British memerintah Sarawak, bagaimanapun, ramai penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Guru dan kakitangan kerajaan dari kalangan orang Melayu paling ramai menentang penyerahan termasuk Rosli serta mereka yang menganggap penyerahan itu tidak sah dari segi undang-undang dan sebaliknya menuntut kemerdekaan Sarawak.

Rasa tidak puas hati berterusan terutama di kalangan orang Melayu yang kemudian menubuhkan GPM untuk menentang penjajah.

Atas rasa cintakan tanah air, Rukun 13 yang dianggotai 13 ahli GPM yang turut disertai Rosli mengadakan perjumpaan di Jalan Queensway, Sibu pada 21 Februari 1949 untuk mengusir Gabenor penjajah dan wakil yang lain.

Puncak penentangan GPM tiba selepas Gabenor British kedua, Duncan Stewart yang mentadbir Sarawak membuat lawatan pertama ke Sibu.

Mereka merancang mengambil peluang itu ketika Stewart melawat Sibu pada 3 Disember 1949, tarikh Rosli dipilih untuk menikam Stewart bagi memberikan gambaran kepada Inggeris yang masanya sudah tiba bagi Sarawak untuk merdeka.

Pada jam 9 pagi, ketika penduduk Sibu berkumpul bagi menyambut Stewart dan beberapa pegawai Inggeris yang tiba dalam satu barisan panjang sambil pelajar mengibarkan bendera Inggeris dan Sarawak, Rosli pula bersedia ditengah-tengah orang ramai dengan rakannya Morsidi Sidek yang menyamar sebagai jurugambar.

Kira-kira 9.30 pagi ketika Gabenor bergerak ke arahnya, Rosli terus mengeluarkan badik (senjata tradisi yang disapu racun) dan meluru serta menikam perut, sambil melaungkan perkataan: "keluar dari Sarawak atau kamu mati", pada masa yang sama Morsidi pula menyerang pegawai Inggeris, yang hanya dikenali sebagai Mr Dilks.

Mereka berdua ditangkap polis di tempat kejadian, manakala Stewart yang dalam keadaan kritikal dihantar ke Hospital Lau King Howe Sibu sebelum diterbangkan ke Singapura pada pagi esoknya dan meninggal dunia tujuh hari selepas kejadian.

Pada 15 Disember 1949, Rosli dan Morsidi Sidek serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Ramli Matsaruddin dan Bujang Suntong dihukum gantung sehingga mati di Penjara Pusat Kuching.

Pada awal pagi, 2 Mac 1950, Rosli dan Morsidi Sidek, digantung di Penjara Pusat Kuching, di Jalan Tabuan, Kuching, namun British tidak membenarkan jenazah mereka dibawa keluar dari kawasan penjara.

Tindakan itu kononnya bagi mengelakkan tunjuk perasaan dan bantahan ahli keluarga serta pihak antipenjajahan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka berdua, sebaliknya dikebumikan di satu sudut pekarangan Penjara Kuching, tanpa sebarang pengenalan pada kubur.

Nasib sama menimpa Awang Rambi dan Bujang Suntong yang dihukum mati pada 23 Mac tahun yang sama turut dikebumikan tanpa nesan.

Pada 1996, Kerajaan Sarawak merasakan adalah tidak wajar untuk wira dan nasionalis berkenaan kekal terpenjara selepas dihukum gantung 46 tahun dulu.

Dengan persetujuan ahli keluarga, kubur Rosli dan tiga rakannya digali semula dan dikebumikan dengan sempurna di tempat kelahiran asal mereka iaitu di Sibu.

Pada 2 Mac 1996, kubur keempat-empat wira itu digali semula dan tinggalan jasad dikeluarkan dan dibaluti dengan bendera Sarawak dengan penuh penghormatan sebagai pahlawan ke Padang Merdeka dan dibawa dengan dua helikopter Nuri ke Sibu yang disambut lebih 2,000 warga Sibu.

Jasad mereka dikebumikan di perkuburan Masjid An Nur pada 2 Mac 1996 iaitu bersamaan tarikh Rosli dijatuhkan hukuman gantung.

Bagi penjajah British, Rosli adalah penjenayah, namun bagi penduduk Malaysia, beliau adalah wira yang berjuang dan menggadai nyawa untuk memerdekakan negeri ini dari cengkaman penjajahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2007 06:02 PM | Show all posts
ninek ku ada ngekot gerakan dak rosli dhobi tok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 10:26 PM | Show all posts
mek ada bgeng jeras ngan ank2 buah urg ninggal rosli dhobi tok, ainie dhobi.
nindak gk kaba brita dak nya..abis sklh smua tpisah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 10:33 PM | Show all posts
Waktu ku gik kecik dolok ada eksperimen molah sigek kek. Nama kek ya "Kek Rosli Dhoby". Nak peliknya kek ya rasa undang kerin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 11:38 PM | Show all posts

Reply #4 Muntz's post

Ndang pandei ktk,kek pandei rasa udang kerin.. tanpa ditambah apa2 perisa udg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 11:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 12:20 AM | Show all posts
sapa juak hero melayu s'wak ah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 12:25 AM | Show all posts

Reply #4 Muntz's post

aok eh!kek dingkah dalam peti ais indah..hahahahah!!bau burrit bau kek ya!hahahahhahahahahahahhah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 12:32 AM | Show all posts

Reply #5 skaalo's post

Sebab diengkah undang kerin lar lalu rasa undang. Bak kata adziah... kek ya bau burit bau. Dahlah rona ijo.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 12:35 AM | Show all posts

Reply #9 Muntz's post

ukan rona ijo ajak,ada campo2 rona lain gik nak?pa tek gago wak nak molah kek nangga mak molah kek...hahhahahaha!!dahla acuan k cangikr nak stainless steel ya..hhahahahaha~!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 12:41 AM | Show all posts
maka cita rosli dobi
lalu melelat ke kek kek indah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:48 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Thanks Syd....

wah...seluruh pelusuk 'dunia' ko venture syd....   
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #11 Nape?Tak caye?'s post

teringat zaman gik kecik dolok bah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 5-8-2007 05:09 PM
Hero Melayu SarawakOleh Micheal Sering


http://img148.imageshack.us/img148/4739/roslidhobyve1.jpg
ROSLI Dhoby dihukum gantung sampai mati
pada 2 Mac 1950.
Rosli Dhoby dihukum gantung keran ...

nembiak kinek tok gago nak becacak sesama dirik:geram: ... kalaulah Pahlawan Rosli Dhoby diberik nyawa sekali lagik, mungkin nya rasa nesal bekorban nyawa pertamanya. Sik guna-guna nya bemati-matian waktu ya, kalaunya tauk kinektok pejuangannya dibalas oleh anak bangsanya sendiri dgn bebunuh sesama sendirik & membiar dirik dijajah sekali lagik dgn pengaruh dak british/ bangsa luar lain:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #14 indukdara's post

yalah, keruntuhan moral mbiak kinek makin menjadi, kinek tok mbiak mcm dah kebiasaan bercacak/bebunuh sama dirikpun,daknya anggap nyawa dah murah dah...sik pat salah sikit sikit dah nak berbunuh, most of the time, punca daknya berkelai sik da apa2 pun, kelai hal mbiak mpuan, hal berebut boyfriend, salah katik/salah guro/salah selak/salah tanga org, berebut kawasan lepak pun alu melayang nyawa.

Mun dicerita kisah perjuangan kemerdekaan oleh sidak Rosli Dhobi dan kawan2nya,  rasanya ditetak kali. Sikit demi sikit semangat patriotisme semakin ilang seiring dengan kepesatan pembangunan negara.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by Nur68 at 6-8-2007 01:52 PM
yalah, keruntuhan moral mbiak kinek makin menjadi, kinek tok mbiak mcm dah kebiasaan bercacak/bebunuh sama dirikpun,daknya anggap nyawa dah murah dah...sik pat salah sikit sikit dah nak berbunuh, ...

terlalu sedih.... derhaka nembiak kinek tok !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #16 indukdara's post

ada maca dlm paper aritok tek kah, di pasir gudang, johor  6 org remaja dr umur 12, 15  - 19thn, ditahan reman tegal daknya menculik & merogol mpuan umur 30 thn.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #16 indukdara's post

saba saba..mek tok kategori mbiak nektok juak bah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:13 PM | Show all posts

Reply #18 adziah's post

Zie,

Sik semua la...p kebykan dah gambong gilak dah..sik pat nak dicontrol agik...

mbak ilek bah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by adziah at 6-8-2007 02:11 PM
saba saba..mek tok kategori mbiak nektok juak bah...

sik perasan kmk tek koh Ziah, nutok cabik merancit kesebelah...b'smgt gilak tadik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061580 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list