CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22670|Reply: 243

adakah mustahil untuk menjadi jutawan dalam masa 30 hari?

[Copy link]
12bulan This user has been deleted
Post time 9-6-2007 03:34 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum dan apa khabar semua. saya org baru di sini. saya nak minta pendapat anda. saya ingin menjual sebuah CD maklumat yang mempunyai tajuk berikut:

1. sebab-sebab mengapa seseorang itu tidak menjadi kaya atau jutawan.
2. apa yang sebenarnya ada pada seorang jutawan.
3. kesilapan yang wajib di hindarkan kepada mereka yg dalam perjalanan menjadi jutawan.
4. faktor-faktor yang menjadikan seseorang itu jutawan dalam masa yang singkat.
5. 8 teknik yang mampu menjadikan anda jutawan dalam masa 12 bulan hingga sesingkat 30 hari.
6. nasihat-nasihat yang berguna.
7. jemputan yang akan mengubah kehidupan anda. terhad kepada 500 orang sahaja.

boleh bantu saya berapa harga yang patut saya letakkan pada CD ini?.

untuk pengetahuan anda. secara jujurnya jika anda benar-benar mempunyai maklumat di atas, berapakah yang anda akan letakkan harganya? terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2007 06:54 AM | Show all posts
agak2 tuan rumah ni akan masuk lagi ke dlm thread dia buat nih... ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 07:02 AM | Show all posts
kenape terhad 500 org je..
.....biar semua org malaysia jd jutawan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 07:51 AM | Show all posts
THE NIGERIAN GOVERNMENT IS IN ON THE SCAM

    This scam is often referred to as the 4-1-9 scam, ironically after section 4-1-9 of the Nigerian Penal Code which relates to fraudulent schemes. While the Nigerian government periodically makes grand statements that it is cracking down on the scam, it isn't -- for the reason that the scam was, according to some reports, the third-largest industry in Nigeria!!! This is just too large a business for Nigeria to crack down on -- it would be like Nevada trying to close the casinos.

    There have been numerous reports of high-level officials of the Nigerian government and the Central Bank of Nigeria personally participating in this scam, even to the extent of giving dupes tours through government buildings and showing them piles of cash in the vault of the Central Bank!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 11:20 AM | Show all posts
terhad maknanya bukan semua la boleh jadi jutawan kekeek

aku ader idea nak jadi jutawan...tak payah tgk CD ko pon tak. pa...

masuk la peraduan jutawan TM.....tak payah 1 tahun....1 hari jer dah jadi jutawan......POKCIK KAYO....tapi kena tgk nasib jugak la....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 12:27 PM | Show all posts
Bleh ker jd jutawan dlm masa 3o ari?
kalu bleh bg la skit tips ato isi kandungan CD tu kat sini than baru ler kita bincang brapa rega nak taruk....
kalu isi cam hampeh takyah ler mahal2 kasik pree jer....
jgn marah ye terkasar skit!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2007 02:09 PM | Show all posts
12bulan dah jutawan ke?
Reply

Use magic Report

12bulan This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2007 03:45 PM | Show all posts
assalamualaikum . terima kasih kerana sudi memberi pandangan, walaupun sorang pun tak beri jawapan kepada saya berapa harga yg perlu di letak, apa pun terima kasih atas kesudian anda memberi pandangan. sebenarnya teknik-teknik yang saya akan beri ialah bagaimana kita mengoptimumkan keadaan sekeliling dan mengambil kesempatan pada sesuatu keadaan.

ianya biasa kita dengar, tetapi malangnya kita tidak memberi pembaharuan kepada pendekatan yang biasa kita gunakan. satu lagi kepala kita sudah terpahat dengan ayat lama ini, " tiada jalan singkat atau pintas untuk menjadi kaya atau jutawan" itulah sebabnya kita tidak dapat berfikir dengan cara think out of the box. saya tidak kata teknik itu terlalu mudah atau terlalu susah untuk dilaksanakan, sebab perkataan susah itu mempunyai tafsiran yang berbeza bagi individu. sebagai contoh kalau anda tidak suka sejarah, sudah pasti kalau diberi  buku sejarah anda akan pening kepala hak habiskan bacaan, berbanding dengan org yg suka dgn sejarah, dia pasti dgn senang hati membaca buku itu tanpa rasa susah.

memang tidak semua orang akan menjadi jutawan, sebabnya dalam dunia ada yg jenis pemalas, tak mahu berubah, banyak alasan dan berbagai jenis org yang tak layak untuk jadi jutawan.

500 org itu adalah saya akan pilih dan akan berjumpa dengan saya, dan saya akan terangkan kepada mereka strategi yg akan saya gunakan untuk membantu mereka mendapat pendapatan yang lumayan.

insyaAllah saya akan terus berada dalam forum ini, untuk bersembang dan berkongsi idea.

kepada yang mengatakan bahawa dia pun ada idea untuk jadi jutawan, tahniah saya ucapkan. semoga anda akan berjaya menjadi jutawan.

mengenai soalan yg bertanya adakah saya sudah menjadi jutawan, perlukah saya jawab soalan itu atau memberikan testimonial wang yang saya dapat. jawapan saya, kenapa perlu saya jawab soalan itu dan kenapa saya mesti menunjukkan testimonial wang saya. saya tak paksa pun sesiapa utk membeli maklumat ini, malah saya tak katakan nak jual di forum ini, saya hanya bertanya berapakah harga yg patut saya letak untuk maklumat ini.

saya boleh ajar anda bagaimana membuat testimonial daripada slip original bank yg menunjukkan wang masuk  ke dalam akaun anda seperti air yang mengalir.

bukan saja boleh jadi dalam 30 hari, insyaAllah lebih singkat daripada itu kalau kena gayanya. skim cepat kaya pun akan jadi skim lambat kaya kalau jumpa cara ni.

oklah jumpa lagi wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


TrueHunter This user has been deleted
Post time 9-6-2007 03:47 PM | Show all posts
nak jual apa kat sini?
Reply

Use magic Report

12bulan This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2007 03:54 PM | Show all posts
kepada cik su yg bertanya tentang harga dan dah publish ke belum, saya sedang memikirkan berapa harga untuk CD ini, dan saya nak publish iklan CD ini dalam suratkhabar metro insyaAllah dalam masa yang terdekat setelah saya dapat harga yang sesuai untuk CD ini. asalnya saya ingin memberikan maklumat ini secara percuma, tetapi saya di nasihatkan agar meletakkan harga yg sesuai untuk maklumat ini, kerana orang biasanya tidak akan menghargai benda percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 03:57 PM | Show all posts
hehehehe..panjang ceritanya... apa2 pun semoga berjaya diluar kotak pemikiran biasa ..... insyaALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 04:00 PM | Show all posts
aduh!

macam-macam sekarang... tapi bagi aku "tidak akan ada kemewahaan itu datang tanpa ada usaha yang berterusan".

kalu dah 30 hari boleh jadi jutawan tu aku rasa it doesn't make sense! melaiankan ko tipu orang, jual barang haram atau buka kasino.... pendek kata yang menindas orang lain lah... hahahaaa pendapat aku saja.... x perlu percaya...

lagi pun wang datang cepat ni, cepat lah habis... bagi aku kita x perlu nak bergantung kepada nama jutawan baru dikatakan berjaya... cukuplah kalau dapat meringankan beban kewangan, maksud aku nak beli ape kita boleh beli x perlu nak budget2... maksud aku x perlu jadi jutawan dalam 30 hari tapi sekadar mampu untuk meneruskan hidup ini dengan lebih selesa sudah... kalu jutawan sekelip mata  pun orang dok merah mata nak buat ape... musti orang kata macam-macam... low profile lagi best.. ikut resam padi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 04:28 PM | Show all posts
aku nak jadi jutawan... itu cita2 yg aku idamkan... tapi yg beriman... hehehe.... tapi aku tak kejar masa 30 hari... aku keja ikut masa yg sesuai... perancangan yg betul dan modal yg cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 05:02 PM | Show all posts
kalau aku ada maklumat-maklumat tersebut,aku rasa aku buat blog free dan sebarkan kepada orang awam.Itu adalah lebih baik..Kalau semua kaya lagi bagus..ekonomi meningkat martabat kita akan lagi tinggi.Kalau pakai hosting berbayar aku akan charge sikit untuk buat ebook..kira upah penat dan hosting kira anggaran RM20-RM40 tu memang ok tapi make sure maklumat tu memang betul-betul memberi idea yang terbaik untuk pengguna..

tu pandangan aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by darkkiller at 9-6-2007 02:09 PM
12bulan dah jutawan ke?



BOLEH!  Kahwin jutawan!!

kalau lah betul...... pergh.... tak ada lah pengemis kat Mesia ni.... pasti dunia akan terkejut.... 100 orang terkaya datang dari Mesia.................................... mimpi kah aku?

tak payah susah susah aku jual diapers!
Reply

Use magic Report

12bulan This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2007 05:08 PM | Show all posts
kepada manayana,saya ni tahu basic je pasal komputer ni, kalau anda nak saya YM anda, boleh tlg ajar saya, kalau email boleh saya hantar, insyaAllah saya boleh berkongsi idea.

kepada yg nak ikut resmi padi, alhamdulillah, teruskan sikap anda,namun cuba kembali kepada kisah para sahabat, contoh ABD RAHMAN B. AUF beliau adalah seorang sahabat yg kaya raya, tetapi kekayaan itu di gunakan pada jln yg di redhai Allah. apa yg saya ingin katakan, jika kita mempunyai kelebihan daripada segi harta, banyak perkara kebaikan yg boleh kita lakukan, seprti membantu org-org yg tidak mampu dan sebagainya. persoalan utama adalah terletak kepada niat anda sendiri.

kepada yg mengatakan bahawa bahawa menjadi kaya dengan cepat itu hanya melalui jln yg tidak betul, itulah yg saya katakan kita sudah terbiasa dgn ungkapan tiada jln pintas utk jadi kaya. sebenarnya ada. di dalam tajuk yg ada pada CD yg saya buat itu ada satu perkara yg saya katakan faktor-faktor utama yg menjadikan seseorang itu menjadi kaya atau jutawan dlm masa yg singkat.

apa pun tunggu shj iklan dalam metro yg akn saya keluarkan nanti, di situ saya akan letakkan sekali wajah saya serta alamatnya. kalu saya nak tipu org, saya tak akan letak muka saya kat suratkhabar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12bulan This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2007 05:17 PM | Show all posts
saya ada buat blog free, tapi dlm pembikinan lagi, di situ saya ada letak gambar seminar yg saya hadiri dan berbagai perkara lagi, tapi masa saya ni kurang menentu, sebab org selalu tepon nak jumpa minta keje. insyaAllah dah complete nanti saya umum kat sini. macam saya cakap, saya ni tahu basic pasal komputer jadi mungkin blog saya tu simple je.

saya suka baca buku azizi ali, seperti buku jutawan dari planet jupiter, jutawan extreme. buku jutawan senyap dan anda beberapa buku lagi, ianya membantu saya berfikir dgn lebih jauh lagi. saya sarankan anda membacanya.
Reply

Use magic Report

12bulan This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2007 05:33 PM | Show all posts
saya tidak mahu menipu anda semua, biar saya jelaskan satu perkara. teknik-teknik yg akan saya beritahu nanti akan meminta pengorbanan daripada anda dari segi wang, masa, tenaga dan fikiran. walaupun begitu, bukan bermakna anda perlu berhenti kerja untuk melakukannya, kerja macam org gila atau terhegeh-hegeh mencari org sampai berpeluh ketiak. itulah sebabnya dlm iklan itu nanti saya akn letakkan satu nota yg mengatakan maklumat ini hanya untuk mereka yg ingin menjadi kaya atau jutawan dan berusaha ke arah itu. selain daripada itu dinasihatkan jgn beli utk mengelakkan pembaziran wang.
Reply

Use magic Report

12bulan This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2007 05:42 PM | Show all posts
sebelum saya terlupa, CD tu dalam bentuk suara bukan bacaan, sebab saya lebih selesa bercakap seolah-olah org tu ada depan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 05:51 PM | Show all posts
nie kene rebut cepat nie....
takut terlepas peluang kejutawanan
selapas 30 arie...
..aku nak lepak kat pulau perhentian.......bersantai ala jutawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074693 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list