dah lama dila terpikir nak buat Tajuk salaSILAH KELUARGA nih. Apa yang dilla nak buat sekarang ni dilla nak ajak PORUMER berganding bahu utk membuat salah satu aktiviti dgn tajuk yang dilla berikan ni. Salasilah keluarga ni penting utk utk mengingatkan suatu pertalian yang tidak akan putus sampai bilabila dalam suatu perhubungan keluarga. Generasi sekarang ada yang tidak mengenal ahli keluarga mereka (sepupusepapat) mereka khususnya. Jika kita tidak mengenalkan pada generasi ini makanya mereka tidak akan tahu apa pertaliaan diantara mereka. Oleh itu dilla cadangkan pada setiap porumer membuat alala FLOWCHART dgn memasukkan photo WAJAH ahli keluarga yang dimulai dengan AYAH, Ibu & adik beradik mereka yang ada kaitan dgnnya. Setiap gambar harus diberikan nama :- contoh (gambar 1) Kakak yang pertama dan seterusnya. Setiap gambar haruslah berukuran 320x240 (blog & website). Ini bagi menyeragamkan semua size gambar. Untuk memudahkan mengupload gambargambar ini sila layari laman web ini bagi memudahkan kita utk mengupload gambar yang dikehendaki.
http://allyoucanupload.webshots.com/
Setiap PORUMER akan diberi rating apabila berjaya menghabiskan kesemua flowchart bergambar ini dgn sebaiknya.Porumer yang pertama yang berjaya memulakan edisi ini akan diberikan BONUS rating pertama
Sebagai Contoh :-
MOHAMED NOH & MARLAH HAJI NAWAWI (AYAHANDA & BONDA)
Mohamed Noh Hj Abd Razak (aruah ayah)) Marlah Hj Nawawi (aruah ibu)
ANAKANAK HAJI M.NOH
bermula dari adik beradik yang sulung sehingga seterusnya. Gambar baru dan lama boleh dimuatkan disini. Yang sebaiknya gambar persorangan utk adik beradik amatlah digalakkan utk dimuatkan disini. Size gambar hendaklah mengikut seperti yang telah ditetapkan. Moga dengan adanya thread ini kita akan dapat mengekalkan budaya pertalian yang sedia ada dalam masyarakat kita khususnya. Peninggalan sejarah dalam keluarga. demi generasi akan datang kita semua tidak akan lupa satu pertalian yang luhur dalam budaya & agama kita.
[ Last edited by dilaOHdila at 2-4-2007 01:39 PM ] |