View: 9470|Reply: 56
|
Cetusan hati Polis Angkasa Gaban
[Copy link]
|
|
Aku..aku..bernama Gaban..
Bertahun-tahun aku menabur bakti mempertahankan alam semesta ini dari pencerobohan makhluk asing di ruang angkasa setan. Bertahun-tahun aku berkorban menjadikan angkasa raya ini selamat dari banjingan UFO yang melaknatkan..
Aku..aku..aku.. benci!!!
ff: Sila sambung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teman karibku, iaitu naga Gaban juga seringkali merungut keletihan dan kebosanan. Mana taknya, asal aku perlukan bantuannya saja, dengan mudah aku melaungkan kalimah sakti "Naga Gaban !!!" dan dengan sepantas kilat kau akan setia datang dan membantuku untuk melawan resaksa yang sunguh jahat serta degil itu. Kepantasan kau datang juga amat mengagumkanku (Tapi apa yang pasti timer kau datang mestilah lebih dari 0.05 saat, ITU TIMER AKU WAKTU NAK PAKAI BAJU GABAN. MANA BOLEH LAWAN BOSS !!!)... |
|
|
|
|
|
|
|
Xramai yang tau akan jeritan hati ini... tiada siapa yang tau kebosanan dan keletihan kami... Mereka(terutamanya budak2) hanya tau bersorak riang n anggap aku superhero dorang.. Pastu nak tiru gaya aku kat rumah...(patut lar... tiada tanda amaran "kids don't do this at home"..) Padahal dorang bukannyer lawan raksasa pun..hanya melompat2 dari satu sofa ke satu sofa yang lain...
Buat sepah rumah jer...
Pas tu...paling aku tekanan.. sampai sekarang lagu 'gaban' masih terdengar di corong radio... buat malu aku jer walaupun lagu tu best... Tak sangka lagu tu masih ada lagi diputarkan padahal aku rasa dah berkurun lama da.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tekak aku sudah serak acap kali melaungkan kata hikmat "HANTAR KE PLANET"....
Asyik-asyik berlawan dengan kuncu-kuncu Don Horror. Mesti dia selalu cakap bila aku berlawan "Hantar Gaban ke Ruang Angkasa Setan!"
Aku muak..M.U.A.K!!! Aku benci aku benciiiiiiii...AHHHHHHHHHHHHH |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah bosan asyik-asyik :gado:, asyik-asyik dengan kuncu-kuncu Don Horror selama berabad lama. Entahlah, aku sendiri malas nak calculate karena jika dikenang akan tambah menyakitkan kepala aku aje... Aku :malu: sebab minda aku tak berkembang,nak-nak pulak sejak usia dah :lebai: ni, dimana tenaga kudrat aku semakin berkurangan. Dan yang paling tekanan (Pinjam kata-kata starmate) ialah aku apabila kostum Gaban, (yakni pakaian rasmi waktu aku bertempur) sudah tak relevan lagi dengan saiz badan aku sekarang. Tak muatlah !!! Kalau dulu aku kelihatan teramatlah macho segak bergaya (Gaya, Mutu, Keunggulan) apabila memakai kostum tu TAPI sekarang sebijik macam bungkus nangka !!!. TIDAKKKKKKKKKK....:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa akan menggantikan aku dalam perjuangan menentang Don Horror? Siapa akan mengendalikan stesen angkasa lepas di orbit Bumi apabila aku kembali ke bumi dan ke negara matahari terbit? Ultraman? Kesatria Baja Hitam? Doraemon? Doraemon??? OHHH TIDAKKK. Jangan biarkan Doraemon ambil-alih tempatku ini. Nanti ranap masa depan bumi...
ARGGGGHHH....ARGGHHHHH... Hantar ke planet!!! |
|
|
|
|
|
|
|
:geram: Ahhh...ahhhh!! Cip komputer pakaian besi aku sudah hendak meletup kerana aku telah kena migrain berpanjangan...:geram::geram::geram:
[ Last edited by LLM at 20-12-2006 04:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kelemahan aku ialah migrain. lazimnya lepas aku selesai dari misi, pasti aku akan diserang migrain. Tahap keterukannya adalah bergantung kepada saiz resakse yang aku fight. Lagi besar saiznya lagi teruklah aku menderita dan pernah aku diusung ke spital oleh nagaku sendiri (Tunggu ambulan lambat sangat...)...
Apabila aku diserang migrain, memang aku "out" macam mesin teller ATM kehabisan wang tunai. Tu yang aku terlantar kat katil je sambil tengok tv. Tapi yang aku tensen, asal aku bukak tv je mesti ada citer Gaban, asal citer Gaban je mesti aku bukak tv. Teramatlah :malu: serta mendatangkan aib yang tidak terhingga apabila melihat aksiku sendiri di kaca tv.
Aku tak tahu apa kesudahannya hidupku ini. :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Aku melihat kronometer stesen angkasa lepas aku. Aduh, Hari Natal lusa..Aku terlalu sibuk berperang di angkasa sampai terlupa untuk membeli hadiah untuk rakan taulanku di bumi. Dengan perasaan maha bengang aku mengujarkan perkataan yang tersohor itu buat kali ke 50 juta "Hantar ke planet!!!" dan turun di daerah membeli-belah Tokyo dan bergegas membeli hadiah. Orang-ramai terkejut beruk melihat aku berpakaian uniform polis angkasa beratur di kaunter pembelian..
Ahhh..aku bengang..habis elaun aku yang cuma beberapa yen sahaja..Mengapa gaji tak pernah naik? |
|
|
|
|
|
|
|
:geram: Waktu aku beratur di Jusco Horoshima itu, memang aku jadi tumpuan semua terutama budak-budak kecik. Habis dikerumunnya aku nak mintak sain autograf. Hek eleh, ada yang siap nak berposing kat sebelah aku lagi. terjerit-jerit diorang suruh aku senyum dan "Say Cheese"..."Cis" !!! Aku kan pakai topeng, mana korang nampak aku tengah senyum ke, tengah meraung ke.
Rimas betul aku dibuatnya, dah le aku ni jenis fobia dengan pancaran flash kamera ! (Tak kisahlah kamera pakai kodak, kamera digital, hatta kamera hp sekalipun).
Namun, di celah keramaian manusia itu, aku terlihat kelibat seekor...ehh... silap... seseorang yang amat mencurigakan dan teramat-amat ku kenali yang sedari tadi asyik memerhatikan setiap gerak-geri aku. Apasal la dia ni mesti ada kat mana-mana aku berada?...Beliau ialah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun Baru sudah menjelma..Apakah azam aku tahun ini? Sama seperti tahun lepas. Memusnahkan ancaman Don Horror dan pengaruhnya! YAHH.. Aku akan berjuang untuk memastikan tugasku sebagai polis angkasa lepas akan berjalan dengan lebih lancar.. hancurkan kumpulan Don Horror!! Hantar ke Planet!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku hanya menyaksikan keriuhan sambutan tahun baru dari kejauhan saja, tak berpeluang untuk turut menyertai keramaian tersebut. Sedih hati aku tau tak.... |
|
|
|
|
|
|
|
adehh.. kreatif gak yea..
nanti sesenang ct buh keledek sensorang! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nbv4677 at 1-1-2007 12:57 AM
Aku hanya menyaksikan keriuhan sambutan tahun baru dari kejauhan saja, tak berpeluang untuk turut menyertai keramaian tersebut. Sedih hati aku tau tak....
Sedih bila melihat x ada penjahat yg nak berlawan dgn aku..kali nie dah masuk tahun baru yg ke-5 tak der pun penjahat yg buat jahat dkt org semua buat baik jer!! |
|
|
|
|
|
|
|
Maka kekosongan di tahap cipan ini aku penuhi dengan bersiar-siar dengan nagaku, kekadang merempit dengan motor otai tu...Alangakah bosannya apabila mat-mat rempit di sini tak berminat nak racing dengan aku dengan alasan aku tak setaraf dengan diorang. Oh! Terlalu subjektif tanggapan "Tak Setaraf" itu. Kebarangkaliannya ialah samada "Aku terlalu handal" atau "handal terlalukah aku?"... Oh pening kepala aku memikirkannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Copatlah Sambung...
Den sampai ngigau nak baco cito gaban nih.. hu hu hu |
|
|
|
|
|
|
BeruangKutub This user has been deleted
|
aku hanya membiarkan nagaku membawaku ke mana saja die suka. breknyer membuatkan aku terkejut. berhenti betul2 di tepi LRT masjid jamek. Uncle si penjual sotkabar memandang ku sinis. aku keliru....
tiba2 aku terpandang headline sotkabar utk hari ini. "cicakman: hero terhebat di alam semesta". terpempan aku dgn berita itu. tak pasti dgn perasaan sendiri di ketika itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh, terpukul rasa hatiku melihat headline suratkhabar itu. Cicakman??? Memang aku sudah hampir lapuk ditelan zaman. Aku hanya wira angkasa abad ke-20. Mungkinkah telah tiba masa aku kembali ke stesen angkasa lepas dan mengemudikannya jauh dari orbit bumi. Dan pergi ke sistem cakrawala yang lain? Berkhidmat untuk makhluk asing yang lebih memerlukan kehadiran seorang wira? Otakku semakin berkecamuk memikirkan perkara itu. Tambahan pula cuaca panas menaikkan suhu pakaian besiku itu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|