CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9096|Reply: 32

Apa Itu Mengumpat?

[Copy link]
Post time 8-12-2006 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Apa itu mengumpat dalam definasi Islam?

Bila dan bagaimanakan mengumpat itu salah dan berdosa?

Biasalah kita hidup ni bertembung dengan banyak manusia berbagai ragam. Kekadang tu geram... and bila geram tu kita cerita kat kawan kita apa sikulan kulan tu buat kat kita, dan sebagainya. Kalau simpan dalam hati, berulat pulak hati kita nanti...

Apaka batasannya dalam mengumpat?

Saya tahu mengumpat itu berdosa, dan rasa tak mahu pulak bagi pahala yang kita kumpul tu kat orang lain.

So, macam mana?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2006 11:35 AM | Show all posts
ASM.
apa dia mengumpat?
maksud mengumpat ni mengata kan hal seseorang atau satu kumpulan orang kepada orang lain, tak kiralah atas niat baik atau tak baik. Untuk lebih tepat, boleh rujuk kitab atau buku-buku yang banyak di pasaran.
Hukum pasal mengumpat ni pun ada, hadith Rasulullah pasal mengumpat sama macam makan daging saudara sendiri pun ada. Semua tu aku rasa awam dah maklum.

Bila dan bagaimanakan mengumpat itu salah dan berdosa?
Mengumpat tu hukum dasarnya berdosa kerana boleh membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Biasalah kita hidup ni bertembung dengan banyak manusia berbagai ragam. Kekadang tu geram... and bila geram tu kita cerita kat kawan kita apa sikulan kulan tu buat kat kita, dan sebagainya. Kalau simpan dalam hati, berulat pulak hati kita nanti...
Kita kena bersabar dan redha. Contohnya, dalam forum begini pun kita akan jumpa berbagai ragam manusia. JAdi sabar saja sebab kita sendiri pun buat salah dan silap.
Sebenarnya kalau kita amal betul-betul apa yang Allah dan Rasul suruh, tak ada rasa terbuku dalam hati. Kita akan luah segalanya pada dia dalam doa kita, dalam solat, dalam tangisan kita mengadu pada dia. Kita ingat dan sedar serta percaya bahawa Allah akan bersama orang yang sabar. Biarlah orang nak berkata buruk tentang kita, nak rasa dirinya lebih baik, nak rasa kita ni lemah atau sebagainya tetapi hakikatnya...orang itu sendiri tau bahawa dia hidup dalam takluk Allah SWT. Ada orang pesan pada aku "Allah tak kan menyebelah orang yang salah" itu hakikat. Sapa pun akan akur tak kira sebesar mana kata dan lagaknya...Kalau ada orang buat hang geram, hang cuba senyum ja bak kata orang "yang terhandal adalah orang yang boleh senyum di mata musuh"

Apaka batasannya dalam mengumpat?
Tak wujud batas dalam mengumpat kerana mengumpat tu sendiri tak ada daerahnya. Maksud aku, tak perlu mengumpat. YAng buruk balasnya buruk...orang sombong ni tak kemana. Orang mengumpat tu samalah dengan orang sombong. HAnya orang yang merasa dirinya lebih baik saja akan mudah mengatakan salah orang lain dihadapan orang...Tips untuk mencari rakan sejati: Orang yang tidak mengumpat orang di depan kita, insyaAllah itulah teman sejati.

Saya tahu mengumpat itu berdosa, dan rasa tak mahu pulak bagi pahala yang kita kumpul tu kat orang lain.
Jika kita tau, maka cubalah jauhi. Jangan dibiasakan diri kita begitu. Lama lama jadi kebiasaan, kita sendiri rasa malu untuk membuka buruk orang di hadapan ramai. Kalau kita biasa begitu, orang pun dengan sendiri akan tau kita ni jenis tak suka mengumpat. Depa akan segan sendiri bila berdepan dengan kita dan tak gamak nak megumpat jika kita ada bersama. Ini hal memang terjadi.

So, macam mana?
Rasa ingin membuka buruk orang itu datang dari nafsu yang tak sihat. Ubat yang aku rasa paling mujarab ialah kita belajar mengurangkan bercakap, apa lagi hal-hal yang tak berfaedah. Banyak dalil tentang benda ni tak perlulah aku tulis di sini.Aku sendiri pun hanya budak terus belajar...
Walau bagaimanapun, ada ketika mengumpat di haruskan. Bila keperluan itu atas sebab sebab: keselamatan, membaiki silatulrahim, menjaga amanah (lebih-lebih lagi amanah anak yatim), membimbing orang ke jalan Allah (seperti memberi contoh ketika ceramah dll), merapat hubungan suami isteri dll. yang lebih kurang begitu. Tapi jangan pulak kita sandarkan mengumpat tu tiap kali untuk kebaikan. Itu satu faham yang salah.

WaAllahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 05:42 PM | Show all posts
menceritakan ttg hal peribadi orang biar pon perkara itu betul.....itu... MENGUMPAT
ttp kalo kita memperkatakan ttg yg tak betul.....itu... FITNAH
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:37 PM | Show all posts
Mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang di belakangnya namun kalau menceritakan kebaikan-kebaikannya maka itu bukanlah mengumpat. Namun demikian ada ulama yang berpendapat adalah perlu untuk menceritakan keburukan seseorang itu jika benar ia lakukan untuk pencegahan contohnya jika ia boleh mendatangkan kerosakan kepada ugama. Orang-orang yang melakukan penyelewengan2 ugama seperti Abuya perlu di dedahkan kepada umum dan ini rasanya bukanlah kategori mengumpat.

[ Last edited by  Gravedigger at 9-12-2006 09:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:03 AM | Show all posts
Salam
Saya tahu mengumpat itu berdosa, dan rasa tak mahu pulak bagi pahala yang kita kumpul tu kat orang lain.

Ada ke hadis yg mengatakan kalau kita mengumpat org, org yg menjadi bhn umpatan tu akan dpt pahala kita?

menceritakan ttg hal peribadi orang biar pon perkara itu betul.....itu... MENGUMPAT
ttp kalo kita memperkatakan ttg yg tak betul.....itu... FITNAH

Sekarang ni siap diadakan lg ruangan utk mengumpat.   Boleh tuduh/umpat/fitnah org sembarangan sebabnya mudah saje.... bersembunyi di sebalik PC.  :geram:
Kat cari ni aje pun dah cukup ramai pemakan2 daging nih! Semuanya meLAYU. meLAYU BOLEH! (ops! termengumpatkeni?)
Benarlah sabdaan Baginda bhw akhir zaman adalah zaman FITNAH.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:24 AM | Show all posts
Mengumpat ialah menceritakan hal seseorang sama ada cerita yang baik atau yang buruk  kepada orang lain.  Dan sekiranya hal berkenaan diketahui oleh tuan punya diri, dia tidak suka.  Terutama bila bercerita kita siap menyebut nama orang berkenaan.

Ada yang mengatakan sekiranya kita mencerita sesuatu keburukan yang telah dilakukan oleh seseorang dengan tujuan menjadi peringatan kepada orang lain tanpa menyebut nama orang yang terlibat (langsung tidak memberi hint, siapa orang berkenaan), itu tidak dinamakan mengumpat.

Islam menyuruh kita mejaga aib sesama islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2006 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 11-12-2006 11:03 AM
Salam

Ada ke hadis yg mengatakan kalau kita mengumpat org, org yg menjadi bhn umpatan tu akan dpt pahala kita?


Sekarang ni siap diadakan lg ruangan utk mengumpat.   Boleh tuduh/umpat/fitn ...


Riwayat Al-Tarmizi

"Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan kepada para sahabat tentang sifat seorang muflis, iaitu seorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa bekalan solat, zakat dan puasa dalam masa yang sama turut dibawa amalan-amalan mungkar yang dilakukan seperti mencaci orang, menuduh orang berzina, memakan harta orang lain, melakukan persengketaan dan lain-lain.  Lalu Allah membahagikan pahala kebaikan yang dilakukan untuk mereka yang pernah menjadi mangsa perbualan jahatnya, sehingga habislah kebaikan yang dilakukan lalu dilemparkan kejahatan yang dilakukan oleh mereka tadi untuk dipikul ke atas bahunya sehingga akhirnya dihumban ke neraka"

[ Last edited by  haniman at 11-12-2006 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 02:48 PM | Show all posts
mengata seseorg yang tidak ada bersama bilamana kita bercerita dan mengaibkan seseorg...
berdosa hukumnya kalau mengumpat org..
x baik utk hati kita
kalau bolehelakkan benda2 macamni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 03:18 PM | Show all posts

Reply #7 haniman's post

Jazakallah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 11-12-2006 03:18 PM
Jazakallah


Aminm mudah-mudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:09 AM | Show all posts
ASM.
sekarang ni, kalau kita tengok dan cerap di sekitar kita, mengumpat sudah jadi seperti perkara biasa...tak kira lah di mana pun, hatta di masjid pun hal begini boleh terjadi..malang, orang sudah tak melihat itu sebagai satu hal yang hina tapi lebih disokong dan ditambah...
Harus semua tu terjadi kerana kurang rasa "kekurangan diri" dan selalu merasa diri betul. LAin dari tu harus juga kerana zaman sekarang, orang tak berapa jaga bab makan minum. SAtu lagi yang harus juga, kini tiada lagi budaya menuntut ilmu dikalangan orang Islam. Contoh, Ilmu tentang solat. Kini tak ramai orang yang betul-betul mempunyai guru yang mengajar dia solat. Agama Islam sekarang sudah jadi seperti warisan. KErana itu Ilmu tentang agama yang sebenar, sudah hakis dari masyarakat. KEsannya, apa yang kita tengok sekaranglah. Oang muda kehilangan arah, rasa tinggi diri membuak-buak hingga tiada siapa boleh menegur. YAng berumur jugak tidak terlepas. Sedangkan sebenarnya, menjadi orang Islam itu mesti berilmu dan tahu. Sekurang-kurangnya hal-hal fardhu ain dan sikit-sikit berhubung tauhid, mesti ada. Kini tak hairan jika orang Islam tak pandai membaca Al-Quran. BAgaimana mungkin Ilmu Agama, boleh turun ke dalam nuraninya jika hal asas begini tidak diperhatikan.
MAsyarakat pula semakin menggila dengan budaya berbagai. Kini melihat anak dara melayu Islam yang tidak seperti sepatutnya sudah menjadi biasa. YAng lelaki juga lebih kuranglah. PEngaruh media, permainan dll. sudah jadi sebati dan dianggap kemestian dalam hidup. Budaya berhibur kini diangkat martabatnya amat tinggi sehingga mengatasi Agama...
KErana itu elok kita merenung sejenak, agar dapat kita semak semula "akaun" kita. KErana mati bila-bila, tapi amal belum tentu ada...Jauhilah perbuatan mengumpat kerana perbuatan itu memang tak elok.

Moga kita jadi orang yang berbakti...

WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 04:25 PM | Show all posts
abis kira dorang yg kat board gossip tu ngumpatlah eh? bahasa diorang cantek betul..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 09:39 PM | Show all posts
mengumpat hukumnya berdosa..
kalau terdengar orang tengah mengumpat,
baik pi jauh2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 01:55 AM | Show all posts

Reply #12 pinkunoneko's post

takyahlah nak judge orang

apa perasaan kau bila org judge kau plak..
adakah reaksi kau
"suketi aku ler.."
dan sewaktu dengannya

kita smua tahu kita tak sempurna
wajar utk saling menasihati...
tapi...bukan nya mengadili
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 22-1-2007 09:39 PM
mengumpat hukumnya berdosa..
kalau terdengar orang tengah mengumpat,
baik pi jauh2...


tau takpe..
hehehe
ni..takpe
saya baca jek..
ekekekkeke


apapun aku wasa....ada banyak beza mengumpat dgn cerita

contohnya..kalau perkara tu mmg dah terang lagi bersuluh

si polan dijatuhkan hukuman mati..
then org tanya
napa...eik dia kene gantung..aku slama ni akt overC
kau pun citer la apa yg patot..bagi aku tu bukan mengumpat


ahhh..berusaha la jadi baik ..peringatan utk diri sendiri jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 06:20 AM | Show all posts
ASM....

aku baru tau.. aku kawan aku ngutuk aku kat belakang...  dah ler dia tuh housemete aku dan opismate aku....

.. aku tak tahan.... tp aku buat tak tau jer depan dia just like nothing happen... padahal dlm ati aku berasapp giler nie...

.. soo aku pon ngadu lah kat 3 org best fren aku... soo aku nie dah kire ngumpat jugak laa kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #14 Duta lover's post

no i am not judging anyone..i just wanna know whether kutuk mengutuk artis kat board gossip tu berdosa ke tak..serupa gak kat sana, they are judging people tu..kalo artis yg dorang kutuk2 tu cakap suka atilah..????so dorang pon kena menasihati gak kan? not mengadili...siapalah kita nie nak mengadili sesama manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 11:38 AM | Show all posts

Reply #17 pinkunoneko's post

kutuk tu dah sah2 berdosa
hehek...

takdalah
aku nampak posting kau..beking2 si hendon toh
tuh yang aku saje je mengusik

huhuhu...i lap u babeh...arap jgn terasa :love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 23-1-2007 06:20 AM
ASM....

aku baru tau.. aku kawan aku ngutuk aku kat belakang...  dah ler dia tuh housemete aku dan opismate aku....

.. aku tak tahan.... tp aku buat tak tau jer depan dia just like nothing  ...


huhuhu
aku rasa tu bukan ngumpat la
tu sesi meluahkan perasaan..ala2 kaunseling
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 12:03 PM | Show all posts

Reply #18 Duta lover's post

ala takde menda pon...cuma kengkadang takut baca komen dorang tuh...kita kan sesama kat bft kan..muahahahhaha.......chill.....lepak bft lagi best takyah pening2 kepala hikhikhik..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.106814 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list