|
Asalamualaikum...
Emel ni aku baru terima hari ni (18/7/06) Aku copy paste kat ruangan ni untuk tatapan dan tindakan bersama... Terima kasiht
ASSALAMUALAIKUM WBT;
DOAKAN SUNGGUH-SUNGGUH SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KITA, KELUARGA, MALAYSIA DAN
SELURUH ALAM INSYA-ALLAH. TERSELAMAT DARI FITNAH ORANG-ORANG KAFIR NI. INI
SEMUA FITNAH AKHIR ZAMAN. SEMOGA ALLAH PANDANG DOA DAN PENGORBANAN KITA
INSYA-ALLAH.
HISHAM @ 14/07/2006
KAM: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin),
beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI
JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC)
sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,
pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk
membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang
Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri
(0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi
penerangan tentang perkara ini. Sila sebarkan berita ini kepada semua
orang Islam kerana isu ini amat serius...
APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA??
KITA HANYA ADA DUA PILIHAN..... TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN....
1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 )
ATAU
2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP (Dengan tidak membuat
apa-apa)
ATAU BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.
[ Last edited by fleurzsa at 3-9-2006 11:03 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Bagus Tenuk. Aku pon nk kongsi samer emel yg aku dpt:
Subject: Resolusi bantah IFC: Murtad akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja
Brothers All,
Pls take heed that there will a BIG gathering in Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL in protest of Article 11 Group/IFC with regards to kes murtad and the far-reaching threat that it can pose to the powers/sovereignty of Syariah Court in dealing with cases that involves Muslims and Islamic legal issues in Malaysia.
Agenda: Pertemuan Sejuta Umat Islam Pertahan Aqidah & Syariah.
Forum Syariah Dan Cabaran Semasa anjuran Persatuan Ulama dan TERAS dgn kerjasama JAWI serta NGO-NGO Islam.
Time: 9 pagi
Date: Ahad , 23Julai 2006
Venue: Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jln Duta.
Isu2 yang akan dibincang:
1) Tuntutan IFC,
2) Article 11 Federal Constitution dan kes murtad Lina Joy ,
3) Kesannya ke atas kuasa Mahkamah Syariah dan masa depan Islam di Malaysia
4) Kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan persekutuan.
5) Ancaman gerakan Islam Liberal.
I urge everyone to come & listen and try to understand why the issue facing the Malay /Muslim ummah in Malaysia is very dangerous and why it is considered as campurtangan golongan2 tertentu yg berniat jahat dalam urusan2 umat Islam di Malaysia.
As Muslims, we should at least seek first to understand ! Pls show your support. Come & listen.
Tolong SEBARKAN!!!!!
Best Regards,
Khairul Asman Bahrom |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nanti jadi la mcm indonesia la gamak nya...
ORANG YANG BERFIKIRAN SEMPIT
Orang yang hanya memikirkan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kekayaan, perkahwinan sekalipun pandai orang yang tidak ada cita-cita besar
Orang ini dia akan berjuang di sekitar apa yang telah diperkatakan
Berjuang untuk individu yang sempit atau untuk peribadi yang sempit
Orang ini kalau dia memperkatakan agama, bangsa dan negara hanya berslogan atau untuk menyedapkan percakapan
Mereka itu agama rosak, bangsa mundur, negara terancam dia tidak susah hati
Yang mereka susah hati hanya terhadap dirinya
Orang ini payah hendak berkorban untuk agama, bangsa dan negara
Padahal agama adalah hidup mati, bangsa adalah kita sendiri, negara tempat tinggal kita rumah rakyat, rumah kita
Kalau ketiga-tiganya itu tidak selamat kita juga tidak selamat
Begitulah orang memikirkan peribadi, fikirannya sempit, jiwanya sudah mati sebelum kematian tubuh kasarnya
Orang berfaham individu ini ramai pun tidak berguna
Ramai pun tidak menjadi kekuatan bahkan menyusahkan
Ramai tapi hidup nafsi-nafsi, hidup sendiri-sendiri
Di zaman ini ramai umat Islam hidup begini
Kasih sayang sudah mati, ikatan hati putus sama sekali
Apabila ikatan hati tidak wujud perpaduan dan kesatuan payah terjadi
Begitulah di antara negara Islam dengan negara Islam perpaduan jauh sekali
Itulah sebabnya musuh mempermainkan umat Islam sesuka hati
Walaupun begitu umat Islam masih tidak sedar diri
Musuh mempermainkan umat Islam macam buah catur
Mereka catur umat Islam sehingga jatuh maruah diri
Umat Islam hari ini mana ada fikir maruah
Yang penting senang dan mewah, sekalipun terpaksa agama, bangsa dan negara diperjudi
Begitulah umat Islam yang cinta dunia dan takut mati
Maruah diri sudah jadi rendah maka malu pun tercabut daripada lubuk hati
20.6.2004
Menjelang tidur
Koleksi Sajak-Sajak Nukilan Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
[ Last edited by paranormal_85 at 18-7-2006 12:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku mencelah...
minta maaf, aku cuma sgt bersetuju.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
HANYA TUHAN YANG BISA
MENYELAMATKAN ORANG ISLAM
TAK KIRA DIMANA MEREKA BERADA
bukannya manusia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Berkaitan Lina Joy [TeNuK, rifa0710, dhani, MJ, MENJ, Pejuang abadi
Jika Islam digugurkan dari MyKad & petisyen
Assalamualaikum
Sanggupkah anda?????????
Mutakhir ini terdapat satu usaha berterusan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjejaskan kesucian Islam di Malaysia, Antaranya ialah cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, kes2 Kamariah Ali, Muhammad Abdullah@Moorthy dan Shamala, gerakan kumpulan "Article 11" danyang terkini kes permohonan murtad Azlina Jailani (Lina Joy)
Orang-orang seperti lina joyi sentiasa dibela dan ditaja oleh pertubuhan besar kafir. Perbelanjaan yang besar bagi membawa kes ke Federal Court ditanggung oleh mereka. Dan mereka akan sentiasa menggunakan orang-orang seperti lina joy untuk mencapai matlamat mereka memusnahkan agama Islam. Masalahnya di negara kita terlalu ramai yang ingin hidup senang lenang dan bebas. Apabila disogok dengan wang ringgit mereka sanggup menggadai maruah bangsa malahan agama Islam sekalipun. Ini semua didorong oleh iman yang lemah dan sentiasa inginkan keduniaan. Oleh itu lah, mereka ini cuba memutar belitkan ajaran islam seperti apa yang dibuat oleh SIS.
Mari kita sama2 berjuang menegakkan hak kita sebagai umat Islam , demi agama suci Islam, demi masa depan anak cucu kita, dengan menandatangani petisyen ini. Kempen sejuta sebelum 4 Ogos 2006....
http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/
[ Last edited by fleurzsa at 27-8-2006 03:08 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nama "ISLAM" dilupuskan dari My Kad, maka mudah bagi orang Islam untuk melakukan kesalahan berkaitan dgn agama Islam spt berkhalwat, zina, minum arak, tak puasa dll. Bila diserbu oleh Pegawai Pencegah Maksiat maka dengan mudahnya mengaku " Saya Bukan Islam".....sanggup ke kita menghadapi situasi ini..:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
sb tu pentingnya murtad ni mahkamah syariah diberi bidangkuasa.so bolehla diaorg buat keputusan pasal mende camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengetatkan perundangan negara pun bukan satu jaminan tadak org boleh murtad .. pelbagai cara lagi nak murtad ni contoh tukar warganegara |
|
|
|
|
|
|
|
tukar warganegara boleh murtad? biar betul.ke maksud ko kalau nak buang islam dlm ic tu kene tukar warganegara? |
|
|
|
|
|
|
|
maksud GX... murtad kemudian tukar warganegara. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai org murtad dah kat malaysia ni.tapi tak declare officially.diaorg still jalani hidup mcm org melayu biasa.. sbb nak cover.org yg mcm ni pada aku lebih bahaya daripada org melayu yg kita tahu dah declare murtad.sbb org2 mcm ni ada dlm masyarakat tanpa kita sedari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 2-8-2006 08:29 PM
maksud GX... murtad kemudian tukar warganegara.
Betul tu... Mod Ibnur ... sekurang2nya sah dari segi perundangan ..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ISLAM tu cuma letak di MYKAD...
tapi perangai sendiri pun tak mencerminkan keislamanan
buat apa....!!!!
Islam yang terletak di MYKAD nak dipertahankan..
tapi keperibadian Islam dibiarkan ...!!
Orang yang bising ni seolah-olah takut NAMA ISLAMnya hilang..
tapi keperibadian Islam hilang tak apa.. kerana di MYKAD masih kata dia ISLAM...
inilah dunia akhir zaman....!! orang lebih mempertahankan NAMA/LABEL ISLAM !! |
|
|
|
|
|
|
|
inilah rapuhnya iman umat islam di malaysia pada akhir zaman ini.
ingatkah kita kes Natrah di Singapura dulu tahun 50? natrah dipaksa kembali ke pangkuan keluarganya dan sekaligus dipaksa masuk semula kristian? berlaku rusuhan dan korban oleh orang islam yang sayangkan agamanya.
sekarang..islam diinjak-injak depan mata...orang islam buat apa???
sekurang-kurangnya kita tubuh ngo yang benar-benar jitu dan mantap untuk membela islam.
nah sekarang bangsa kafir bersatu dan semakin tunjuk taring..hal-hal agama telah mula dibincang secara terbuka walaupun tertutup dalam forum dll.
nasib baik kerajaan menghalang isu-isu sensetif dibincangkan kalau tidak makin galak le dorang tu.:geram::geram: |
|
|
|
|
|
|
|
ini laa akibatnya bila hendak sangat mengikut undang2 sendiri.. undang2 islam taknak pakai.. dok pertikai camni camtu.. bila jadi camni.. dok pikiaq sapa yang patut dipersalahkan..
kalau laa dalam perundangan islam ni hanya satu sahaja pemerintahan tak kira kau dok negara mana pun.. insyaallah tiada masalah dalam hal perntadbiran islam. hmm. tapi kalau nak tunggu saat itu.. tunggu hari nak kiamat laa nanti... huuhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ini adalah cerita mengapa Lina Joy boleh murtad yg saya ambil dari website al-ahkam
Ni adalah laporan dari beberapa sahabat saya yg berkunjung ke rumah Lina ni-saya edit sedikit ceritanya atas beberapa sebab.
Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si
Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka
yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas
kepada umat Islam lain?"
Tengahari tadi gejolak dalam jiwa sayaitu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya diUSJ.
Bapanya yang berasal dari Kancong Darat sudah lama
meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Pensyarah dari UIA, beberapa orang dari agensi kerajaan, adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibusaudara, adik
lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu
bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya.
Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan.
Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10
tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah
suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika
beliau di penghujung usia.
Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah
keluarga melayu biasa yang menunaikan perintah
agama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak
tudung atas kepala, tapi rambut covered . Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan,ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu,
(semua ni gambaran umum mengenai keluarga ni)
Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina)sebagaimana orang lain,
pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah (Sri Aman- PJ)
balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di
Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dan puasa dengan
sempurna.
Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun
lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada
keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat
dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan
Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun
terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila
kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu siJohnson
inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanyakebaikan si Johnson
ni ada makna!
Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson,
kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum
bersedia. Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan.Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila
diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah
rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk
to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3
minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk
Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".
Walaupun begitu,menurut ibunya, dia tetap balik
selepas dia menjadi begitu dan berhubung dengan
ibunya.
Kata kakaknya, Azlina ni very vocal, firm, English
speaking dan agak
dominant dalam keluarganya. She's now 42, according to
the family
dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu
outcome of this
case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata
dah kahwin di
church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on
her mykad.
Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu
sangat-sangat
berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan
keluarganya
dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa
kerana ada beberapa
individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba
berusaha untuk
membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi
pun dengan si
Lin tu.
Oleh itu shitbercadang untuk membawa Mak Som berserta
keluarganya ke Majlis
Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk
memberi peluang
kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya
Lin dikembali
kepangkuan keluarganya dan agamanya. Kalau boleh juga
ke sidang akhbar untuk memanggil Lin keluar dari
tempat persembunyiannya.
Mengikut ibunya, dia tidak putus terus hubungan dengan
Lin, semasa dia menelefon ibunya, ibunya sentiasa
memujuk ajar meninggalkan semua itu, Lin akan menangis
begitu juga ibunya, tetapi Lin menyatakan dia tidak
dapat kembali semula.
Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan
positif
kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah
untuk kembali
ke jalan Allah.
Cerita dari tytsezh
Panel Feqh Al-Ahkam
http://al-ahkam.net/home/modules ... ewtopic&t=30598 |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat kat takkan kecoh selagi nama Islam dikekalkan dan orang melayu masih dilarang murtad... jadi orang buat tak kisah..
kerana orang yang murtad tu masih dikira Islam...
kalau anak sendiri murtad, keluarga masih cakap anak saya masih Islam... ICnya masih tertera agama Islam...
Andainya perlembagaan membenarkan orang yang secara praktikal ni DAH MURTAD menukar agama ... baru masyarakat akan ambil kisah hal ni...
kenapa !! Kenapa anaknya dah secara rasmi & amalinya telah murtad...!! Baru ibu-bapa golongan ini dikutuk dicaci masyarakat tak pandai jaga anak !!! Baru pemimpin & ulama nak bersusah payah mengajar masyarakat mepraktikan Islam yang sebenar..!!
Tapi sekarang ni soal tu tak timbul karana mereka boleh jawab : ' ICnya masih tertera ISLAM!!" Senang cerita..!! walaupun orang tu sbenarnya sudah murtad menurut hukum syarak !!! Jadi Islam cuma tinggal pada Nama & IC !! |
|
|
|
|
|
|
|
sebarkannnn....demi islam tercinta...
Assalamualaikum..
Saudara2ku..
Hari ini adalah tarikh tamat (04/08/2006) petisyen IFC for Lina Joy's supporter....Mereka telah mengumpul tandatangan 50ribu penyokong...saya merayu kepada saudara2 islam sekelian menolak petisyen tersebut dgn menandatangani petisyen di laman www.myislamnetwork.net. Kita cuma ada 30ribu tanda tangan...Masih belum terlewat...Ya Allah..Selamatkan lah islam di negara kami ini....amin.
:pray::pray::pray: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|