CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25751|Reply: 35

Orang Kelantan Melayu Sebenar?

[Copy link]
ChronoReaper This user has been deleted
Post time 31-7-2006 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Oleh ROZILAN SALLEH

PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

揃agaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

揑a berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 06:00 PM | Show all posts

salam,

Aspek-Aspek Budaya Ekonomi Masyarakat Kelantan Sebelum 1909

Oleh Zaidi-Saidi Ibrahim*

SEJARAH sosial Kelantan, terutamanya sebelum British mengambil alih sistem pentadbiran, tidak pernah diberi perhatian teliti oleh ahli sejarah. Tajuk itu sememangnya luas dan tidak mudah dapat diperkatakan secara lengkap. Tambahan pula, kebudayaan mempunyai dua sifat material dan non-material.

Di sini hanya kebudayaan material yang sempat dibicarakan. Dalam membincangkan perkara itu tumpuan diberikan kepada aspek-aspek yang tertentu supaya satu gambaran yang lebih jelas dapat dibentangkan. Aspek-aspek itu termasuklah tempat kediaman, cara penduduk Kelantan makan, pakaian mereka dan sebagainya. Selanjutnya aspek-aspek ekonomi akan diteliti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:05 PM | Show all posts

Tempat Kediaman

Rumah dan perkampurigan merupakan satu peralatan budaya yang penting dalam mengkaji sejarah sosio-kultural penduduk Kelantan. Rumah dan pembinaannya dapat menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang-orang yang mendiaminya.

Rumah orang Melayu Kelantan sebelum abad ke-20 adalah berbentuk sederhana tetapi pembinaannya mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.1 Bagaimanapun, pada keseluruhannya, tidak terdapat banyak perbezaan dengan kebanyakan mmah yang masih terdapat di kebanyakan kampung pendalaman sekarang ini. Rumah-mmah didirikan di atas tiang lebih kurang 0.82 meter tingginya. Luas dan lebar rumah-rumah itu tidak terhad kepada satu ukuran sahaja.

Rumah orang yang berada yang terdiri daripada kerabat diraja dan golQngan bangsawan ada sampai 9.14 meter panjangnya dan 4.5 meter lebarnya, ditambah pula dengan satu 'perlantaian'2 lebih kurang 3.04 meter 'lebarnya. Rumah orang biasa kebanyakannya lebih kurang 9.14 meter panjang dan 3.04 meter lebarnya dengan satu 'perlantaian' atau 'jemuran' 1.52 meter hingga 2.134 meter lebarnya.

Pada 'rumah ibu' terdapat satu bilik tidur dan satu bilik tetamu. 'Perlantaian' pula dibahagi dua, sebahagian di sebelah belakang dijadikan dapur dan bahagian hadapannya untuk tangga dan tempat basuh kaki da~ menjemur pakaian.

bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:07 PM | Show all posts
Rumah orang yang berada biasanya dibuat daripada kayu cengal dan atapnya daripada daun sagu dan nipah. Menjelang akhir abad ke-19 atap rumbia juga digunakan. Dinding juga dari kayu cengal yang dipotong dengan ukuran tertentu dan dipasang dalam bentuk yang menarik. Bahagian at as dan kiri-kanan pintu diberi ukiran dalam bentuk bunga dan ayat-ayat Quran.3

Kedua-duanya mempunyai nilai seni yang tinggi dan menarik. Ada juga din ding rumah orang yang berada itu yang diperbuat dari buluh yang dianyam dengan baiknya. Berbagai bentuk awan-Iarat (pattern) dihasilkan dari anyaman buluh itu. Kesemuanya menggambarkan nilai seni dan daya cipta yang tinggi. 4

Rumah-rumah pula biasanya dilingkungi oleh pagar buluh yang tingginya antara 1.21 hingga 2.134 meter. Pagar buluh 'sasak's agak terkenal dan banyak dipergunakan oleh penduduk Kelantan terdahulu itu., Dalam akhir abad ke-19 terdapat pagar rumah orang bangsawan yang diperbuat dari bata dan semin.

Rumah orang biasa lebih mudah dan ringkas buatannya. Tiang-tiang dan alat-alat rumah lain biasanya diperbuat daripada batang-batang kayu yang dikupas kulitnya; lantainya diperbuat dari batang pinang atau nibung dan ada juga dari batang-batang buluh yang dibelah empat dan diikat dengan rotan.

Dinding pula dibuat dan buluh yang dianyam sebagaimana untuk dibuat 'pagar sasak' di atas atau dengan buatan yang lebih halus sebagaimana din ding rumah orang bangsawan di atas. Dinding dari buluh ini lebih terkenal dengan panggilan 'dinding pelupuh'. Atap rumah orang biasa diperbuat dari daun sagu dan nipah. Kebanyakah pokok dan akar untuk pembina an rumah ini ditanam sendiri.

Pokok-pokok buluh, pinang dan nibung, rotan, bemban, nipah dan sagu ditanam, boleh dikatakan oleh setiap orang untuk memenuhi keperluan sendiri. Di bawah akan kita lihat bagaimana usaha untuk menyediakan temp at kediamaa ini secara tidak langsung telah memberi satu bentuk budaya dalam masyarakat orang bliasa itu.  

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:10 PM | Show all posts
Untuk tujuan dan keperluan di atas kita dapati di tepi-tepi atau penjuru-penjuru kebun atau dusun orang Melayu Kelantan terdahulu terdapat beberapa perdu pokok buluh, nibung dan rotan. Di kawasan paya " pula terdapat pokok-pokok sagu, nipah dan bemban. Hampir setiap orang mempuriyai serba sedikit tanaman pokok-pokok di at as sebagai salah satu cara untuk memenuhi kehendak mereka apabila sahaja diperlui.

Keadaan ini tidak pula menggambarkan anggota masyarakat yang individualistiks, tetapi ia lebih menggambarkan satu masyarakat yang sederhana atau simple, di mana penanaman pokok-pokok itu lebih merupakan satu tradisi daripada kehendak ekonomi. Tidak menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk, menanam seperdu-dua buluh at au nibung di hujung kebun yang' kemudiannya boleh dipergunakan oleh anak-cucu mereka.6

Kesan-kesan penanaman pokok ini masih terdapat hingga ke hari ini. Bagaimanapun, kepentingan pokok itu tidak seperti dulu lagi. Pokok buluh, nibung clan lain-lain itu rnasih digunakan oleh penduduk-penduduk Kelantan di karnpung-kampung untuk pembinaan 'bangsal durian', 7 pondok-pondok di hurna, bangsal-bangsal hiburan (seperti bangsal Wayang Kulit, Mak Yong, Menora) dan sebagainya.

Di dalam sesebuah kampung kita akan dapati rumah-mmah yang didirikan berhampiran antara- satu dengan yang lain. lni adalah sebagai hasil dari perkernbangan keluarga.8 Kita juga akan dapati beberapa buah rumah (tiga hingga lima buah) dilingkungi oleh satu 'pagar sasak' yang sarna. lni adaluh pengelompokan keluarga yang terdiri dad wans-waris yang terdekat. 9

Terdapat juga penempatan yang jauh sedikit clan ini merupakan waris-waris jauh atau jiran. Diclapati juga rumah yans dipagari oleh satu pagar sasaknya tersendiri. Keadaan ini bukan menunjukkan sifat penduduk Kelantan ketika itu suka hidup terasing dengan memagar romah-romah mereka sebagaimana menjadi tujuan anggota masyarakat abad ke-20 ini.

Ia tirnbul dari 'kebiasaan' di mana seolah-olah menjadi satu tradisi dan mernag~r romah dijadikan sebagai satu cara untuk mempergunakan masa yang terluang. Tetapi tidaklah pula bermakna setiap romah penduduk karnpung itu dilingkungi oleh pagar 'sasak' itu.

bersambung ek
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:11 PM | Show all posts
Rumah-rumah pula didirikan di tepi-tepi jalan dan di kedua tebing kiri dan kanan sungai dan anak-anak sungai.10 Di tepi-tepi jalan kampung juga terdapat beberapa 'pusat pemiagaan' yang merupakan bangsal-bangsal kecil di mana hasil-hasil tempatan ditukarkan.

Sejak abad ke-17 dan ke-18 lagi, penduduk Kelantan telah tahu menggunakan wang dalam kegiatan ekonomi mereka.ll Menjelang akhir abad ke-19 terdapat pusat-pusat perniagaan di' kampung-kampung dan bandar-bandar seperti di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan lain-lain. Keadaan kampung dan bandar menjelang abad kedua puluh digambarkan oleh Laidlaw dalam lawatannya ke Kelantan dalarn tahun-tahun akhir abad ke-19:

We passed along one of the main streets, a broad sandy pathway, fenced on either side with bamboo lattice-work, behind which stood the houses of the more prosperous residents, each in its own garden, with clumps of tall bamboos, palms and fruit trees. Here and there we could see the ornamental gable-end of a house, and at its intervals the line of the fence was broken by the way-side booths of fruit-sellers. Men and women in dark red sarongs saluted Wan Ismail,12 and looked at us curiously; naked children stood and stared, at intervals a buffalo-cart creaked slowly ..... 13

Keadaan yang hampir sarna wujud di beberapa abad yang lalu, kecuali sedikit-sedikit kemajuan dalam beberapa bidang tertentu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 06:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 08:35 PM | Show all posts
AKU Ada kawan kalantan. tapi bila becakap dengan dia selalu bau budu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 08:34 AM | Show all posts

Kelantan Berseni

Peralatan mencari sesuap nasi pun berseni. Perhatikan design atas bot2 nelayan ini.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:08 PM | Show all posts

Pakaian

Pakaian Dan perhiasan yang dipakai oleh anggota sesuatu masyarakat merupakan peralatan budaya yang boleh memberi scdikit sebanyak gambaran nilai budaya dalam masyarakat ini. Di dalam masyarakat Melayu Kelantan kita dapati tidak ada perubahan yang ketara dari segi pakaian sejak beberapa abad yang lalu sehingga datangnya pengaruh-pengaruh Barat pada akhir-akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.

Pakaian lengkap yang dipakai oleh penduduk Kelantan sebelum abad ke-20 ialah sejenis kain yang tidakberjahit yang dikenal sebagai kain 'punea potong'. Selain dari itu terdapat kain 'bengkong', kain 'bersebar' dan 'semuntal' yang dipakai bersama. Cara-cara memakai kain-kain ini adalah ringkas sekali. Kain 'punca potong' merupakan pakaian utama pada tubuh seorang lelaki.

Kain ini dipakai dengan melilitnya sekeliling pinggang dan diperkemaskan dengan memulasnya (mengilas, dalam bahasa tempatan) sehingga bertungkul membujur di bahagian depan perut. Bahagian bawahnya (labuh kain yang dipakai) biasanya terkebawah sedikit daripada lutut; ada juga yang memakai sehingga sampai ke at as lutut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:10 PM | Show all posts
Ikatan kain ini diperkemaskan dengan sehelai kain 'bengkung' yang diikat sekeliling pinggang. Bahagian puncanya disimpul di atas 'kilas' kain punca potong dan dibiarkan punea itu berjuntai ke bawah. Ikatan kain 'bengkung' ini dapat menyediakan tempat-tempat untuk mengisi kopi rokok daun, sirih, pinang, gambir, kapur dan sebagainya.

Tempat rokok daun sirih ini terletak di bahagian depan atau rusuk kiri atau kanan dan dikenal sebagai 'kendung' . Kain 'bengkung' juga digunakan untuk menyelit keris, sabit atau . parang. Alat-alat ini merupakan senjata dan alat-alat pekerjaan. Di dalam perjalanan untuk mengembara atau ke tempat kerja alat-alat ini diselitkan di pinggang.

Kain 'bersebar' pula disangkut pada bahu di waktu berjalan atau membuat pekerjaan. Ia digunakan untuk menges at peluh yang keluar sewaktu bekerjadan dalamperjalan itu. Kain 'semuntal' merupakan sehelai kain yang melilit di kepala untuk menahan panas matahari.

Pakaian-pakaian di atas dan cara-cara memakai yang digambarkan adalah merupakan pakaian lengkap orang Melayu Kelantan dalam masa sebelum abad ke-20 dan masih popular pada tahun-tahun awal abad ke-20. Pacta kebanyakan pen dud uk kampung, pakaian yang scialu dipakai ialah schclai kain 'punca potong' yang menutupi bahagian tubuh dari atas pusat hingga ke bawah lutut, dan sehelai kain 'lepas' 'yang digunakan sama ada sebagai kain 'bengkung' at au 'kain semuntal'.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:13 PM | Show all posts
Pakaian ini dipakai sama sahaja tidak kira pada rnusirn hujan atau rnusirn kernarau. Baju jarang dipakai oleh penduduk karnpung di rnasa itu. Mereka juga tidak memakai apa-apa alas kaki, kasut at au selipar dalam masa perjalanan atau ketika membuat pekerjaan. Satu catatan dad Graham yang dibuat dalam tahun 1908 agak menarik:

Wet or fine, his costume is the same. He has no boots to be spoilt by mud. arid no coat to be injured by rain; with shirts and collars he is unacquainted.....

Terdapat beberapa pengecualian pada pakaian-pakaian golongan bangsawan dan mereka-mereka yang hidup di lingkungan istana, juga ahli-ahli perniagaan Melayu Kelantan yang belayar ke luar negeri. Budak-budak raja, misalnya, selain dad memakai kain 'punca potong' dan 'kain sebar', 'kain bengkong' atau 'semuntal', mereka juga memakai sejenis baju yang dikenal sebagai baju 'potong Siam'.

Baju ini berlengan pendik dengan lehernya berbentuk empat persegi dan terbuka luas. Ia biasanya dibuat dad kain kapas yang berwarna putih. Sejenis lagi baju yang dipakai oleh kebanyakan golongan istana, terutamanya golongan bangsawan, ialah sejenis baju yang berleher bulat dan bertali. Baju ini mempunyai dua warna utama, iaitu sama ada putih atau hitam. Kaln berwarna hitam yang dibuat baju at au dipakai sebagai sarung dikenal sebagai kain 'hitam dagang'.

Golongan bangsawan juga diperkenalkan dengan sejenis seluar panjang berkaki singkat dan kain samping. Tetapi pakaian ini tidak sebegitu popular pada peringkat awal pengenalannya, di kalangan golongan bangsawan itu sendiri. Memakai kain 'punca -potong', baju 'potong Siam', 'bersebar', 'berbengkung' juga "bersemuntal' merupakan pakaian utama bagi golongan-golongan bangsawan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:14 PM | Show all posts
Pada awal-awal abad ke-19, pakaian seorang anak raja dan seorang rakyat biasa ada kalanya sukar sekali hendak dibezakan. Ketika melawat Kelantan dalam 1830-an, Abdullah Munsyi membuat pemerhatian:

Kemudian, maka bertemulah pula sahaya dengan seorang muda hitam manis dan rambutnya panjang, tiada berbaju dan dipakainya satu kain selindang; dibuatnya kain sampai di at as lututnya. Maka suatu keris di pinggangnya. Maka kata anak Sayid Abu itu kepada sahaya, "Ini suatu anak raja besar juga, adik raja yang kita pergi ke rumahnya tadi."

Gambaran yang dibuat oleh Abdullah Munsyi menunjukkan bahawa pakaian seorang anak raja dalam 1830-an itu tidak mempunyai perbezaannya dengan pakaian orang biasa di masa itu. Perbezaan yang agak ketara antara pakaian penduduk kampung biasa dengan keluarga bangsawan ialah setelah datangnya pengaruh Barat dalam awal abad ke-20.

Dari kedudukan ekonomi mereka yang lebih tinggi dan dari kemampuan yang ada pada mereka, golongan bangsawan telah dapat meniru berbagai bentukpakaian yang dibawa dari luar seperti berseluar panjang, bersamping, berdastar, memakai selipar at au kasut dan sebagainya. Pada anggota masyarakat kampung biasa tidak terdapat perubahan yang ketara, malah keadaannya seperti dahulu juga.

Keadaan hidup yang sederhana atau simple dan kedudukan ekonomi yang rendah membuat mereka tidak sebegituberminat untuk mengikuti perkembangan baru yang dibawa dari luar itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:18 PM | Show all posts
Pakaian-pakaian wanita Kelantan pada masa yang sarna terdiri daripada tiga jenis pakaian utama iaitu kain sarung 'punca potong', 'kain berkemban' dan 'kain kelubung'. Kain sarung 'punca potong' adalah sarna jenisnya dengan yang dipakai oleh kaum lelaki, cuma cara -memakainya agak berbeza.

Kain sarung ini dipakai dengan mengikatnya pada pinggang, dan dibiarkan berlabuh ke bawah sampai ke buku lali. Bahagian atas pula dibaluti oleh 'kain berkemban' yang dililit dan bawah ketiak dan puncanya di bahagian at as disimpulkan di tengah dada dengan bahagian bawahnya dibiarkan melabuh sampai ke bawah pinggang.

'Kain kelubung' pula dijadikan kain penutup kepala atau bahu semasa berjalan atau dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kaum wanita tidakjuga memakai baju, selipar dan sebagainya selain dari pakaian-pakaian di atas. Hanya dalam 1910-an, setelah Sultan Muhammad IV menitahkan supaya semua rakyatnya lelaki dan perempuan memakai baju, barulah sejenis baju yang dikenal sebagai baju kebaya dan baju kurung dipakai oleh wanita-wanita di Kelantan.

Tidak terdapat banyak perbezaan dalam bentuk pakaian antara wanita istana dengan wanita biasa. Kalaupun ada, itu rnungkin dari segi rnutu kain yang dipakai oleh rnereka. Kebanyakan wanita dari golongan bangsawan rnernakai kain-kain yang lebih halus buatan dan jenisnya, iaitu kain kapas yang halus dan sutera.

Pakaian wanita biasa terdiri dari kain-kain kapas yang kasar dan kasar pula buatannya. Kain jenis halus yang dipakai oleh wanita golongan bangsawan dikenal sebagai kain 'pelangi' dan yang dipakai oleh wanita biasa dikenal sebagai 'kain pereng'. Bagaimanapun kain 'punca potong' masih popular sehingga 1930-an.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:19 PM | Show all posts
Mengikut catatan China Sui-shu, dalarn awal abad ke-7, penduduk Kelantan ketika itu sudahpun pandai rnernbuat kain jenis secorak, iaitu sejenis kain yang rnernpunyai satu warna, sarna ada rnerah tua atau biru tua, dan sebagainya. Tentang cara-cara memakainya tidak pula diterangkan.

Pada akhir abad ke-13 pula catatan raja-raja Ming rnenggarnbarkan bahawa kaurn lelaki dan perernpuan Kelantan masa iturnernakai sarung berwarna hitarn.24 Dalarn suku pertarna abad ke-18 pula, sebagairnana dicatatkan oleh Abdullah Munsyi, orang Melayu Kelantan rnernakai selindang, 'dikilas' sekeliling pinggangnya berlabuh sarnpai ke lutut.

Pada awal abad ke-20, kain 'punca potong', 'kain bengkung', 'sernuntal' dan 'kain bersebar' rnasih rnerupakan pakaian utarna penduduk Kelantan. Dari catatan-catatan di atas kita dapati sejak abad ke-7 lagi hingga awal abad ke-20, pada keseluruhannya tidak terdapat banyak perbezaan dalarn jenis dan bentuk . pakaian penduduk Kelantan.

Di sini dapat dirurnuskan bahawa penduduk Kelantan secara urnurnnya tidak asing dengan beberapa bentuk pakaian untuk rnenutup tubuh rnereka sejak sebelurn abad ke-7 lagi. Dari rnasa itu hingga ke akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, tidak terdapat perubahan yang nyata dalarn bentuk pakaian utaIfia rnereka. Hanya dengan kedatangan British yang berrnula dalarn tahun 1909 itu, berbagai gentuk pakaian baru diperkenalkan kepada penduduk Kelantan.

Menjelang akhir suku-pertarna abad ke-20, telah didapati rarnai penduduk Kelantan yang sudah pandai bergaya dengan seluar dan kerneja, kasut dan stoking, dan bagi orang perernpuan, skirt, gown dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 06:20 PM | Show all posts

Pakaian tradisional lelaki Melayu Kelantan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 06:21 PM | Show all posts

Pakaian tradisional wanita Melayu Kelantan

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 03:40 AM | Show all posts
Bagi aku, orang kelantan nie memang unik.Bukan sebab aku nie tinggal di Kelantan aku memuji.Tapi aku pun keluarga berhijrah ke Kelantan.Kalau diperhatikan,bahase Kelantan le orang-orang yang tak boleh 'tangkap'.Senang cerite, kalau orang kelantan bertemu geng, majoriti orang luar tak paham ape orang tue cakap.(bukan aku kate sume orang tak boleh paham ape yang die cakap.)tapi jika dibandingkan dengan loghat negeri lain,(kecuali Sabah & Sarawak),loghat Kelantan le yang perlu ditranslate oleh orang die sendiri.

Selain tue,gaya hidup orang Kelantan juga ade beza.Orang Kelantan nie ade sesetengahnye yang tak suke berkemas.Kadang-kadang tue muke pembersih,tapi kat rumah,tunggang langgang.Kebanyakan yang aku selalu dengar ialah orang tue tak suke lipat baju.tapi bagi aku tak semua orang camtue.

Lagi satu,orang Kelantan tue boleh dikatakan macam orang cha alif ya nun.Mane-mane tempat pergi,mesti ade dengar loghat kelantan(biapun bau budu)..pastu,kalau puak die ramai, diorang boleh buat tempat diorang sendiri. Dan juga orang die juga ade terkenal dengan kepandaian die.Bukan aku cakap orang negeri lain tak pandai.Tapi kalau dilihat orang-orang ternama malaysia yang berjaya memegang jawatan tertinggi (bukan dalam politik),kebanyakannya orang kelantan.Pastu bile ade sorang yang pegang jawatan tinggi tu,orang-orang kelantan yang lain pun dapat 'masuk' tempat tue.Ini kes kire tolong kaum sendiri lea..

Bile dah ramai geng die kat tempat tue,boleh le diorang tunjuk belang.Tapi ini le sifat semulajadi orang kelantan iaitu sifat 'gedebe'.'Gedebe' nie sebenarnye bagi yang tak tau ia sifat seperti gangster,tapi bagi aku 'gedebe' nie satu sifat berani.Cume orang yang tak bersekolah jea buat gedebe nie jadi sifat gangster.Tu pasal member-member aku ramai cakap bile jumpe geng kelantan, diorang takut sebab nanti diorang akan buat kacau. Aku pun termasuk le sekali...Bile nak pegi makan kat warong plak , cari yang tukang masak dari kelantan sebab masakannye sedap.Walaupun Kelantan terkenal dengan masakannye yang manis,tapi kat tempat lain,still orang cari jugak masakan Kelantan.Camne tue?

Pendek kate, yang buruk,yang baik,yang pelik, ade pade Kelantan. Aku rase itu lea keistimewaan Kelantan.
Sorry le kalo pendapat aku nie salah,tapi itu le yang aku perhatikan selepas aku dibesarkan di Kelantan dan merantau ke negeri lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:43 PM | Show all posts

Makanan

Sebaigamana tidak adanya perubahan yang besar dalarn bentuk pakaian penduduk Kelantan dalam masa sebelum abad ke-20, demikian juga keadaannya dengan jenis dan bentuk makanan mereka pada masa yang sama. Jenis makanan dan cara-cara rnernakannya juga dapat memperlihatkan satu bentuk budaya penduduk Kelantan di rnasa itu.

Makanan utama penduduk Kelantan sejak berzaman ialah nasi, diikuti oleh keledek dan ubi kayu. Nasi merupakan makanan tengahari dan malam manakala keledek dan ubi-kayu merupakan makanan pagi bersama kopi '0' sebelum turun ke bendang, ke laut at au sebelummemulakan sesuatu perjalanan.

Kopi '0' biasanya dibuat dengan merebus daun kopi dan aimya diminum. Keledek dan ubi kayu untuk makan pagi biasanya direbus begitu sahaja dan dicecah dengan kelapa. Makan tengahari dan malam biasanya dihidangi dengan nasi dan beberapa perkara lauk dan sayur. Tidak terdapat perbezaan lauk dan sayur yang dimakan sehingga hari ini selain daripada cara-cara memasaknya.

Ikan kembung, gelama, tenggiri, kikik dan sebagainya pernah menjadi makanan utama bagi penduduk Kelantan di masa yang lampau. Biasanya ikan yang didapati dikeringkan supaya ia dapat disimpan lama. Kecuali mereka di tepi pantai, mereka di kawasan pendalaman jarang sekali dapat makan ikan basah (atau 'ikan hidup' mengikut bahasa tempatan).
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:44 PM | Show all posts
Perhubungan antara kawasan pantai dengan kawasan pendalaman kadang kala memakan masa berminggu-minggu 1amanya. Ikan basah sukar dibawa ke kawasan pendalLman kerana mudah menjadi busuk dan tidak balch dimakan. Ikan kering sudah cukup untuk dijadikan alat penjamu selera penduduk di kawasan pendalaman itu.

Sayur dan ulam merupakan hasil-hasil yang ditanam sehdiri. lni termasuk kangkong, mentimun, kacang, terung dan sebagainya. Ulam juga didapati dari pucuk-pucuk kayu yang tumbuh seperti pucuk serai, kandis dan' sebagainya. Petai dan jering juga merupakan jenis-jenis ulam yang diminati.

Makanan yang dimasak secara mudah sudah cukup untuk menjamu anggota-anggota sesuatu keluarga itu. Tidak pula dimaksudkan bahawa penduduk kampung di Ke1antan tidak pernah menikmati makanan seperti telur, daging, dan sebagainya'yang dianggap sebagai makanan-makanan 'mulia' oleh Abdullah Munsyi. 27 Telur juga menjadi lauk pada ketika-ketika tertentu.

Penduduk kampung di masa itu tidak perlu ke pasar untuk mendapat telur atau daging untuk dimakan atau dijadikan lauk. Petani juga merupakan penternak ayam, itik, kambing, bid-biri, lembu, dan sebagainya. Tidak terdapat dalam sesebuah rumah di sesuatu kampung itu yang tidak menternak sekurang-kurangnya seekor daripada binatang¬binatang ternakan itu.

Dengan kata lain, hampir setiap keluarga di dalam sesebuah kampung sekurang-kurangnya mempunyai beberapa ekor itik at au ayam, saekor biri-biri, kambing atau lembu. Soal kekurangan bahan makanan yang 'mulia' itu tidak timbul.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.065855 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list