|
PEMAIN ENGLAND
England ialah salah sebuah negara pemain bola sepak menerima bayaran tertinggi di dunia. Walaupun faktor ini membantu untuk menarik ramai pemain luar beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pemain Inggeris tidak ketinggalan menikmati saingan dalam liga permotoran.
Pemilik terbanyak ialah kapten England, David Beckham. Garajnya kerap diubah suai kerana tidak dapat menempatkan koleksi keretanya. Dia memiliki Aston Martin Vanquish S, Hummer H2, Lincoln Navigator 4x4, Range Rover, Lamborghini Gallardo, Bentley Arnage, Rolls-Royce Phantom dan Audi A8. Kereta sebelum ini termasuk pelbagai Ferrari, Porsche 911, Jaguar XKR, BMW M3 dan Mercedes S500.
Wayne Rooney baru membeli Aston Martin Vanquish S bernilai RM1.1 juta pada pertengahan bulan lalu. Penyerang England ini memiliki Cadillac Escalade bernilai RM350,000 dan BMW X5. Teman wanitanya, Colleen McLoughlin memandu Mercedes SLK. Colleen menerima hadiah sebuah Porsche 911 pada harijadi ke-19. Kereta lain ialah Chrysler 300C, Audi TT dan BMW M3 dab pasangan itu mempunyai Rover Sport Supercharge.
Pemain pertahanan, Rio Ferdinand memiliki Bentley Arnage bernilai RM1.3 juta, Bentley Continental GT dan Chrysler 300C V8.
Steven Gerrard, Frank Lampard, Michael Owen, Ashley Cole dan Joe Cole, masing-masing memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta Aston Martin setiap seorang. Sol Campbell dan John Terry memandu BMW X5 dan Bentley Continental GT. Penjaga gol, David James (Ford GT) dan bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson memiliki Volvo XC90 4x4.
PEMAIN PERANCIS
DENGAN pendapatan bersama Arsenal sebanyak RM1.9 juta sebulan, Thierry Henry mampu memiliki kereta mewah Mercedes SLR McLaren bernilai RM2.2 juta dan tiga lagi, Aston Martin Vanquish S, Porsche Carrera GT dan Lincoln Navigator 4x4 dengan nilai keseluruhan melebihi RM6 juta.
Bek Perancis, William Gallas dan pemain tengah, Claude Makelele juga memiliki Mercedes SLR manakala pemain Terbaik Piala Dunia 2006, Zinedine Zidane memiliki Audi Q7. Patrick Vieira memandu Mercedes-Benz ML-Class 4x4.
PEMAIN JERMAN
JURGEN Klinsmann memilih Range Rover Sport dan van Audi. Pemain Bayern Munich yang akan beraksi bersama Chelsea musim ini dan kapten Jerman, Michael Ballack menggunakan Audi RS6 manakala penjaga gol kedua Jerman, Oliver Kahn memiliki Audi A8. Klinsmann yang kini menetap di selatan California, menggunakan Range Rover Sport di negara itu manakala Mercedes-Benz yang menjadi penaja pasukan kebangsaan Jerman, menjadi pengangkutan utama Klinsmann di Jerman.
PEMAIN BRAZIL
KEBANYAKAN pemain Brazil dalam skuad Real Madrid memandu jentera Audi yang dikaitkan dengan sebahagian pemain bola sepak berprofil tinggi dengan pemain pertahanan, Cicinho, penyerang, Robinho dan penyerang, Ronaldo memandu Audi Q7 4x4. Penyerang Real Madrid itu juga mempunyai limosin Audi A8.
PEMAIN ITALI
FERRARI dan Lamborghini menjadi sebahagian daripada kereta dimiliki bintang Itali malah pacuan empat roda turut menjadi kegilaan pemain juara dunia itu dengan kebanyakan mereka memandu BMW X5s dan Porsche Cayennes. Penyerang, Alessandro Del Piero memiliki kereta rali legenda, Lancia Delta Integrale. Pertahanan AC Milan, Alessandro Nesta memiliki beberapa Porsche dan VW Golf cabriolet.
PEMAIN BELANDA
PENYERANG skuad Oranje, Ruud Van Nistelrooy dan rakan senegaranya yang beraksi untuk Manchester United, Edwin Van Der Sar memilih Audi A6. Nistelrooy turut memiliki Mercedes ML55 AMG dengan sistem suspensi yang diubahsuai. Arjen Robben, penyerang hikayat Chelsea dan penjaring pertama ketika menentang Serbia & Montenegro, memandu BMW 645i Convertible.
PEMAIN SEPANYOL
PEMAIN Arsenal dan penyerang Sepanyol, Jose Antonio Reyes memiliki Mercedes CLS 55 AMG bernilai RM490,000.
Kebanyakan bintang Real Madrid seperti Michel Salgado, Sergio Ramos Garcia, penjaga gol, Iker Casillas serta kapten Real, "Ra鷏" memandu Audi Q7 4x4. Pemain tengah Arsenal, Francesc Fabregas memilih Audi A3.
PEMAIN SWEDEN, REPUBLIK CZECH dan IVORY COAST
FREDDIE Ljungberg yang beraksi untuk Arsenal dan pemain tengah antarabangsa Sweden, memandu Porsche Cayenne Turbo pacuan empat roda dan BMW M3 manakala penyerang terbilang Chelsea dan Ivory Coast, Didier Drogba yang meledak ketika menjaringkan gol tunggal Ivory Coast ketika menentang Argentina, memiliki Mercedes sport SL65 bernilai RM980,000. Penjaga gol Czech dan Chelsea, Petr Cech memiliki Lexus RX300 pacuan empat roda yang bergaya eksekutif dan menampilkan ciri mewah.
http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexm_html
player bola sepak msia ada pakai kete hebat2 x? kongsi la sini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|