CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63322|Reply: 250

Wahabism di Malaysia.

[Copy link]
Post time 6-6-2006 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Tajuk ini di buka bukan untuk membincangkan gerakan wahabi tapi ia lebih memfokus terhadap unsur-unsur amalan dan praktik wahabi yang mempengaruhi pula amalan-amalan dalam kehidupan masyarakat yang mendakwa berfahaman ASWJ mazhab Syafie di negara kita. Pernah suatu ketika negara kita ditimbulkan tentang permasaalahan ini dan akhbar-akhbar telah menyiarkan berita-berita tersebut serta memberi amaran terhadap ancaman fahaman ini.

Mengikut sejarah, fahaman wahabi mula timbul di sekitar tahun 30an dengan terdapat beberapa orang yang cuba membuat pembaharuan dalam kehidupan beragama ini. Pembaharuan ini telah ditentang hebat oleh ulama-ulama tradisional dan wujudlah apa yang dikenali sebagai kaum muda dan kaum tua.

Banyak persoalan-persoalan ditimbulkan dan dipertikaikan oleh golongan kaum muda yang mendapat pendidikan dan baru pulang dari timor Tengah. Terdapat kitab soal-jawab oleh Hassan Bandung dan isinya banyak menyentuh tentang amalan-amalan ugama yang di kritik oleh beliau. (Buku ini dah diharamkan oleh kerajaan Malaysia). Antaranya seperti sentuh babi dan anjing tak perlu samak dan bidaah-bidaah yang dilakukan serta masalah fiqh yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2006 01:22 PM | Show all posts
Akibat dari pembaharuan yang cuba dilakukan oleh ulama kaum muda ini maka lahirlah perkumpulan-perkumpulan yang di susun cuba untuk menyampaikan dan mempengaruhi masyarakat umumnya.
Antara kumpulan-kumpulan ini ialah seperti Ansarul Sunnah yang berpusat di Melaka, Ittiba'Us Sunnah di Negeri sembilan, Muhammadiyah di Pulau Pinang serta Jemaah Islah di Perlis. Kumpulan-kumpulan ini akhirnya agak merosot aktiviti mereka dan akhirnya terkubur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 01:47 PM | Show all posts
Insayallah saya kan berikan sejarah kewujudan wahabi di dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2006 01:09 PM | Show all posts
Antara amalan-amalan dan menjadi persoalan yang dipertikaikan ialah banyak dalam permasalahan fikh seperti membaca talqin, bertahlil, berdoa secara jemaah lepas solat dll lagi. Kayu ukuran wahabi cukup bersandarkan hadis...semua bidaah adalah sesat dan semua kesesatan itu tempatnya di neraka. Justeru penentangan kaum muda terhadap kaum tua melihatkan persengketaan yang serius sehingga berlaku pulau memulau didalam masyarakat Melayu. Orang-orang yang tidak beramal sepereti mereka, maka mereka tergolong dalam kesesatan dan perlu bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 01:36 PM | Show all posts
apa perbezaan salafi dgn wahabi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 7-6-2006 01:36 PM
apa perbezaan salafi dgn wahabi?


Pengikut wahabi adalah mengikuti faham salafi manakala mereka yang mendakwa mengikuti faham salafi tidak semestinya wahabi, malah ada yang malu nak mengaku sebagai wahabi.

Wahabi adalah pengikut-pengikut Muhammad Abdul Wahab yang bersikap keras dalam agama serta lurus bendul dalam mentafsir ajaran-ajaran Islam. Mereka menentang dengan kekerasan mana-mana golongan yang tidak sependapat dengan mereka. Antara yang mereka perangi adalah golongan-golongan bermazhab yang dianggap sebagai pembawa bidaah sesat. Justeru untuk mencapai matlamat mereka dulu maka tidak salah untuk bersekongkol dengan keluarga Saud malah dengan Inggeris juga untuk memerangi golongan ini. Imam idola bagi pengikut wahabi adalah Ibnu Taimiyyah yang dikatakan oleh Ibn Batuttah sebagai ulama yang tak berapa betul kepalanya.

Golongan salafi pula adalah fahaman yang menolak bermazhab tapi mengambil pendapat dari mana-mana mazhab yang dirasakan mudah dan sesuai. Mereka juga menganggap bermazhab itu sebagai suatu bidaah yang sesat. Salafi sekarang ini boleh dibahagikan kepada 2 aliran iaitu yang bersikap keras dan lembut. Imam Salafi yang nampak agak lembut sekarang ini ialah Sheikh Qardhawi yang mungkin agaknya ada jawatan sebagai ketua ulama maka ia perlu berubah prinsip. Manakala yang keras seperti wahabi juga serta berpandangan lurus bendul seperti tafisran Islam , adalah golongan2 pengikutoleh ulama-ulama Indo-Pakistan yang dikenali juga sebagai wahabi-deobandi.

Seorang tokoh pengikut Salafi di Malaysia ini ialah MB Perlis Shahidan Kassim yang baru-baru ini menolak sebagai pengikut wahabi tapi adalah cuma pengikut salafi saja. Dia sebagai berkata ..."kami adalah pengikut salafi tulen dan bukannya wahabi!".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2006 04:26 PM | Show all posts
Yang ni semua pendapat sendiri ke? Atau pendapat orang copy paste mari sini?

Apa kelulusan dan kelayakan orang yang (originally) tulis ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 04:26 PM | Show all posts
adakah turning point (beralih kepada pemerintahan base on nation-negara bangsa) sewaktu kejatuhan empayar turki uthmaniah pun ada unsur2 wahabism ni?
sekadar bertanya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2006 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 8-6-2006 04:26 PM
adakah turning point (beralih kepada pemerintahan base on nation-negara bangsa) sewaktu kejatuhan empayar turki uthmaniah pun ada unsur2 wahabism ni?
sekadar bertanya.....

salam,

menurut pandangan seorang Professor (yang memiliki kelulusan dan kelayakan) yang menyebabkan kejatuhan empayar turki uthmaniah ialah ORANG-ORANG SYIAH.

menurut Professor lain pula (dari IKIM) yang menyebabkan kejatuhan empayar turki uthmaniah ialah orang-orang WAHABI.

jadi di sini, walaupun kedua-dua tokoh tersebut memiliki KELULUSAN dan KELAYAKAN; kedua-duanya memiliki pendapat dan pandangan SENDIRI.

persoalan.... adakah KELULUSAN dan KELAYAKAN menjadi MILLAQ (kayu pengukur) ?

teringat penangkapan beberapa tokoh Syiah di Malaysia. Mereka memiliki KELULUSAN dan KELAYAKAN, malah... ada yang diiktiraf oleh UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN. Tetapi, dinafikan oleh golongan yang "berkelulusan" dari..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 06:12 PM | Show all posts
antara 2 sumber dari org yang berkelayakan tu, kalau boleh kita tengok argumentnya
atau berikan link utk mentelaah

dari dulu dan sekarang, kelulusan dan kelayakkan tidak akan menjadi MILLAQ yang absolute
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 06:25 PM | Show all posts
Kenapa agaknya ye Ustaz Zamihan Jakim dengan pengkut pengkut Syiah tak berapa senang sangat dengan Salafiah ni? Siapa gerangan yang mula-mula memberi gelaran "Wahab"i ni, nama ayahndanya Sheikh Muhammad.  Kalau terus guna nama tuan yang punya diri takut timbul masalah lain kot?  Kenapa jugak tak senang sangat denga Sheikh Ibn Taimiyah tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 08:12 PM | Show all posts
jadi di sini, walaupun kedua-dua tokoh tersebut memiliki KELULUSAN dan KELAYAKAN; kedua-duanya memiliki pendapat dan pandangan SENDIRI.

persoalan.... adakah KELULUSAN dan KELAYAKAN menjadi MILLAQ (kayu pengukur) ?

dari dulu dan sekarang, kelulusan dan kelayakkan tidak akan menjadi MILLAQ yang absolute



Apa pentingnya kelulusan dan kelayakan?  Atau apakah pengalamannya?

Apabila yang ditaip itu datangnya dari satu nick gravedigger yang tak diketahui asal-usulnya.
Apakah yang ditaip itu hasil kerja orang dan dibawa kesini?  Atau adakah ia pendapat sendiri?  Apa pula rujukan dia?  Tak ada apa-apa reference diberi?

Kalau postingnya hanya bertujuan polemik atau provokasi, saya rasa itulah dari Gravedigger.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2006 10:44 AM | Show all posts
salam

sekurang kurangnya kita tahu apa pandangan/idealogi tu
dr kaum lain dan tak semestinya salah 100%
sedangkan HADITH NABI pun banyak yg DIPERTIKAIKAN
ini pulak ULAMAK selepasnya
jadi adakah kita mencari penyelesaian dan JALAN SELAMAT
akan MENYELAMATKAN..........

ayah saya pernah bercerita ttg kawan-kawannya
yg mengambil PHD/PROF di scotland
dan prof mereka adalah org kafir
dan MASTER dlm AL QURAN dan HADITH (telor Arab plak tuuuu)
cam na nak kata............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2006 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 9-6-2006 08:12 PM





Apa pentingnya kelulusan dan kelayakan?  Atau apakah pengalamannya?

Apabila yang ditaip itu datangnya dari satu nick gravedigger yang tak diketahui asal-usulnya.
Apakah yang ditaip it ...


Di dalam forum ini sebegini...kelulusan,kelayakan dan pengalaman tidak menjadi keutamaan. Sesiapa saja boleh mendakwa dia mempunyai kelebihan ilmu dan pengalaman dari orang lain. Yang penting di nilai adalah content yang hendak disampaikan dan itulah yang patut dibincangkan. Alhamdulillah setakat ini berdasarkan tulisan-tulisan aku ramai yang melihat aku ini sudah tua serta matang dan dipanggil pakcik pulak tu. Hehehehe...bangganya aku.

Kalau nak pertikaikan juga...ko tu pulak sapa?? Menjadi mod bukannya ukuran nak mendakwa ko yang paling bagus. Ko pun boleh mendakwa dan mempromosikan Tok Guru ko itu Nahzaluz sebagai seorang ustaz dan setakat ni dia dah berjaya mempengaruhi ramai terhadap dakwaannya itu. Apakah benar? Itu aku tak kisah...kot2 manalah tahu dia pun seperti Asri yusuf juga yang boleh mendakwa dah belajar tinggi di India sedangkan hakikatnya...ishk malaslah aku nak sebutkan. Mungkin juga Nahzaluz tu pun cuma mendapat basic agama di pondok saja dan boleh juga mendakwa menjadi seperti Tuan Sheikh al-Imam al-Abuya at-Tamimmi. Hehehe...no hal beb!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 10-6-2006 08:41 AM
Wahabi? Siapakah Wahabi?
http://www.al-ahkam.net/home/ind ... c=display&pid=8


Tak perlu ulang-ulang. Dah kenal dah dan tajuk ini bukannya nak bincangkan fahaman wahabi tapi pengaruh wahabism dalam kehidupan beragama masyarakat di negara ini.
Apa raa...itu baca tarak tahu erti ka??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2006 10:58 AM | Show all posts

Selingan aja..

Apakah persamaan antara penganut wahabi dan penganut Hindu??

Mereka sama-sama faham itu tuhan ada tangan,kaki,mata,telinga dan duduk atas kerusi lah..

Hehehee..gembiranya dengar Zarqawi dah mampus!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2006 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 6-6-2006 12:22 PM
Akibat dari pembaharuan yang cuba dilakukan oleh ulama kaum muda ini maka lahirlah perkumpulan-perkumpulan yang di susun cuba untuk menyampaikan dan mempengaruhi masyarakat umumnya.
Antara kumpula ...

Kalo tak silap saya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pun dari kaum Muda  gak, beliau kena ban gak, benda pernah menjadi  kontroversi di Perak  kerana fahaman Kaum Muda  ni di tentang golongan Kaum  Tua, sehingga campur tangan Mufti Perak, fahaman Kaum Muda tidak  disukai oleh  Sultan  Perak, di atas nasihat Mufti Perak   mengakibatkan beliau terpaksa berhijrah ke  Singapura
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 10-6-2006 11:12 AM

Kalo tak silap saya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pun dari kaum Muda  gak, beliau kena ban gak, benda pernah menjadi  kontroversi di Perak  kerana fahaman Kaum Muda  ni di tentang golongan Kaum  Tua, ...


Dr. Burhanuddin Al-Helmy lebih terlibat dalam bidang politik dan mungkin juga beliau berfahaman kaum muda sebab kaum muda ketika itu ada meresap dan mempengaruhi aktiviti berpolitik semasa. Waktu itu yang lebih menjadi polemik adalah di sekitar bab muammalat yang lebih diutamakan.
Saya akan cuba membincangkan pengaruh wahabism di bahagian politik nanti..insya'Allah.
Reply

Use magic Report

tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 03:21 PM | Show all posts
adoi... aben pelik betullah... agama islam itu satu jer.. al-quran pun satu... tuhan pun satu... senang dan mudah... al-quran sebagai guidance dah ada... hadith menguatkan & menjelaskan hukum dah ada... sunnah sebagai sumber ikutan dah ada... tapi kenapa umat islam lebih suka berpecah dan berpuak2... bergaduh sama sendiri....

satu jer.. sifat manusia nih angkuh dan suka bermegah.. suka nunjuk pemahaman dia sorang je yg betul... ilmu nya takde salah.. pandangannye ampuh dan kuat...  dialah yg betul... walaupun dia baru baca 20-30 kitab mengulas hadith, dia lebih paham perjuangan rasul SAW dari imam muslim & bukhari yg menghafal berpuluh ribu hadith sohih... walaupun dia baru baca al-quran khatam 3 kali, dia lagi paham konsep tauhid dari imam syafie yg hafaz al-quran sejak umur 10 / belasan tahun... walaupun dia dah beli semua buku agama kat pustaka minerva, dia lagi pandai berbicara tentang islam dari imam ghazali yg menulis berpuluh2 kitab...

fikir-fikirlah...


mende yg mudah takyah nak memeningkan kepala, jgn jadi macam cerita kaum yahudi dengan sapinya, yg penting hormat-menghormati sesama islam... tak kira pandangan & pegangan mereka... kita sembah satu tuhan.. dan kita ikut seorang rasul SAW

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2006 08:14 PM | Show all posts
mana ibnur.. diam la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list