CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148410|Reply: 238

Wau

[Copy link]
Post time 21-11-2005 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.

Ada beberapa faktor nama wau mula-mula dikenali, mengikut cerita dahulu wau dimainkan oleh kanak-kanak. Ia diperbuat dari daun yang tertentu diikat dengan tali pada tetulang belakang daun dan dinaikkan di tempat berangin, pada suatu ketika wau itu putus.

Setelah dipukul angin kencang lalu kanak-kanak ini menangis "wa..wa..wa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2005 08:34 PM | Show all posts
Antara faktor lain pula, wau wujud dari semangat padi, mengikut lagendanya sepasang suami isteri tidak menpunyai anak telah menjumpai seorang kanak-kanak di sawah. Mereka memelihara kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang, lebih-lebih lagi si suaminya. Perkara ini telah menimbulkan curiga si isteri lalu menyiksa anak itu sehingga ia terus melarikan diri.

Setelah pemergian budak itu, tanaman  mereka telah diserang penyakit, lalu berjumpalah mereka dengan nujum yang meramalkan bahawa kejadian itu berlaku akibat tindakan si isteri tadi maka semangat padi mereka telah ditimpa bencana. Untuk memohon maaf nujum tersebut menyatakan supaya petani dan isterinya membuat sesuatu yang berbentuk wau, dan dilayangkan ke udara selepas musim menuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 08:35 PM | Show all posts
Di antara dua cerita di atas tentang asal usul wau, perkara ini masih belum menemui jawapan walaupun timbul pelbagai pertanyaan. Penelitian dan pengkajian mendalam harus diperkemaskan lagi. Bagi para pengkaji wau pula berpendapat wau adalah satu sumber dalam mengenali tradisi budaya Melayu.

Dalam pembikinannya pula rekabentuk dan ukuran wau adalah melambangkan identiti sesebuah negeri itu sendiri, umpamanya negeri Kedah Darulaman yang terkenal dengan wau jalabudinya, tetapi hampir keseluruhan wau yag dicipta adalah berbentuk haiwan seperti burung, kucing, ikan dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 08:36 PM | Show all posts

Jenis Wau

Kehalusan dan kreativiti pembuat wau telah menghasilkan berbagai-bagai jenis dan bentuk wau. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni.

Saiz wau yang terbesar pernah dihasilkan mempunyai ketinggian 7 kaki, lebarnya 10 kaki, dan tali yang digunakan untuk meneraju wau tersebut sepanjang 200 hingga 300 kaki. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 08:38 PM | Show all posts

Membuat Wau

1. Buluh yang telah dipotong diraut halus untuk dijadikan rangka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 08:39 PM | Show all posts
2. Lapisan pertama iaitu kertas berkilat yang akan ditampal secara berlapis-lapis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2005 08:40 PM | Show all posts
3. Gunakan kertas yang berbeza bagi lapisan kedua dan bercorak awan larat dan ditebuk. Begitu juga bagi lapisan ketiga tetapi corak yang berlainan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 08:42 PM | Show all posts
4. Hias rangka corak asal mengikut kesesuaian / kreativiti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2005 08:42 PM | Show all posts
5. Ketiga-tiga lapisan dilekatkan dan ditampal pada rangka wau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 09:03 PM | Show all posts
6. Kertas yang dilekatkan pada rangka wau dikemaskinikan dengan menggunakan gam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 09:05 PM | Show all posts
7. Contoh wau yang telah siap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 09:07 PM | Show all posts

Cara membuat wau

1.        .Dapatkan beberapa batang buluh  dan diraut untuk dijadikan rangka.

2.        Ikat batang buluh tersebut untuk dijadikan rangka wau seperti yang ditunjukkan di nombor 2 & 3.

3.        Ambil sehelai kertas warna. Contoh kertas warna pada gambar rajah 4.

4.        Lipat kertas warna tersebut di sekeliling rangka wau. Lukis garisan di atas di atas kertas warna itu bagi menampakkan bentuk rangka wau. Contoh di nombor 5.

5. Buat corak di atas permukaannya. Kemudian tebuk corak tersebut seperti yang ditunjukkan di nombor 6 & 7.

6. Tampal / lekatkan reka corak tersebut di atas sehelai kertas berwarna emas (pilihan warna terpulang kepada individu) untuk menjadikan wau lebih cantik dan menarik.

7. Corak tersebut mestilah dilekatkan di atas kertas warna yang berlainan.

8. Akhir sekali lekatkan kertas yang telah dicorakkan itu ke atas rangka wau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 09:08 PM | Show all posts
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 09:09 PM | Show all posts

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 09:11 PM | Show all posts







Wau Bulan


Wau Kucing


Wau Jala Budi

[ Last edited by fleurzsa at 21-11-2005 09:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 04:04 AM | Show all posts
dalam menyatakan wau...tak dapat tidak kelantan adalah tempat rujuknya...kerana kebanyakan jenis wau yang ada di malayasia adalah berasal dari negeri tersebut. Cuba kita tengok kepada nama2 wau tersebutpun kita sudah mengetahui....seperti wau bulan, wau jalabudi, wau kikek. wau sewah (bukan sawah),wau kucing dan lain2. Setiap nama ada maksud dan sebab diperolehi  nama sedimikian.

cuba kita perhalusi apa makna wau bulan, wau jalabudi, wau sewah.  :cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2006 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 31-12-2005 04:04 AM
dalam menyatakan wau...tak dapat tidak kelantan adalah tempat rujuknya...kerana kebanyakan jenis wau yang ada di malayasia adalah berasal dari negeri tersebut. Cuba kita tengok kepada nama2 wau ter ...

Cik Lloni ore kelate ke?

Its not fair to say kelantan adalah tempat rujukan mengenai wau. Dalam sejarah layang-layang dan wau, tidak banyak yang mengisahkan asal-usul wau dari kelantan. Sejarah layang-layang banyak mempekisahkan asal-usulnya dari China. Dan wau pula sama ada dari Thai (wau juga sama dalam bahasa Thai), Belanda (perkataan Wouw bermaksud Burung besar) atau dari Jawa sejak zaman Sri Wijaya. Hanya sejak dua menjak ini sahaja wau dipopularkan di Kelantan.

Although I must admit that ramai pakar-pakar wau adalah dari negeri pantai timur, however, pengeluar kraftangan wau tahap komersil adalah dari Baling, Kedah. Cubalah tanya kat Pasar Seni atau Kraftangan Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 02:26 AM | Show all posts
Wau ni memang menarik kalau kita main...

teringat dulu masa zaman kanak-kanak best main wau...

kalau malas nk pg cari buluhh pg cari kat kedai 0.50 satu je wau...

tapi main sekejap dah koyak dahh...memang xsama ngn wau yg diperbuat drp buluh dan kertas keras...

ni plak koleksi cenderahati wauu...

tengokla comel kalau nk bg kt teman-teman atau kepada ahli keluarga...



ia dibuat ngn perak....

[ Last edited by ZeckBiz at 16-1-2006 02:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 21-11-2005 09:11 PM




[img]http://i23.photobucket.com/albums/b384/fleurzs ...

mana mu dapat gambar di atas yang black and white tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by kitul at 12-1-2006 04:40 PM

Cik Lloni ore kelate ke?

Its not fair to say kelantan adalah tempat rujukan mengenai wau. Dalam sejarah layang-layang dan wau, tidak banyak yang mengisahkan asal-usul wau dari kelantan. Sejara ...



cuba baca mmolek tulisan say tu..kebanyakan wau di malaysia adalah berasal dari kelantan...bukan memperkatakan asal usul wau atau perkataan wau itu sendiri...kerana nama wau itu banyak negara mencedok atau memetik istilah dari tempat ujudnya wau...

begitu juga tentang perusahaan komersil sesuatu kraf banyak orang dari negeri lain telah melakukanya...bukan saja wau tetapi batik dan seniukir kayu....pensejarahan telah maklum bahawa negeri kelantan memang banyak seni dan budaya...cuma tidak diketengah sahaja sebab dan mungkin kerana diperintah oleh 'orang lain'....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.369633 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list